Tetiba tajuk entry macam nak poyo. Sebenarnya title itu ditujukan untuk Ummi dengan Syida yang berlagak dapat number 1. Boleh la.. Satu team semua pemain Felda. Takper, tahun depan I nak buat bantahan. Satu team boleh ada 2 orang jerk pemain Nasional. Kalau tak disqualified.
Haha. Busuk hati giler.
Skali tahun depan I mengandung. Tak dapat jugak nak main netball. Game ni dah lama dah berlangsung. Almost 3 weeks, tapi I tak sempat nak apdet. Bizi sangat menyelamatkan dunia. Padahal pasal dapat number 3, cuba kalau dapat number 1, pagi main, tengah hari terus menggelupur nak apdet blog. Haha.
I main untuk team Trading. Maklumla, pemain hebat, semua orang nak import. Ceh! Padahal pasal Syarikat sendiri tak hantar team, menggelabah paksa bebudak Trading ni ambik I. Pastu dah la main team orang, mengada pulak nak pilih position sendiri (C). Ada ker bebudak ni nak suruh I jadik defender. Mana gua reti. Rasa down mental pasal melompat-lompat macam siamang tapi bola nan ado dik non. Tak dapek pon.
Nasib baik end up dorang kasik main Center. Yeay! Kakak-kakak Holding berbulu jerk tengok I melebih-lebih. Dah la menumpang team orang, siap jadik Capten. Giler tak sedar diri! Hish! Takper la, lagipun adik-adik tu cakap, kalau I tak jerit tengah padang, nanti mereka lalai.. Terus main gembira-gembira macam lawan budak sekolah darjah 6. Sipi-sipi jerk nak kalah dengan team sayur




Ooo. Terlupa pulak nak bagitau. Ni bukan la pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan ker apa entah, cuma inter-department jerk. Ada la 6 team. Team I dapat johan kumpulan. Bila cross, kalah 2 mata. Cis! I dah berdebar-debar dah bajet boleh masuk final.. Takper la, tadek rezeki. Pasal tak sangka pon dapat masuk semi final.
Biasa kalo main, semua game kalah. Haha. Kesian.
-EnD-
2 comments:
cun nyer C tew ...terrer la u main center
C tu macam I jerk? hehe. tq. malu. bye
Post a Comment