Kepada durian addicted seperti Cik Yatie & Fida adalah dinasihatkan supaya lekas-lekas mencari branch Sweet Chat yang terdekat dan terai bantal durian seperti gambar dibawah ini. Adalah dinasihatkan, meskipun nama menatang alah itu adalah bantal, tidak semestinya kiter perlu meletak di kepala dan tidur di atasnya yer?
.jpg)
Isi durian yang jenis berkuali kaler oren disaluti dengan fresh cream dan jugak lempeng yang sangat nipis. Sedap woh! Lembut jerk... Sejuk jer bila masuk dalam tekak... Sedap sampai inzal la senang cerita.
.jpg)
3 ketul ni berharga RM8.00. Amacam, menggoda tak? Bak kata Fida, merembessssssss nyah!!!! Seketul untuk Saz, 2 ketul untuk isteri dia. Alasan : makan 2 baru belen. Haha. Tu air biru nama dia, Blue Ocean. Bukan air Nila Ujala ker apa. Selamat diminum. Akibat pengambilan air bergas dan durian, dalam kereta perut I kembung. Pastu sendawa bau durian. Pastu Saz lock window, dia kata, jom menikmati bau sendawa U. Ya Allah. Muntah hijau aku! Macam mana la suami boleh terfikir nak buat kerja budus macam tu.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Anda percaya I dinner dengan Bantal Durian sahaja? Haha. Jangan tertipu.
.jpg)
.jpg)
Sekian sahaja cerita makan-makan untuk kali ni yer? Owh. Nak bagitau. Kejap lagi masih mau lunch dekat Sakae Sushi KLCC. Kalau tetiba nampak seorang pempuan pakai tudung sopan berbaju kurung kaler coklat dengan pelbagai pinggan sushi dihadapannya sedang makan dengan lahabau lahab, tegur tau? I la tu.
Bye! P/s : Sebenarnya nama makanan tersebut ialah Durian Pancake, bukan Bantal Durian. I sesuka hati tukar nama dia. Oh Oh Oh <- Gelak belagak. Haha
-EnD-
1 comment:
Orang kata.. tak baek tau dah tunjuk2 tapi tak bagi kat orang.
Jadi.. meh sini PosLaju 9 ketul bantal durian tuh ke aku!
nila Ujala?? aku sukeee!!
Post a Comment