Thursday, October 14, 2010

Birthday Dinner - Part 1

Birthday I kali ni kitorang makan dekat Gaucho Grill, Chulan Square pulak. Memang macam ni la tiap-tiap kali birthday salah sorang dari kami berempat. Small family jer kan? Cuma bezanya, kalau birthday yang Bapak belanja I akan pilih restoran macam Gaucho Grill, Jake's or somewhere dekat Starhill Gallery. Hehe.

Pastu kalau birthday yang anak-anak treat pulak biasanya dekat VS, Bora Ombak ataupun Chakri Palace jerk. Nampak tak macam ala-ala antara dua darjat kat situ.? Hehe. Tapi Mak & Bapak cool jerk... Bak kata omputih, the thought that counts. Kan kan?

Birthday girl dengan suami yang momot, musyuk, demok. Warff warff..!! Geram geram. Siap ko balik karang. Grrrrr.. (Eh, harini berapa hb eh?)

Mak dekat rumah nak makan steak, dalam kereta nak makan salad jer, bila sampai sini teringin nak makan pasta. But end up, order steak jugak pasal bapak kata, 'no share except exchange'. Haha. Bapak tak suka makan pasta. So kena la order steak jugak demi untuk merasa bapak punyer steak nanti.

Nak order apa eh? Takper, kiter buat iklan shempu dulu. Aaauwww. Pakailah shempu cap bawang jackie chan untuk mendapat rambut macam I *geli mat

Ok, tensen taktau nak makan apa. Kata Nadia, dah makan kt steak restaurant, makan la steak tetapi malam ni I tak terasa macam nak makan steak. (tapi sekarang dah menyesal. bodo nih!)

So end up order seafood soup jerk. Ada la udang 2 ekor, isi ikan 2 ketul, oyster 2 ketul. Sekali hadap, licin. Time makanan orang lain tak sampai lagi, I punyer portion dah arwah. Pastu buat mata macam puss-in-boots dalam Shrek dengan harapan ada yang simpati.

Ceasar salad disini tidak se'sexy' di Delicious. Tapi sedap jugak la. Tu la, lain kali jangan ajar makan sedap-sedap sangat. Nanti mula la compare sana, compare sini dan kecewa.

Escargot dekat sini rasa bawang putih terlebih, dekat Jake's rasa macam sambal air mata and yang paling best ialah dekat VS. Ok. Sekarang blog ni dah jadik macam segmen review makanan di restoran pulak dah.

Mak order Tenderloin Steak. Ada 3 ketul semuanya. 2 makan, 1 bungkus dalam tissue bubuh dalam handbag dan bawak balik. Haha. Mak sangat comel. Steak disini semestilah tidak mengecewakan. Tender & Juicy walaupun masak welldone. Sedap giler woh!

Bapak makan T-Bone steak. Memang dekat sini, steak ni la yang special. Chef confirm akan rekemen ni. Tapi memang sedap! Actually, rupa dia tak la buruk sangat macam ni, tapi camera biasa kan, dari rupa ghairah terus turn off.

Sazli kat mana-mana pon order kambeng. Ok la ni. Kalau tak fish & chips manjang. Ni nama dia grill lamb rack. Kata Sazli, the best lamb yang dia pernah makan. Eleh dia tu, asal kambeng semua pon paling sedap. Aritu kitorang bbq masa raya, I bubuh sos barbeque segera jer dekat kambeng pun Sazli cakap the best lamb jugak.

Gesel-gesel sikit, mana tau dapat seketul lamb. Tapi harapan. Sehiris jer I dapat. Tidak cukup menggoda barangkali.

Last sekali, I order Choc Fudge as a desert. Kalau moist choc cake, mestilah molten choc cake dekat Chili's yang paling sedap ya amat yo. Tapi ini pon semestinya sedap jugak, cuma cinonet jerk. Maka...


3 sudu untuk I..


1 sudu untuk U.. 3 sudu untuk I... 1 sudu untuk I.. Pastu sazli nganga.

Yer yer. Gemuk. Tahu.

Nampak pendek disini.

Nampak tinggi. Haha

Sekian cerita makan-makan masa birthday I untuk hari kelmarin, yang semalam punyer, esok I apdet. Lepas tu malam ni pun I ada birthday dinner jugak dengan Wana, sampai la tulat dengan kawan-kawan yang lain. Lepas ni kalau nak beli dress, masuk kedai maternity jerk, selamat tinggal Forever21.

-EnD-

3 comments:

STARDUST IRIL said...

makcik!!
kapee comel sgt huh..??

wana said...

Sedar la umur 21 tu dah sgt jauh ngn ko. Dah xde nk forever dh. Haha

Chooyaya! said...

ayiel : ntah la yiel. semulajadi kot? haha. perasan

wana : diam diam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...