Friday, August 27, 2010

Berbuka Puasa Di Dewan Perdana Felda

Korang... Sorry ler kalau I asyik-asyik apdet pasal makan makan dan makan yer? Mungkin blog ni kena tukar tajuk la. Seperti, Makan-Makan Secret Garden ker, atau Mari Menggemok Bersama Suraya ker atau Diari Makan Suraya. Ok tak? Pasal dah kalau tiap-tiap kali apdet, asyik cerita pasal makan jerk. Macam mana? *Tetiba segan sendirik

Iklan : Belek cermin, tengok mata dah ada eye bag. Semua ni gara-gara pulun tengok cd korea la ni. CD 16 episode selamba habeskan dalam masa kurang dari 5 hari. Ni ha tengah tengok Full House pulak. Baru Cd ke 5, rilex sekejap, ambik napas and apdet la blog kejap. Manatau kalau selalu tengok cd korea nanti anak boleh jadik putis gebus walaupun mak bapak warna coklat. Kan? *Berdoa berdoa..

Ok, berbalik pada tajuk asal. Buka puasa ni diadakan pada hari Ahad lepas. Bersama dengan warga opis dan anak-anak yatim. Adui.. Sebak tengok adik-adik kecik tu dah tadek mak bapak. Kiter semua patut bersyukur pasal masih ada keluarga kan? :|

Lauk pauk dekat DWF ni memang sedap-sedap belaka. Memula dari rumah dah berazam, tanak makan nasik, tanak makan nasik, tanak makan nasik. Siap buat ala-ala dikir barat lagi. Skali bila tengok Ikan Keli Bercili menggoda's dan sexay terus terpa nasik. Ala... Makan sikit jerk pon. Lepas loncat-loncat dan memadatkan makanan dalam perut, masih boleh makan menda lain. Ada banyak ruang untuk diisi.

Bukan banyak pon I makan.. Cuma kambing panggang, keropok lekor, ikan bakar, laksa, puding, ayam bakar, buah-buah, salad, mushroom soup.. Ha.. Tu jerk. Bukan banyak pon.. Kan kan? *Macam biasa, lepas makan akan menyesal giler.

I bersama pemeras ugut. Ingat tak, Ira sitinggi lampai. Dia baru potong rambut. Ooo, nak bagitau ni ha, baju yang I pakai ni sebenarnya baju raya. Tapi getis kan, pantang nampak baju bersangkut dah siap iron, lajuuuuuuuuuu jerk capai tangan. Takper ni. orang kampung tak nampak lagi. Konsider baju raya jugak. tak kira.

Taktik untuk makan banyak dan tidak nampak perut kembar tiga ialah memakai baju longgar seperti jubah moden atau baju kurung. Jangan seksa diri pakai kebaya, lepas tu skali lepas napas, butang tercabut. Bila pakai macam ni, rasa selesa dan kurang pembaziran. Dah kalau satu kepala charge RM60++ tapi makan nasik sikit dah kena berenti pasal baju kebaya ketat, apa gunanya kan?

Sarah badan kecik, tapi dia makan, kusss semangat... Tapi rilex jerk. Memula ambik buah, lepas tu ambik salad, lepas tu baru la dia makan nasik... I pulak, memula makan nasik, lepas tu makan laksa, lepas tu makan kambing, lepas tu makan ayam.. Buah & Salad? Eh. Apa tu? Tak suka la makanan tadek lemak. tak geng.

Laksa DPF ialah laksa yang paling sedap I pernah makan, tu pasal la ulang ambik sampai 2 kali.. Err... Ok.. 3 kali.

Kambing ni sepatutnya share dengan Sazli, skali terlupa terus makan sorang-sorang. Sepinggan penuh siap wedges. Mungkin lepas puasa ni, I boleh geng dengan Mek Saidah. Nanti cuti, terus buat rambut gulung-gulung kasik nampak seiras. Dah kata geng kan?

Bila gambar buruk dan paling gemuk, mesti letak last.

Ok dah. Sekian laporan. I bizi ni. Tak boleh nak berlama-lama. Banyak kerja. Nak tengok cd korea lagi, nak apdet diari lagi, nak berfb lagi. Hishk! Bz sungguh. Jumpa lagi minggu depan. Babai.

-EnD-

3 comments:

Fida Ghazi said...

wawawawah.. dari awal memang tengok baju aje.. tak tengok makanan pon.. lawo lah.. mane beli??.. mari kita boria di hari raya. Takpe pon baju tu meh jual online ke aku... diskaun bagi eh!!!

Chooyaya! said...

kau bergurau bukan?

Fida Ghazi said...

ming-ming kata.. "ini..siriyusss".. hahahahha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...