Ni adalah percubaan pertama untuk menggunakan Oven yang dapat masa kawen dulu (setelah setahun kawen, hebat kan?) Sedang elok plan nak cuba pakai, Sazli pulak cakap nak makan western food masa Ahad malam tu lepas tengok Fresh With Anna Olsen. So, sebagai isteri mithali I gigih la mencarik resepi dekat internet untuk buat Beef Steak yang simple dan yang bahan-bahan dia semua ada dekat rumah.
So, I terjumpa satu resepi ni. I ambik dari blogresepi. Dia buat guna lamb rack tapi I macam biasa la, pandai-pandai tukar dengan daging jerk. Kata Kaklong, yang penting kalo nak buat steak sendiri dekat rumah, make sure beli la daging yang berkuali sikit. I pilih daging batang pinang.
Dulu masa kecik I argue dengan mak. Kenapa nama dia daging batang pinang? Kata Mak pasal daging tu lembut, pastu I tanya mana nak carik daging batang pinang ni, Mak I kata, boleh ambik dekat pokok pinang dekat rumah Cik Lijah. Dalam pokok pinang tu ada daging batang pinang.
Terus I impressed giler. Tak sangka dalam pokok pinang ada daging. Bila ingat balik dah
Dah. Jom saksikan sekarang resepi Beef Steak ni eh? I kopipes jerk dari blog yang I mention awal tadi.
Resipi Rak Kambing Bakar/Lamb Chop
- 2 x Lamb Racks (3 –4 chops each) I tukar dengan daging batang pinang
- sedikit garam, blackpepper, whitepepper & perasa utk seasoning
- olive oil
- 2 sb butter
- 1 tin mushroom yg dipotong I guna cendawan butang fresh dengan cendawan tiram
- 2 ulas bawang putih
- 1 1/2 cwn air
- 1/2 kiub pati ayam/lembu
- 1 sb sos blackpepper
- 1 sb mustard sauce
- 1 biji karot dipotong
- 1 biji bawang besar potong 6
- sedikit tepung jagung jika perlu
Cara membuatnya
- Panaskan oven 200°C.
- Season lamb racks dgn peppers, garam & perasa.
- Dlm kuali besar, panaskan olive oil & butter. Masukkan racks of lamb td. Balik balikkan sekali skala. Masak selama lbh krg 10minit.
- Pindahkan lambs ke dlm bekas pembakar.
- Dlm kuali yg sama (dgn lebihan minyak td), masukkan 3/4 tin cendawan, carrot dan bawang. Goreng sekejap.
- Kemudian, masukkan sayur yg digoreng tu dalam bekas pembakar yg dah ada kambing tadi. Bakar pada suhu 200′C selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
- Dalam kuali yg sama, masukkan sedikit lagi olive oil.
- Masukkan bawang putih dan lebihan cendawan tadi Goreng sekejap. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
- Masukkan mustard & blackpepper sauces. Masak sehingga sos agak pekat. Kalau kurang pekat boleh tambah sedikit tepung jagung.
- Perasakan dgn garam jika perlu. Siap!
Olive Oil yang dekat JJ semua besar-besar, so I kidnap satu tuppaware kecik kat rumah MIL. Hehe. Owh, masa ni kena masakkan sekejap daging ni dalam kuali IKEA yang bila masak lama-lama ada bau plastik terbakar.
Selagi ada bawang dalam peti ais kan? Notis tak resepi yang di print tu, bawah pinggan. Haha.
I letak rosemary segar jugak. Pasal teringin nak beli English Herb. Result? Sedap nyot!
Percubaan pertama berjaya! Daging dah tak nampak. Habes diseliputi sayur-sayuran. Kata diet kan? Harus la makan banyak sayur
Percubaan pertama berjaya, terus esok malam ajak In-Law makan kat rumah. Segan jerk masih makan beralaskan surat kabar. Wedges beli yang dah siap goreng, corn tu MIL bawak dari rumah dia. Bubuh dalam pinggang hijau sebagai tanda cintakan pokok dan kehijauan alam semesta.
Sazli time makan, siap nak tears. Dia cakap sedap. Dia kata la kan? Makan laju jerk, diam seribu bahasa. Terus rasa best dan melayang-layang. Haha. malam nanti ada can buat bayi
One thing yang I suka pasal Sazli, dia ni kalau I masak apa pun, semua sedaaaapppppppppp jerk.. Cakap terima kasih sampai 7 - 8 kali. Dia jenis appreciate apa pon yang I buatkan untuk dia. Hatta milo tadek gula pon sedap. Tu pasal I cinta pada dia. :)
-EnD-
P/s: Abaikanla rupa masakan yang hina tu yer? Sajer buat buruk-buruk kasik tak selera sangat nak makan (Ayat cover). Baik aku bagitau awal-awal, kang ada jerk yang komen kata macam ni, 'pesal kaksu punyer makanan yang kaksu masak buruk-buruk eh?' Ala. Dengki la tu pasal tak pandai buat makanan buruk tapi sedap. Heh!
6 comments:
sedap! nk try lah!
hehehehe
kak sue...
sy cam minat giler baca blog ni..setiap pagi masuk opis bukak blog akak dulu tgk ada apdet baru ke tak.. tetiba rasa cam fanatik fan akak lak..hadoi... blog ni super best.. sila la apdet selang sejam..baca seploh kali pn tak jemu..
mcm sedap..nak try jugak laa..tp oven tadek T__T
lenny : accidentally terdelete komen awak.. sowie... nanti kaksu belanja steak ok?
anon : nak sain tak? haha. eh eh tetiba kaksu berangan mcm artis
yaya : yaya, tu yaya tu nama kaksu tau? chooyaya. tiru eh?
Nampak sedap, tambah sos cili lagi sedap :p.. salam kenal...
Post a Comment