Tuesday, June 15, 2010

Apa ada dengan Arau?

Salam Satu Malaysia. (tetiba)

I baru jerk balik dari Nilai untuk Sukan FRISB hari Hahad kelmarin. Balik-balik rumah terus jerk unpack semua barang and basuh semua seluar tracksuit dengan sependa stokin pasal hari esok (Rabu) nak pergi ke Arau untuk Sukan Felda pulak.

Wah. Bizi sungguh la tugas sebagai atlit kebangsaan ni (petuhui). Sakit badan tak habes lagi pasal marathon 4km hari Ahad, pastu dah ready nak sakit badan lagi sekali pulak. (Bunyik macam hebat kan?)

Marathon hari Ahad aritu I dapat number 6. Menurun lagi 2 tangga. Tahun lepas dapat number 4, tahun sebelumnya I dapat number 2. So, apa maknanya peningkatan number disitu yer kawan-kawan? Adakah mungkin kerana buntot sudah berkembang dan perut sudah berlapis 3? Mungkin.

Terima kasih kepada Sarah dan Intan yang bangun lewat hari Ahad bilamana marathon start pukul 7.00am tetapi 7.15am masih lagi bergembira dan bergelak ketawa sambil mengambil sarapan di hotel dan selepas itu I berlari marathon dengan nisbah kemuntahan yang ya amat tinggi kerana mee goreng masih lagi suam-suam dalam perut dan hampir terkeluar ikut hidung, pastu rasa pedas-pedas jugak kat hidung.

Netball I dapat number 3 dan badminton dapat number 2. Satu pon tadek dapat johan, tetapi masih gembira kerana dapat number 2 tu hadiah dia beg laptop kacak hensem bergaya kaler hitam. Akak suka. Pastu hadiah number 3 dapat purse Polo yang I dah bagi kat Mak Nekmah and hadiah marathon yang larik sampai nak muntah kejar kakak kaki kurus yang kuat kerana menoreh getah dan mungkin berstamina tinggi kerana tiap-taip hari mengangkat barrel seberat 35kg berkesudahan dengan mendapat botol air tuppaware. Nice.

Rasa malu woh nak tunjuk hadiah dapat botol air dekat suami pasal macam menang acara sukaneka darjah 2. Tapi pasal dapat yang jenama Tuppaware, maka redha la sikit. Dulu masa sekolah selalu dapat hadiah gayung, baldi, tempat duduk plastik. Yang gembira mestilah mak. Terima kasih cikgu kerana buat mak I gembira.

..............

Terasa macam masih berbaki rindu pada suami, sudah mahu meninggalkan dia lagi sekali untuk 5 hari. Terima kasih Allah kerana bagi Sazli dalam hidup I. Walau dia selalu buat I sakit hati kadang-kadang, tapi bila dia jauh dari mata, I rasa macam ada seketul batu di dada kerana terlalu rindu dan horny secara tiba-toba.


Rindu yayang demok!

P/s : Kata Syira, ada pembaca blog I dari Arau yang notice I nak pergi sana nanti... Tetiba I malu pulak. Nanti bila jumpa mesti dia cakap I gemot. Takper. Lepas sukan nanti, I nak diet balik pastu kasik kaki kurus macam kakak marathon yang dapat number 1 tu supaya tahun depan I pulak juara marathon. Hnss Hnss. Semangat ni!

-EnD-

3 comments:

Kech Hidayah said...

kakak gemot selalu bersukan tapi tak kurus pon.ni mesti balance dengan makan banyak kan?hahahha.go kak su go!

Chooyaya! said...

dayah, ko tgk la nanti kaksu dah kurus.. tau la kau.. cewah!

azura said...

Salamkak sue.

sorry ganggu..suka baca blog kak sue,kak sue nak tanya felda ada kerja kosong tak