Thursday, May 13, 2010

Siput Sedut Siput Kedut...!!!

Ok puan-puan, harini I nak ajar satu resepi sedap enak lazat yang kalau ko sedut, ko telan terus siput tu memang lazat, tapi kalau ko sedut, kena keluarkan balik and tengok, mungkin kembang tekak.

Resepi Siput Sedut Masak Lomak Cili Api
1. Bawang merah, cili padi, kunyit hidup (diblender)
Agak-agak jerk la banyak mana. Kang bubuh banyak sangat cili padi, keluar pulak buasir bunga.
2. Santan segar
3. Siput sedut (potong bontot dia supaya senang siput nak keluar bila makan nanti)
4. Asam keping, garam serbuk perasa

Cara membuatnya
Leburkan jerk semua menda dalam periuk sampai siput masak. Timbuk santan supaya santan tidak berkepala. Siap!

Hasilnya... Taraaa....!!


2nd Mei haritu, I buat makan-makan kat rumah demi memenuhi permintaan kawan-kawan WakDan yang semua teringin sangat nak makan siput sedut masak lemak cili api yang I buat yang tiap kali nak masak akan call Kaklong tanya dia nak masuk bawang merah ker atau bawang putih. Haha.

So, pagi-pagi lagi I, Fairuz dan Saz dah pergi ke pasar tepi jalan depan rumah Tok Che Amah dekat Bandar Ampang Lama untuk beli bahan-bahan. Menu haritu ialah 2 kilo Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang Campur Petai, Ayam Goreng Berempah & Salad + Kuah Pecal Moden. Ceh. Tetiba ulam salad. Terus tak menu masakan kampung.

Saz sibuk nak tolong potong bontot siput. Sekali berjaya potong 10 ekor jerk. Nasib baik Si Fairuz banyak tolong dekat dapur, kalau nak harap Sazli yang tolong, nampaknya pukul 4 la baru dapat makan. Walaupun gaduh banyak dengan Fairuz pasal isu boleh bubuh serbuk perisa atau tak, tapi masakan tidak menghampakan dan I rasa bangga kerana bebudak WakDan yang mostly orang bandar semua suka siput sedut yo!

Terima kasih pada semua yang datang! Ada almost 30 people. Terpaksa masukkan sofa dalam bilik pasal rumah kecik, nanti tak muat nak duduk dan terpaksa duduk beriba. Kalau dapat Gf kecik macam Yaya, Hani ok la. Dapat size I dengan Wana... Macam mana? Haha.

Half of us! Masa ni I sendiri dah berbau siput pasal dekat 2 jam bertarung dekat dapur, baru la boleh makan. Tu pun bergegas sikit pasal kesian dekat Wan Cholan dah nak balik JB. Nasib baik Gf dia si Kasturi banyak tolong, kalau tak kempunan la nak makan siput sedut.


Makan time! Kasihan. Masih lagi makan berlapikkan surat kabar.


Ayam goreng berempah yang Fairuz tak kasik bubuh serbuk perasa, tapi tanpa dia sedar, I dengan Farisha masukkan jugak.. Haha. Nenenene. Fairuz kena tipu.. Wek wek!

Tengok budak ini. Muka seposen, mulut muncung siap pegang bantal busuk yang kalau campak dalam kolam ikan, semua ikan terapung.

Sebelum makan, layan main PS3 dulu. Apis dengan Acap muka stress pasal dah nak kalah. Haha.

Sila-sila jemput makan.


Tengok tuan rumah ni. Dari pagi tak mandi. Hishk!

Sunguh-sungguh Acap makan


Eceh! Sopan jerk budak baju merah tu.


Tengok botol kicap depan Mira. Dia kongker sorang-sorang jerk.


Ketua chef tak makan sampai malam pasal kepenatan, terus mood nak makan hilang. Bila dah pukul 8.00pm baru menggelupur carik nasik.


Apai manja nak mampos. Siput sedut nak makan, tapi suruh Yash yang sedutkan. Mengalahkan anak buah I yang umur 5 tahun!


Dorang lepak ada yang sampai malam. Pukul 12.30am baru la rumah clear semua. I Mc esoknya dengan Saz pasal kepenatan. Dari hari Jumaat bizi dengan aktiviti. Futsal la, Konsert Double Trouble la. Sudahnya sehari tidur 2-3 jam jerk. Masuk hari Isnin I dah jadik zombie!

But.... I had so much fun! Seronok sangat to have tetamu happening macam ni. I pon tak segan nak ajak pasal dorang sendiri selesa makan atas lantai. I orang miskin, tak mampu nak beli meja makan... Kasihan I.

P.s : Siput kedut tu dapat dari Sazli. Dia tersalah cakap. Elok-elok siput sedut, terus jadik siput kedut. Haha


-EnD-

5 comments:

Mimie Famee said...

ahh tak kire.. mesti try resepi ni..
siput kedut pun siput kedut la..
nnti suruh siput kedut tu pakai pencuci muka anti ageing..;P

Chooyaya! said...

mimie, jgn lupa bubuh serai ketuk, kiter terlupa nak tulis tadi. kasik famee makan. buat pedas2 kalo boleh

Mimie Famee said...

oo btul lah..
ari tu buat lala tu pun letak serai
pedas.. nanti terberak2 camne..hahaha

Anonymous said...

camna nk tau siput tu dh masak?

Chooyaya! said...

anon : kalau dia dah tak gerak2 tu kira masak dah la. haha