Hi korang ! Gembira tak dengan keputusan Piala Malaysia yang Kelantan Vs Negeri Sembilan semalam? I rasa biasa-biasa jer pasal tidak la menyokong mana-mana team, pasal diri sendiri lahir di Pahang dan beribu-bapakan orang Johor. Suami pulak orang Kedah.
Tapi sebagai orang yang suka carik pasal, I semestilah sokong Negeri Sembilan pasal kurang gemar dengan penyokong-penyokong Kelantan yang kadang-kadang macam over emotional. Bakar kerusi, bakar mercun, terus jadik gerraaamm... *mati la blog haku dah berbau racist ni. Tapi, betul jugak kata fans Kelantan, dorang takkan mengamok kalau tadek yang carik pasal. Errr.. Ok. No komen lah !
BUT. No doubt ok? Kelantan punyer player memang bagus-bagus la.. Kemenangan pon bukan pasal gol penalti and they deserve to win. Tumpang bangga BUT so obvious as we can see at tv itself kan? Most of the botol-botol yang melayang lebih banyak di sebelah penyokong Kelantan. Hurmmm... I sendiri geleng-geleng kepala bila nampak masih ada yang bakar mercun. Walaupun dah kena warning. Letupan terawal bila N9 dapat penalti. Aiman anak buah I yang darjah 2 tu pon dah membebel-bebel pasal penyokong yang tak berdisiplin.
I mean, budak darjah 2 pun tau kot pasal benda yang betul or salah, takkan la kiter yang dah majoritinya tua bangka tak reti nak paham. Eh.. Emos sekejap.
Zzzzzzz....
Ngantok pasal terasa blog terasa terlalu berdisiplin dan berilmiah jugak. Nak tido sekarang. Bye tipu-tipu.
Ok. Dah jaga balik. Ooooo Sazli dia sokong Kelantan. Dengan alasan : Sajer suka-suka nak carik pasal dengan I. So, bila I sms dia malam tu (I balik kampung weekend, dia dekat KL) I cakap la, 'U, tahniah la Kelantan menang. I taknak kawan dengan U malam ni, tapi esok kiter kawan balik'. Pastu dia reply, 'Tu la sayang! I dah dapat agak Kelantan menang ! Demo Kelate Demo!
Hahahah. Laki aku ni aci boleh jerk. Gomo Klate Gomo la dol !!
Eh, sebenarnya pasal bola yang final semalam tu cuma mukadimah jerk. Buat apa I nak sokong lebey-lebey sampai emotional hempas-hempas diri dekat lantai tapi bukan team suami yang main kan? Baik I sokong team suami I sendiri. Kalah sampai 8-0 pon takper, yang penting penyokong hot (kena mengena tak) Tidak rasanya.
Usually weekend, I akan ikut Saz main bola dekat Setia Alam, Shah Alam sana nun. Dia kan ada team dia sendirik. Ala, team yang beramai-ramai ke open house tu. Yang tu la. Tak berkembang kan kawan-kawan I? Yang dalan entry ni, I gabung 2 minggu punyer game.
Keputusan perlawanan : RAHSIA. Demi menjaga standet WakDan FC dan jugak menjaga hati kawan-kawan. Eh. Ni kalau kata macam ni dah tau kan yang 2 2 game pon kalah. Tapi I tadek cakap apapa kan? Zip mulut. Haha.
Adlain gf Abang Yut datang minggu ni, first time Abang Yut play with our team. Yang pakai tudung hitam and tangan macam sotong kurita Paul tu nama dia Yash. Yang tengah-tengah kontrol cun tetiba pegang rambut macam nak berlakon iklan sempu tu ialah. Ah melampau la kan kalau tak kenal? Nak kena bakar? *Tetiba feeling Pathmanaban. Berani kau carik pasal dengan haku??? Nak kena bakar? Haha. Lawak ngeri. Ok. Tak lawak.
Bersama Wana si budak bucuk. Sekarang I nampak tembam. Ni mungkin effect camera Joe la ni. Biasa I tak tembam macam ni.. *Usaha deny kan? Sian.
Percubaan untuk bermanja dengan Apai tetapi menggunakan Yash sebagai medium. Owh, btw Yash dengan Apai ni pengantin baru. Kawen 10 Oct haritu. I selalu sakat-sakat Yash, 'Yash, perlu tak kiter berkongsi tips ehem-ehem' Biasanya Yash tak layan la. Malu barangkali. Padahal I nak menyakat jek. Haha
I mengidam nak badan sekurus Acap yang half naked tu. Selulit pon tadek, perut pon flat. Jeles jeles. Motip Apis tetiba berangan buat video klip macam Rain? Hi, nama saya Rain. Eh. Tu eklan syempu Clear.
Mira, Rish & Farah yang bercuti 2 minggu balik KL dari Perth. Pelik kan? Yang gemok bertambah gemok (I dengan Mira), yang kurus bertambah la kurus ! Bayangkan berat si Farah ni tak sampai 42 kg gitu. Tak makan hati pulak tengok peha dia sama size dengan betis aku. Tengok Rish tu, gebus giler. Ada rasa macam nak rogol tak?
Tengok Sazli ni. Omel-omel macam ballerina kan? Dia kata, dia nak pakai tight pasal segan dekat kawan-kawan perempuan nampak kaki dia dan menutup aurat. *petir sambar diri sendiri !
Eh eh, siap berjoget ! Meh lempang meh sayang !
Eh eh, siap berjoget ! Meh lempang meh sayang !
Now, sekarang mari periksa keluar (check it out) antara player-player WakDan eh? I bubuh yang popular jer. Yang suam-suam kuku macam Apai, Acap, Ami, Apis tu tak payah la... Bersepah dekat blog ni. Carik sendirik kalau rajin.
Berlari secara lemah lembut cara Zai. Kalau dia lari gagah sikit, mungkin kiter menang besar atau kalah kecit. Haha.
Bang, tapi bang.. Saya tak bersalah. Tolong jangan rogol saya. (Zaha our future pilot as a goalkeeper) Hemsem kan kan kan?
Team captain si Gofur yang cuba berebut bola dengan team mate sendirik. Nampak tak usaha sungguh-sungguh kat situ? Patut dapat pujian ni kan kan?
Jay Alaxender. Eh tak la. Jay jerk. Memandai mandai I ubah nama dia. Jay Alaxender tu gay yang jadik judge dalam ANTM. Haha. Adanya pemain Mat Saleh tidak menjamin kemenangan maksima. Harap maklum. Eh. I dah terbagitau yang game 2 2 kalah la. Tadi yer yer jer nak rahsia kan? *tampar mulut sendirik
Sabar Apis, lagi 4 bulan baru boleh main. Sekarang ni Apis tengah dalam proses membaikkan kaki dia. Putus urat dekat keting ke apa ntah. Tiada belas kasihan dekat Apis pasal buat I nanges kerana tak dapat rasa KFC dia aritu awal-awal. Sipi-sipi I dah meleleh air mata, baru kasik rasa. Dengan Saz dia siap suap-suap. terbakar jerk. Jahat.
4 comments:
i see something!!
yer, peha gemok ka? tak heran. :p
Sgt menipu kata sipi-sipi klua air mata. Padahal.......BYE!
padahal apa?
PADAHAL APAAAAAAAAAAAAAAAA?
(kalau berani kasik tau la)
Post a Comment