Monday, May 17, 2010

Selamat Pengantin Baru Pak Teh!

Jumaat 7hb Mei lepas, I coti kerja.. Bertolak awal sehari ke JB untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Pak Teh dan pasangannya Sha di Dewan Jubli Perak, Johor Bahru pada 8hb Mei. 2010 (Sekejap Perak, sekejap Johor.. Mana satu ntah. Suka kasik I kompius. Heh!)

Ceh. Tetiba ayat separa skema macam karangan budak skolah darjah 4.

I pergi dengan Saz, Mak dan Bapak. Pastu Paklang sekeluarga pon pergi awal sehari. Kitorang check in dekat Hotel Puteri Pan Pacific, JB. Best hotel ni.. Dekat dengan bandar, lepas tu dekat jugak dengan tempat makan ikan bakar dengan nasik goreng sedap yang Yatie dengan Aie bawak I pergi makan malam tu. I kalau hotel tu nak best, dia kena ada tempat makan yang sedap-sedap, tu jerk. Haha.

Ok dah. Layan gambar jerk. Meh meh, Miaaaauuuuuuwwww....


Kata bapak, pergi ker dewan selepas zohor, tapi pasal hotel tak kasik check out lambat sikit, maka berkumpul la dulu dekat lobby sampai la pukul 1.3o yo! Semua oarng pakai baju pink. I pon pakai baju pink. Tapi bunga pink, tanah grey. Kira aci tak? Dah ka muka putih giler, taknak kalah!


Wah wah! Baju semua sama... Sponsor dari Pakteh. Tapi dia kasik yang adik beradik dia jerk. Tak adil taw? Yang anak-anak menakan semua dia tak kasik. Tsssk Tsssk...


Ni Aty dengan mak dia. Mak Lang. Mak Lang sangat kelakar. Dia ada confident level yang tinggi yang sangat comel.


Lawanya pelamin.... Half of hall ada fresh flower... Cantik sangat. Menteri Besar Johor pon ada datang. Tapi Aty tak masukkan dalam FB, so I tak dapat nak bubuh gambar dia kat sini. Takper. Sendiri boleh gugel kalau nak tau macam mana muka dia.


Pakcik, mintak lagu Penjara Janji satu!


Budak gemuk ni suka betul buat muka buruk tau?


Selamat Pengantin Baru Pakteh dan Sha! Cantik sangat Sha haritu. :)

Gambar bersama-sama kazen-kazen Saz. Yang pastinya I paling tua dan paling gemok. Tapi I peduli apa? Pasal rambut I kerenteng macam Mek Saidah, maka awak semua sila senyap. Haha

Kitorang gerak balik ke KL petang tu jugak dalam pukul 5pm. Sampai KL dalam pukul 10.00pm, menggelupur mandi pastu terus tidur. Esok pagi pukul sebelas baru bangun tidur, terus carik nasik... Haha. Penat mengalahkan Sazli yang bawak kereta. Padahal I kerjanya membuta jerk all the way back to KL.

Dah kata hobi makan dan tido. N G O B Hobi!

-EnD-

3 comments:

Filla said...

eh asal tetiba rambut ko panjang? ko pakai rambut pelasu yeh? hahaha.. cun cun!

yatiyahya said...

JUBLI INTAN ARR...tetiba jubli perak...apodaa...

Chooyaya! said...

filla : tu rambut original yang aku gada2 gulung2 guna hot curl la babe

yatie : oooo jubli INTAN! okok.. haha. marah pulak roang johor ni