Tuesday, June 29, 2010

Jakun di Perlis

2 minggu lepas kan I ada joyah-joyah pasal I pergi ke Arau untuk sukan SUFMA kan? So selepas 2 minggu dan selepas I malu-malu vavi nak jumpa ngan Syira dekat kentin pasal masih jugak tak apdet-apdet kisah kemenangan main netball disana (walaupun harap maklum, I dengan Syira sekadar pemain simpanan) tapi tetap ok?

P/s : Tapi pemain simpanan adalah lebih baik dari pencatit markah. Ok. Ini perli diri sendiri.

Bukti sebagai pemain simpanan bilamana semua orang pakai bip, tapi yours truely hanya tersenyum manja :D

Eh eh. Jangan salah sangka. I juga ada mengkontribut tenaga walau bukan pemain 7 yang utama. Half time I main la. Tapi harap maklum, pemain reserve hanya boleh dapat main bila terlalu menang atau terlalu kalah. Kalau lead 3 4 bijik bola, duduk jerk la kat luar jadi penyokong. Haha.

I bangga-bangga ayam pasal I dengan Syira pun ada menyumbang kepada kemenangan kami disana bilamana I dengan dia jadik CSI bila ada wilayah yang main kotor jemput segala pemain negeri untuk wakil wilayah. Agak-agak la kan kalau nak menang pon.. Habes di halaunya aku balik KL. Sabar Syira... Sabar...

Masa otw ke Arau dari KL, I dengan team netball naik van. Van ni jenama Prego. Bila naik terasa macam naik van jenama kuah spegetti jerk. I dah cakap dekat Ummi masa dalam van, terasa macam tak selamat jerk naik van ni. Abang driver bawak ala-ala pemandu F1. Dengan van jenama spagetti dan muatan dalam van semua size sedap macam I dengan Ummi jadi kebarangkalian tayar untuk pecah amatlah tinggi.

Masin mulut kau Suraya. Dekat-dekat sampai Penang, masa van tengah bergerak laju, tayar pecah! I terjaga dari tidur pasal van dah melelong-lelong. Tak mengucap pon pasal panic. Nasib baik tak mati kena langgar lori kontena pasal right after beberapa saat van sempat kebahu jalan, lori kontena lalu. Fuh! Panjang umur I. Kalau tak, blog ini hanya tinggal sejarah dan anda semua tidak dapat menatap wajah anak I. Sedih tak sedih tak?

Day one on Khamis, menang sangat-sangat untuk kedua-dua game. Hebat hebat. Syira, motif ko buat muka lawa sampai muka aku nampak macam ayam sontot?

Kata orang, laksa dekat Kuala Perlis sedap-sedap woh! Tapi dari Politeknik Arau ke Kuala Perlis sangat jauh.. Tidur, bangun, tidur dan bangun masih jugak tidak sampai....

Tetapi bila dapat laksa ni, terus rasa berbaloi, perasaan makan laksa ni? Macam inzal lapan kali. Sedap tak sedap la kan?

Baik!
P/s :(Garang kan tauke kedai kat sini?)


Kemudian kami ke Padang Besar untuk beli jersey Brazil fake dan jugak baju T-shirt HadYai fake. Berani la ko Ummi pakai baju ni. Buatnya dalam bahasa Melayu 'Mari rogol I secara berjemaah' Macam mana?

Dialog : Eh bang, betul... Periuk lapan tingkat kat sini offer 70% tau? I tak kira, I nak jugak doblas set!

Klimaks kejakunan. I jumpa buah besar giler ni siot dekat Padang Besar! Memang bessssar punyer! Size cup F! Memang lemas! Kata Kak Karimah ni la Buah Sto atau Buah Stor, Atau buah Seto atau soto jawa. Eh. Tak. Soto jawa tu tipu.

Jumaat malam ada dinner. Ummi masuk persembahan kebudayaan bertema 70an. Kami target dia jadi penyanyi solo, tapi malangnya cuma sebagai penyanyi latar yang cakap 'Aaaaa.... Param param' Jadi la Ummi. Ewah! Kakak-kakak netball gembira dapat bergambar bersama artis jemputan. Paling kiri tau? yang free hair tu.

Mempersembahkan, Mek Saidah!

Last but not least - Masih jugak jadi gadis pemegang papan tanda KL walau sudah berperut 3? Memang tak sedar diri.

Dah, tu jerk la serba sedikit pengalaman penulis di Arau yang dapat dikongsi bersama dengan pembaca kolum 'Sehari bersama atlet gemok', kiter jumpa lagi minggu hadapan.

-EnD-

3 comments:

SURIA AMANDA said...

hi..kat NS diorang panggil buah tu buah sentul..tapi x la besar mcm tu...apasal besor sgt buah tu?

Chooyaya! said...

suria amanda : ha ah la, buah sentul... kaksu dah lama gielr tak makan buah tu. ada la 40 tahun kot.

Anonymous said...

kak karimah tu single ke?