Sunday, May 2, 2010

Kesinambungan BBQ Party

Seperti yang dijanjikan 2 3 hari lepas, I apdet pasal BBQ Party, eh bukan la Party sangat.. Tapi lebih kepada acara makan beramai-ramai di tepi tasik. Dan BBQ party ini bukanlah seperti Party Tuppaware atau sebagainya yer? Harap anda tidak keliru.

Ada lebih kurang 30 orang join acara makan-makan ni bersempena dengan bosan asyik makan dekat Seafood Syuhaidah Shah Alam dan juga Rasta selepas game, maka idea nak buat makan-makan ni timbul la. Dapat jugak celebrate 1 year anniversay penubuhan WakDan dengan motto nya 'Football & Friendhip' serta dapat la tumpang sekaki celebrate Birthday Saz yang kedua. Cis. Birthday dia jerk 3 kali potong kek tau? Ini boleh menimbulkan kejelesan ni..!!

Semua muka busuk. Dan dari pengamatan I, Yash (tudung hijau lumut) yang paling nampak busuk. I tak eh? I wangi. Ketiak I bau epal. Tak caya cium. Hehe

Bagus la Aput ni. Dia yang paling rajin. Masa kami sampai kat tasik, dia dah start bakar kepak ayam.. Pastu I pulak yang lebey-lebey nak makan lapan. Sudahnya I dapat makan 3 jerk. Next time buat kena lebihkan ayam kot Wana. Dalam WakDan ni banyak rasaksa.

Ni semua propa jerk. bukan tolong bakar, tolong tangkap gambar jerk ada. I cakap dekat Acap, 'Acap, ayam ni memang U sengaja bakar kasik sama dengan warna kulit U eh?' Hehe. Jahat I. Ada banyak makanan lain yang I menyesal tak makan. Ada roti jala, karipap pusing, nasik lemak hebat.. dan macam-macam la. Ni la punca diet I tak berjaya. Malam tu, lepas siap makan semua, I terus bertukar menjadi perempuan mengandung 5 bulan. Magic magic.

Semua mereka kelihatan gembira jerk... Wan la paling obvious. Si Zaha pulak memang port duduk sebelah makanan jerk dengan wanita-wanita pastu main gossip-gossip.


Kau dan aku sama tembam tapi sayang, U yang lagi tembam dari I, I tak kira

Ada perempuan, ada la si Fairuz

Joe... gebunya...!!! Ajim macam biasa la, manjang buat muka control macho kalo orang nak snap gambar.

Apis dengan Katek sama kaler la... Ni pon terpaksa cerahkan 20% baru dapat secerah ni. Hehe.

Sabtu ni (1 Mei 2010 ) Kidd dengan Hani pulak bertunang. WakDan berparty lagi..!!!


Kerusi yang pendek tu, boleh himpit-himpit duduk 6 orang tau? Tapi tu pun kalau I dengan Wana tak masuk, kalau tak memang tak muat la jawabnya...



Hani ada gaja sebagai penjual nasik lemak yang berjaya

Mari-mari... Beli nasik lemak sedap! Beli satu percuma lapan... Lekas lekas... Wan memang ada gaya.

Nasib baik malam ni tak hujan... Si Hana pulak elok bukak cerita cakap kat tengah-tengah tasik biasa keluar hantu pontianak. Best sangat la tu. Nasib baik la hantu tu tak ikut I balik. Eeeee... Takot...!!!

Midnight baru la kami semua packing.. Fairuz ada hati nak ajak karok. Tapi semua orang dah penat.. So, half of us balik, half of them lepak dekat rumah Gofur+Shikin layan Fifa sampai 5am!


-EnD-

No comments: