Thursday, July 1, 2010

Roti Pemalas

Sekarang ni waktu malam I memang tak masak nasik dah. Kata diet kan? So kena la kurangkan makan nasik, nak pulak perut Sazli tu kusssss semangat, kecuali la kalau ada permintaan dari suami untuk makan nasik, baru la I masak. Kalau tak, I ulang-ulang makan roti sampai muntah. Kalau ikut tekak I dan kadar kemalasan, I senang jerk. Roti sapu dengan butter, pastu tabur gula. Dah. Kenyang perut I.

Kalo dah jemu macam tu, I bubuh milo dekat roti, pastu lapis dengan cheese. Jugak kenyang. Tapi ko sampai hati ke nak kasik laki makan roti dengan gula atau milo tiap-tiap hari? Tak sampai hati kan? So.. I akan mempelbagaikan la cara masakan roti I tu. Dulu I ada buat Roti Arab dengan tomato dan timun serta Roti John version suka hati, sekarang I buat version suka hati jugak tapi sedap dimakan.

Owh, resepi roti yang dulu, boleh tengok dekat sini eh? Untuk cara-cara membuat roti pemalas ni, boleh tengok dekat bawah. Tengok dekat atas memang tadek resepi. Ada header blog jerk.

Memula panaskan butter, pastu masukkan terus sosej daging dengan bawang besar yang dihiris. Goreng la sampai garing-garing manja. Pastu masukkan la segala tok nenet yang ada dalam peti. Ikut suka hati nkorang la nak bubuh apa, kalo I, I masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap sikit, black pepper, white pepper, honey. Pendek kata, selagi ada menda dalam peti, semua I letak. Haha.

I guna roti Gardenia yang I celupkan dalam telur + mayo + black & white pepper. Harap jangan goreng sampai hanget. Atau tengah-tengah goreng roti ni tak payah la peramah-peramah nak gomol suami ker apa. Kalau tak nanti.....

Jadik la kaler macam ni. Haha. Tapi yang tang hanget tu yang sedap, ada rasa kuali sikit-sikit. Pastu serve la dalam pinggan. Letak sebelah-sebelah macam jiran-jiran ni. Nak lagi kretif, boleh la potong tomato dengan timun ker. Taknak letak pon takper. Makan terus. Nak makan macam mana pon nak kena ajar ke ni? Wah. Tetiba garang.


Lebih afdol kalo lepas balik dari kerja terus masak eh? Kena makan sebelum pukul tujuh bagi mengelakkan kegemukan terlampau! Hnsss Hnsss
Harini nak buat roti pesen apa pulak eh? Ok. Tinggggg! Dah dapat idea. Tapi nanak bagitau sekarang, nanti korang tiru. Tunggu jerk kemunculan resepi yang berikutnya nanti. Pastu lepas ni I boleh la ubah nama blog ni kepada 'Roti Secret garden'. Wacey!
-EnD-

2 comments:

Lenny said...

wah.. menarik me pon tgh diet... huhuh... hopefully dapat ler turun berat...

susah tul jd org pompuan yg suka makan and senang gemuk nieh.. ada kawan i tuh.. makan cam hape je.. tp tetap kurussss! mencik.

Chooyaya! said...

tu golongan terpilih tu, maknanya kiter ni antara yang kena usaha gigih untuk kurus. dah la malam2 mcm ni lapar pulak merut mokcik. haih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...