Saturday, September 4, 2010

Madam Kwan

Hi Kawan-Kawan! Apa kabar anda semua? Puasa tak hari ini? *Ceh, mcm intro rancangan kanak-kanak ker haper ntah.

Minggu kedua puasa, I berbuka dengan Wana & The Geng dekat Madam Kwan KLCC. Bersyukur kepada Allah kerana hanya perlu masuk hiway Akleh dan terus ke Parking KLCC dari rumah instead of kena meredah jem untuk ke Madam Kwan Pavilion. *Baca dalam tonasi redha

Naseb baik Wana menerima cadangan untuk berbuka Madam Kwan yang dekat KLCC. Phew! Pandai I cong Wana kata kat dia yang Pavilion punyer pack giler. Sekarang mungkin dia tau yang I tipu bila dia baca entry Ini. *Redha skali lagik.

Ramai jerk orang disana sini kalau time-time buka puasa ni. Yang pelik, ada jugak cina-cina yang sebok-sebok nak makan time orang Muslim nak bukak puasa. Macam tadek waktu lain. Matik la blog aku kena remove lepas ni pasal berbunyi racist. Dulik! Kata bebas bersuara kan? Satu Malaysia kan? Kan kan?

Kiter mulakan dengan gambar 2 orang muka kasihan habes. Lapar barangkali. Tapi. Jangan terpedaya dengan muka Wana tu. Nampak kasihan, macam lapar jerk.. Macam nak sekeh jerk. Padahal....

Pidah, aku pakai lagik baju raya ni untuk kali kedua. Haha. Dah tak jadik baju raya pon. Lantak la. Laki I la suka sangat tengok I pakai baju ni, pastu dia kata, 'Eh sayang, tamao pakai skirt eh, ni bulan puasa.. U pakai la baju kotak-kotak tu, comel jerk I tengok. Sejuk hati'. Ewah! Sebagai wanita yang pantang dipuji, laju jerk I pakai. Walaupon tak basuh lagi, takper. Redha kali ketiga.

Sue & Aliyah. Tengok hairband yang si Aliyah pakai tu, comel jerk. Menggelupur diri ini nak pakai menda yang sama. Tak sedar diri dah tua bangka serta berdahi jendul. Mungkin terpaksa melupakan hasrat ingin memiliki satu je.

Tetap nampak berdagu 2 mahupun tangkap gambar dari jauh. Tidak mengapa redha untuk kali keempat dan masih gembira. Gembira kerana mahu mendapat makanan barangkali?

Mira ni ha. Selalu jerk lambat kalo dating kat mana-mana. Nasib baik I tak termakan keow teow dia tuh. Bila dah bersalah, senyum la comel-comel macam ni.

Satu-satunya gambar makanan yang sempat diangkap kerana masing-masing rakus, tak menyempat-nyempat nak amek gambar. Hesh!

Nina tu kan, patut la kurus keding jerk. Bila bukak puasa, makan laksa sesudu dua, pastu dah kenyang. I pulak, makan tak henti-henti selagi ada dalam pinggan. Toleh kiri toleh kanan langsung tak. Tu pasal jadik tembun mcm ni. Kasihan bukan?

Last skali, mereka semua terpaksa meneman I cari hairband yang sama dengan Aliyah tadi pasal I dah menggelupur nanges sambil hentak-hentak kaki. Bila sampai kat kedai tu, tetiba jerk dah habes. Bila cuba yang ini, terus mcm pempuan retard. Kenshel beli..!! Kesian kan?

I perasan kan, bila time bulan puasa ni, I akan jadik extra mengantuk. Usually, pukul 9.30 malam I dah tido. Kesian kat Sazli, tadek siapa nak kawan dengan dia, pasal I dah membuta awal. Bila pagi pulak, lepas bangun sahur, I dah tak boleh nak tidur, nanti bangun tidur, mulut I rasa kuda atau longkang and tak sedap. So, kalau nak bangun sahur tu, selewat mungkin la. Kadang-kadang pukul 5 suku pagi selamba jerk baru nak bakar daging burger. Haha. Bodo.

-EnD-

4 comments:

-- said...

kan dah kata baju kurung kotak-kotak tu lawo.. comel.. bila pakai kelihatan seperti 'warisan wanita 2nd last' bukan warisan wanita terakhir tao! Klasik gitu!

wana said...

dh la utk kesekian kalinye aku pecaye ko. aku redha juge gamaknye. dh bye.

Lenny said...

alamak.. terus teringin nak makan kat madam kwan... ches..

Chooyaya! said...

fida : hari raya aku tak pakai pun baju tu. ala2 segan sipot babi. ko nak betul eh pida. meh aku belikan. bayar dabel. ok?

wana : kalau ko redha, bak meh dit barang seratus dua

lenny : lekas carik madam kwan sekarang. makan banyak2.