Thursday, July 15, 2010

Kita Wanita Perlu Tahu Memanjat Pokok

Weekend baru-baru ni I balik kampung Sazli dekat Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. I loveeeeeeeeeeeee this place so so much! Sangat mendamaikan. Last time masa balik Kedah, Saz bawak I jalan-jalan tengok sawah. I sakai giler dapat tengok pokok padi. Yer la, kampung I dekat Pahang tu kiri-kanan kelapa sawit jerk. Kadang-kadang kalau malam ada pocong jugak tepi jalan nak tumpang kereta.

Eh. Ni lawak scary ker apa ni? Kalau lawak, maknanya lawak ni tak best. Ok. Fine.

Kitorang balik kali ni pasal nak melawat Tok yang kurang sihat. Sian Tok.. Dia patah kaki :( Semoga Tok cepat sembuh...

Rezeki balik kali ni musim buah-buahan yo! Kembung jugak la perut pasal makan rambutan pelbagai jenis. Dari lekang, kuning sampai la rambutan budak sekolah. Taktau la naper nama dia jadik macam tu, tapi rambutan budak sekolah tu memang wujud kat Kedah. Ni I tak tipu. Alip Lam Lam Ha. Tulis dekat dada. Haaa....


Fida, nanges la ko tengok aku panjat pokok dukong ni.. Memang best.. Memula I mintak nak duduk belakang Sazli untuk petik buah ni. Dia taknak. Pasal dia kata I berat dan gemok. Hurm. Taknak takper, I boleh panjat sendirik. Tak heran. Kata orang kampung? Tak pandai panjat pokok memang memalukan.

Muka stim dan ghairah memetik buah-buah dukong. Segar dari pokok ni ha.. Korang tak jeles ker? Masa ni berdoa dalam hati supaya dahan ni tak patah dan dapat menampung berat badan serta peha gajah.

Mando poyo yang standby dekat bawah. Mana tau tiba-tiba bini dia jatuh macam nangka busuk so boleh lekas-lekas kasik bantuan penapasan. Nak CPR jerk kalo boleh. Yang lain taknak. Agak gatal kan?

Kadar ketinggian pokok cuma beberapa meter jer dari tanah. Tapi sembang mau kencang.. Mana boleh kalah. Haha.

Selain dari panjat buah dukong, kitorang jugak kait rambutan. Best woo. Feeling macam kutip buah apple jerk masa ni.. Epal bulat yang berbulu kuning. Sila bayangkan sekarang.

Sambil kutip sambil kentut. Nasib dekat belakang tadek orang, kalau tak pengsan.


Hasil tangkapan buah rambutan. Lumayan pak!

Sebelum tu, boleh asingkan buah-buah dengan daun supaya senang nak ikat.

Orang pakai baju merah setel buah merah, yang pakai baju kuning, setel rambutan kuning. Yang tak pakai baju boleh setel buah errrr... Buah malu :D

Hasilnya sudah boleh dihantar meniaga dekat pasar malam. Tapi tak boleh jamin la ada orang nak beli pasal orang kat sini semuanya paling kurang sebiji rumah sepokok rambutan.

Owh, lupa nak kasik tau. I telah mengimpreskan semua makcik-makcik Sazli pasal dengar cerita I satu-satunya wanita yang panjat pokok setakat ni. Tak pernah dibuat orang perempuan kat kampung ni panjat pokok macam I. Takper, I tak peduli. I nak bangga jugak. Haha.

-EnD-

7 comments:

Afzan said...

oh. kesiannye ranting tu..

theblabber said...

aku mao itu rambutan!!!!

-- said...

ohohoho...

panjat pokok ni memang aktiviti tahunan aku la jugak! metua ade kebun buah kat sg. buloh..jadi tiap2 taun musim buah memang akulah pemanjat tegar.

Tak main la pokok dukong kurus camtuh.. aku panjat pokok manggis besar pemeluk banyak kerengga lagik ha!

Tapi nih dah bulan 7.. rambutan tak berbunga2 lagi.. nape ntah.. malu nak mengawan barangkali.. herm..

Lenny said...

dapnyer dokong tuh.... mmg jeles ah.. i rasa skill panjat pokok i dah hilang ditelan zaman.. owh.. i kertu...:P

Chooyaya! said...

afzan : saya menerima hinaan gemuk terhadap saya secara sembunyi2 bila awak kasihan kepada dahan tu. tengs

pembebebl : mau kalo panjat sendirik la!

fida : tadek bukti tak layan eh? bak meh kasik aku tgk gambar kalo berani

lenny : takper, panjat jerk. bila panjat pokok otomatik terasa muda. tau?

Sharika Lincoln said...

su aku bangga ngan ranting pokok tu su coz dapat tampung ko yg semakin comel tu....sekian...apa pon ko tetap menawan...

h-huda said...

kalaulah kg saya ada pokok buah-buahan cemnih.