Dah tadek ker makanan alam dunia ni yang budak Suraya tu suka makan selain dari sushi sushi sushi? Hishk! Bosan..!!! *tarik rambut sambil lari keliling rumah
Eh eh, apa ini? Bulan puasa sudah mau marah-marah? Padahal I marah pada diri sendiri juga kerana mungkin sekarang ini jam 3.00pm ialah waktu kemuncak untuk kebulur kot? Ishk. Saiton! Pastu terpaksa apdet blog supaya orang tau I masih hidup lagi. Hehe
Time ni la rasa menyesal tak makan kari daging yang MIL bekalkan kelmarin. Letak elok-elok dalam freeze sok lusa bila dah buntu nak makan apa boleh panaskan dan makan dengan gembira. Slurppp..!!
Mungkin jugak kena buat telur hancur kicap+sos sebanyak 2 bijik (baru belen) untuk mensedapkan nasik juga kena picit 2 3 biji cili padi.... Arggghhhhhhhhh...!! Tensen tensen. Tanak cakap pasal makanan sekarang. I boleh jadi giler meroyan! *Ini la masalahnya kalau berbicara dengan orang yang obses kepada makanan.
Kadangkadang bila mengantok masa drive nak balik kerja kerana jem macam lahanat akan call Yatie dan paksa dia berborak tentang makanan jugak, seperti. Yatie, bukak puasa apa? Kiter paksa awak buat cucur udang yang kiter bagi resepi tu atau apa sahaja lah janji mata akan bukak luas-luas bila berbicara soal makanan.
Ayo! Jangan tunggu lagi.. Mari pergi ke Toko Buku Markonah.. Eh apa ni, merepek lagi, Haha. Tak tak. Mari saksikan gambar Sushi sekarang sebelum aku merepek-repek dengan lebih lanjut lagik. *Jangan pelik, biasa kalau lapar imaginasi I sangat hebat, kadang-kadang juga berangan mau jadik pembaca berita.
Tak perlu di perkenalkan lagi. Kalau anda pembaca setia blog merepek meraban ini, mungkin sudah tau apa nama semua menda ni. Wah! Udang tu nampak lazat la.. Sexy jerk.. Haih! Makroh makroh puasa haku.
Motip? Konon comel la eh? Lempang nak???
*Biasa akan tak puas hati dengan suami dan akan memicit pipi sampai menggeletar atau gigit dia bila diri sudah lapar dan geram. Kerana membayangkan dia makanan. Gemok debab jerk. Geram sungguh aku! Gggrrrrr
Bulan puasa Sazli pesan, pakai baju yang longgar dan pakai seluar panjang. Jangan pakai skirt bla bla bla. Bulan puasa kena hormat, U tu dah la bla bla bla. Eh tidak. Ini rekaan semata untuk memfitnah suami, dia cuma cakap macam ni jerk. 'Yayang, skirt yayang semua macam pendek-pendek kan? Kalau pakai legging U nampak kurus!' Dah. Hentikan sandiwaramu itu Sazli, bagitau jerk la suruh pakai seluar panjang. Hissskkk!!!
Sebelum balik, singgah Starbucks untuk membeli ice blended cincau ni. Terpengaruh dengan iklan dalam surat kabar. Rasa? Hampa sangat. Hambek kau! Menghuni la dalam peti ais sampai berbuih. Nak buang terasa membazir kerana berharga RM15++
Huish, mahal tu air. Dengan duit RM15++ tu boleh buat beli nasik ayam Linda On tau? Siap boleh bayar untuk extra ayam. pastu bubuh nasik dalam mangkuk, tuang semua sup, sambal, kicap, ayam semua.. Pastu makan.. Aaarrrggghhhhhhhhhh...!!!!! Aku dah naik giler ni!!!! Tolong tolong Pak Polisi, jangan tangkap saya.
P/s: Macam kau sorang yang puasa dalam dunia ni Suraya
-EnD-
No comments:
Post a Comment