Monday, October 4, 2010

Open House - Part 1

Rasanya, tahun ni lah paling baaaaaaaaaaaanyak skali open house yang I pergi. Open house atau beraya secara berjemaah bersama rakan-rakan juga adalah dikira sebagai open house mengikut definasi kamus diri sendiri. Usah ditiru.

Sementara waktu, ni jerk yang mampu I apdet. Janji janji janji janji lapan kali, I akan bubuh Open House Part 2 sampai ke Part 18 untuk dimasa akan datang. Virus malas mengapload gambar dari camera baru (wachey!) amat berkobar-kobar ya amat. Dulu-dulu kalau I bising-bising kat Wana pasal lambat masukkan gambar dalam FB boleh pulak. Bila taim diri sendiri, gambar yang dari puasa dulu tak masukkan dalam laptop selamba jer pulak. Haih.

Okey, kiter mulakan dengan gambar raya di Jengka dulu eh? Waktu ni I pergi beraya dekat rumah Erni kawan sekolah I dulu dengan Dewi. Mintak maaf kerana tadek gambar mereka. Alasan : Gambar dengan Erni, dia sendiri tak masukkan dalam FB. Comot barangkali. Alasan 2 : Gambar dengan Dewi, I nampak macam mengandung lapan bulan. Jadik, tak payah letak. nak tau muka Dewi macam mana, google la sendiri Ratna Dewi. Keluar la nanti.

Maka terimalah gambar beraya edisi solo. Orang kata pempuan kalau amek gambar, tak elok atas tangga, nanti jodoh liat. Memandai jerk nak fitnah-fitnah tangga kata bagi pempuan lambat jodoh taw? Dosa. Kenapa I kawen cepat jer walaupun tiap kali pun time raya akan tangkap gambar ditangga? (28 kira awal ker?) Lagi mau salahkan tangga ker???? Arrrgghh!!! <- Tensen tanpa sebab

Seterusnya kiter ker open house yang benar-benar berlaku pulak. Ni kat rumah Aput. Masa ni badan I memang tak sihat sangat. Pening kepala megren macam nak mampos, tekak loya, badan panas.. Tapi kerana sahabat-sahabat kesayangan sanggup jer redah. Kat umah Aput makan mee soto. Ada sambal kicap pembunuh. Sekarang bila teringat, menyesal kerasa hanya merenung tetapi tidak memakan.

Wana sayang I sangat, pasal tu dia peluk erat-erat :) ada yang jeles tak? Ke tak kisah pun? Ok ffine!

Tengok la atas meja. Sebahagian dari makanan. Satay pon ada. Juga I cuma tenung sajer. Mungkin kalo tenung lama-lama, satay pon terbakar hanget dan semua orang pon tak boleh makan. Dengki banyak-banyak.Tengok I pakai baju sejuk pasal nemam. Cian I. Eh eh. Tu mangkok kosong saper depan I tu? Bukan I eh? Bukan I. No no no.

Seterusnya ke rumah Ipin di Subang Jaya. Open house macam kenduri kawen, ada pelbagai makanan juga siap khemah warna merah and ke rumah Skate di kawasan yang sama. Ada kambing bakar, Apple crumble sedap sehingga inzal dan jugak soto jugak. Ah. Bahbee la. Time tekak tak sedap ni soto melambak-lambak pulak!

Skate, nanti gambar I apdet kemudian eh? Yang ni semua gambar cilok dari Wana punyer Fb jer. I janji I bubuh. Semuaa gambar I masukkan siap gambar artis dan makcik seketeri eksyen. Ok?

Lepas ke rumah Skate di USJ, balik rumah di Ampang kejap pasal suami nak tengok Cuci The Musical dekat Astro. Boleh jerk laki aku ni. Teater dah tengok 2 2 part, pastu nak jugak tengok yang rakam kat dalam tv. Suka betul dekat Awie. Tu taknak potong rambut tu pasal nak sama macam Awie la jugak tu. Haih.Taknak fikir. Tensen. Tensen memikirkan rambut dia. Grrrrr..

Malamnya lepas habes Cuci The Musical, terus gerak ke Shah Alam pulak, rumah Gafur. Makan nasik beriani. Tapi tak makan pasal demam. Ni berapa kali nak bagitau yang I demam ni? Tak reti-reti ker? (Tetiba nak marah. Bodo)

I Makan tembikai jerk sambil bergosip-gosipan dan berpanas hatian melihat kesemua bf dan suami sebok melayan PS3. Ada 2 set PS3 woh! Terbakar hati.. *Padahal tak heran pon pasal I got the girls. Haha


Tengok la tu, dari siang sampai malam pakai baju sama. Kata demam? Mana boleh mandi kan?

Esok malamnya I beraya pulak di Alam Damai Cheras, rumah Acap. Gambar kemudian. Kemudian aku bilang!

Ok. Lompat terus ke minggu kedua beraya. I kerumah Inez dengan Rish dan Mira dan sanggup berkebuluran dalam kereta dan merana kerana jem macam pepet sibet. Semata-mata nak makan banyak nanti. Tau dah, Inez memang pandai masak, perut kasik space banyak jugak. Kalau tak muat, loncat-loncat kasik semua food turun kebawah macam nak mampatkan tepung dalam plastik. Sekarang, kau paham tak?

Tapi kan, merana pon, merana ala kadar jer pasal I paw burger McD Mira yang tinggal separuh tu dengan fries dengan errr.. Twisties. Ala. Twisties jek pon. Bukan makan ayam Kfc pon. Kecoh.

Nampak tak Mira, I & Rish gembira disitu? Pasal nasik tomato dengan Laksa Johor sedap giler woh! Nak tapau bawak balik, tapi segan. Lagipon Inez bukan pelawa pon.

Sebelum balik, pose dekat rumah jiran Inez berbangsa cina. Owh, lupa nak kasik tau, rumah Inez dekat area Digital Mall Kelana Jaya. Tq Inez pasal tapaukan kapkek (kapkek jerk ker?) untuk kami bertiga yang end up, kaksu sorang yang bawak balik rumah tu. Haha

Balik dari rumah Inez, I dengan Rish teman Mira beli produk penjagaan kulit dan alat megik membuang mata panda *read - eye bag, di Skin Food The Curve. Selamba pakai baju kurung kain cotton murah. Tak malu pon. Lalalalalala. Dari the curve terussssssss ke Setia Alam untuk jadik pom-pom girl game bola bf/suami dengan baju kurung. Sexy kan loncat-loncat tepi padang dengan baju kurung?

Lepas bf/suami habes main bola di Setia Alam, kami gerak ke rumah Lia pulak di Bukit Setiawangsa yang cantik giler woh! Macam resort siot. Ada kolam renang, tukang kebun 2 orang, orang gaji 3 orang. Sekarang, boleh bayangkan tak besar mana rumah dia. Eh, kata Shikin, rumah Lia ni orang shoot cerita Syurgamu Ramadhan. Yang Eli Suriati berlakon tu eh? Entah. I tak tengok. I kerja. Tapi bila Shikin cakap, buat-buat excited macam tengok jugak.

Owh, sebelum menutup entry Open House Part 1, I hadiahkan anda semua dengan gambar kapkek Inez yang sedap giler ni. I paling suka yang coklat tu. Sedap sungguh. Tak paham macam mana kapkek yang buruk hitam macam dayang senandung tu boleh rasa sedap giler. Harap Inez tak bubuh jus sepender. Haha.

Terliur tak?

Dah. Ni jerk yang I mampu apdet buat sementara waktu. Acara makan-makan marathon macam ni la buat badan I tak berapa nak sihat sangat. Bercampur aduk dalam perut. Badan pon On off macam tu. Kadang-kadang, tiba-tiba jer kena megren masa tengah meloncat-loncat dengan the girls. Dengki betul la badan ni dengan I yang mau bergembira bersama kengkawan. Eh? Ke Tuhan kasik hint supaya jangan terlalu gembira kot? Ah. Insap sekejap.

-EnD-


Awie

Sazli

Eeeee... Geramnyer aku...!! Lepas ni kalau dia mintak nak mintak colour rambut dia macam Awie jugak, memang Aaarggghhhhh...!!! *Lari menjerit keliling rumah sambil tarik-tarik rambut.

-Betul betul End-

5 comments:

theblabber said...

alam damai? saja lah kan tak singgah rumah aku.
anyway, pepet??

Chooyaya! said...

memang sengaja taknak singgah. tau dah umah ko kt situ.

-- said...

aku minat awie wehhh!! katalah apa saja.. aku tetapppp minat awie. Ok..nak nyanyi lagu di ambang wati sekarang!!

Ayuraza said...

tumpang lalu nih..
nice blog ya..

Chooyaya! said...

pidah : aku pon minat, tapi masalahnya kalau dah rambut dia mcm tu, laki aku nak tiru agak menyesakkan perasaan jugak eh?

dymy :tq :)