Monday, November 1, 2010

Pasal Rambut

Girlfriend I kata, kalau I potong rambut, nanti muka I macam budak sekolah tapi dah tua. Tak kena. Lagi la kalau I ikat rambut tinggi-tinggi pakai reben lawo-lawo tu yang I bajet comel giler nak mampos tu, dia kata dah nampak macam maid Indon. Mak please, tolong ikut peredaran zaman boleh tak? Maid Indon tak pakai cekak rambut beli dekat KLCC ok? *wah belagak. Petir sabung menyabung sekarang.

Bapak kata? Bapak tak kata.. Cuma dia cebek-cebek muka. Lepas tu dia kata, jangan nak kaler-kaler rambut. Bapak tengok tak elok. Pastu bila I kata, I nak kaler rambut coklat emas macam dia, dia kata dia termasuk dalam kes lain yang istimewa. Dia kata, kalau I buat macam-macam kat rambut, nanti rambut rosak. Lepas tu bukak cerita pasal how horror kalau rambut rosak. Wah bapak, sangat takot lah saya! :D

Mak Mertua kata jangan potong banyak-banyak, seinci cukup. Nanti payah nak buat sanggul. Pastu dia tanya, suami kata apa tentang I nak potong rambut? Pastu I kata, Sazli suruh buat boy cut, terus air mata dia genang-genang. Satu tangan pegang rambut sambil belai-belai, satu lagi tangan dia pegang tangan I. Terus drama RTM1 sekejap.

Sazli kata? 'Sayang, buat boy cut la, baru kinky!'

Jadik, seharusnya bagaimana eh?


Selamat tinggal rambut panjang. I pilih untuk ikut cakap suami. Nampak tembam? Takper.. Nampak Jawa? Dah kata jenenge bapak e Sulatin (rujuk kamus jawa jilid 1) Memang la jawa !

P/s : Tapi ramai yang kata jangan potong, sayang... Hurm memang. Tapi rambut I banyak gugur la. Macam kena kanser ke apa ntah. Sikat jer, segerombolan luruh. Gf I kata, 'Eh dik, sekarang bulan sebelas memang musim gugur rambut la, esok-esok ok tu'. Mana fakta ntah dia dapat.

-EnD-

5 comments:

-- said...

potong sikit2 dulu ..jgn pendek terus..nanti kalo menyesal tak la gila isim.. rambut tu tak boleh sambung balik kak oiii.. gam gajoh pon tak mau!

sekian nasihat dari orang yang penah potong rambut pendek2 pastu tergonjeng lalu menyesal pastu gila 3 bulan dan malu nak berhadapan dgn masarakat...padahal masarakat tak peduli pon.

ok..ok..sekian.

Anonymous said...

i setuju w saz!! bile lg nk try kann?
-adlain- :)

Chooyaya! said...

pidah : tu la, aku ingat aku potong sikit jerk la kot? seram nak potong pendek. ko tau la, kalau muka jawa ni, bila rambut pendek, dari jauh orang dah tau. tp best apa jadik jawa. kaya dengan ayam dan makanan sedap2. motip related rambut dengan ayam gemok????

adlain : kalau berat i bermuka dengan angka 4 boleh kot? haha

wana said...

mak ko lawak. aku suka mak ko. bye.

Chooyaya! said...

kalau suka, sila beri duit yg banyak pada anak dia yg nama suraya. bye jugak