Tuesday, June 29, 2010

Alasan Untuk Makan Di Tempat Sedap

Salam Satu Malaysia (tetiba)

27hb Jun lepas kan Anniversary Kenduri Kawen belah Pahang dan jugak Birthday MIL. Kebetulan haritu Mak ada party majlis baca yassin dekat rumah cikgu mengaji dia, Mak cakap dia nak bagi goodie's bag dekat kawan-kawan dia, so I bagi mak cupcake ni untuk letak dalam beg gudis tersebut.

Comel kan kapkek ni? Dah la comel, sedap pulak tu. Pastu pasal order dekat kawan, terus dapat less 20%. Thanx Inez! Kapkek ni buat MIL Kaksu happy sangat. Walaupun Saz punyer kesabaran dah jadik senipis kulit bawang masa nak masukkan dalam bekas plastik kotak tu. Sememeh jerk kena krim kiri kanan, pastu bersihkan balik yang comot guna cotton bud. Kretif sgt. Kadang-kadang krim yang ada pada kapkek gemok masuk dalam mulut Sazli jugak. Haha

So.... Bersempena dengan birthday Mak, malam tu kami sekeluarga (sekeluarga itu ialah Mak, Bapak, Sazli & I) pergi dinner dekat Jake's Starhill Gallery. Bapak telah mengamanahkan I untuk menjadik Event Manager dimana I diberi kuasa mutlak untuk memilih tempat makan makam.

Soalan pertama : Bapak, nak makan style apa? Thai, Malay, Japanese or Western?
Jawapan : Bapak cemuih makan nasik (wah belagak) Kita makan Western la..

Soalan Kedua : Kat area mana Bapak?
Jawapan : Somewhere at KL not too far from rumah la

Soalan Ketiga : Restoran or Hotel?
Jawapan : Hotel la pulak...
(Wah, berdebar... Terus tanpa malu tanya bapak, saper yang belanja.. Haha)
Jawapan : Bapak la.. Ni kan birthday isteri bapak.

Ok senang. Secara otomatik I cuma Event Manager dan Bapak jadik Bendahari Majlis. Kalo macam tu tak perlu pilih Hotel Midah lagi. Haha.

Appetizer I pilih Charbroil Chicken Salad. Enak dan lazat dan tidak menggemukkan. Sesuai dengan tema diet I. (Aku yang order lebih-lebih macam tuan punyer majlis)

All time favorite, Escargot half dozen. Ingat nak amek 1 dozen, tapi malu. Kenshel.

Sazli makan Rack of Lamb. Dalam gambar nampak kurus, tapi portion dia besar tau? Sedap sehingga menjilat jari. Nak mintak banyak-banyak dekat Saz, tapi malu. Ok. Dah 2 kali malu ni.

Bapak macam biasa, kalau makan steak dia suka sirloin, so dia order Aust. Sirloin. Jugak sedap! Bapak kasik sehiris. Sedap. Nak mintak lagi sehiris, tapi dalam hati, pasal malu.

Mak makan fish & chips. Dia cakap semua orang order lain-lain... Ada order kambeng, ada makan daging, dia tak suka ayam, jadi dia pilih ikan. Ikan tu nampak kurus, mungkin tidak kenyang.

I order Chicken Bombay. Tak terasa macam nak makan steak malam tu, pasal petang tadi dah makan dengan Nadia dekat Dome. So tak berapa lapar. Rugi rugi.



Sebagai Event Manager, I menseperaiskan Mak dengan kek coklat dengan bunga yang di delivery petang tadi dekat restoran. Terkejut dia masa orang nyanyi ramai-ramai dekat dia lagu Happy birthday. Siap dapat bunga. Terus malu-malu macam gadis kampung. Wacey!

Terima kasih kepada kamera henpon hina pasal buat dahi I nampak macam cermin.


Bapak lagi best, tulis kad birthday depan mak ok? Tak seperais langsung. Haha

Bapak kata, sebagai Event Manager I did a very good job. Unexpected Surprise buat Mak happy dan terkejut. I sangat bangga untuk itu. Sebagai balasan, bapak kata birthday I nanti nak makan dekat kedai mamak Ampang Jaya jerk, sebelah Dobi. Tengs bapak, tengs. Kalau tak menyakat I sehari tak sah.

-EnD-

2 comments:

Liyanaroxx said...

katne kak sue?ampang jaya sebelah dobi?tawakal ek?nak join! hahahaha!

Chooyaya! said...

hahahahha. ha ah. jom la.. tssskkk tskkkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...