Hai kawan-kawan, bertemu kembali yer? Seperti yang dijanjikan, there you go my Cerita Hari Raya Part Kedua yang dijanjikan semalam. Hidup kalau berjanji dan tidak ditunaikan terasa stress woh! Walau tiada siapa yang menuntut, ok jerk kalau nak stress sorang-sorang. Ko peduli apa? Kan?
Eh eh. Tetiba jer garang. Bukan. Saya bukan garang kerana mengandung.
Oklah. Sambung balik. Masa on the way ke Pahang, tekak berasa sangat haus giler, tapi pasal rasa tak sabar-sabar nak jumpa Mak, kata kat Saz, terus jer.. Tak payah berenti. Dalam hati berdoa dan berdoa agar perjalanan di mudahkan dan Al-hamdulillah, dalam dua jam suku dah sampai Pahang. Wah ayat, tetiba jadik macam cerita dokumentari menunaikan umrah.
Bila sampai dekat kampung.
Assalamualaikum......... Acik.......... Ada orang dekat rumah tak? Kami datang nak beraya.. *senyap. *Ah sibet la, mana pulak mak ni...???? Orang dah la eksaited giler nak jumpa dia..! Skali Mak bukak pintu pura-pura ngantuk. Macam nak lempang jerk rasa. Haha. P/s: Jangan gurau kasar dengan Mak macam ni tau? Derhaka namanya.
Petang tu I ajak Sazli ronda-ronda naik motor. Sajer ambik feel raya dekat kampung. Memang ternyata suasana beraya di kampung berbeza dengan beraya dibandar. Sebijik rumah tak kurang dari 3 bijik kereta ada. Budak-budak main kejar-kejar. Pastu aktiviti kunjung mengunjung jiran masih dilakukan, pastu ada mat rempit bawak motor wekang willy. Eh. Yang ni lain.
Petang tu, lepas jerk menyediakan lunch, kitorang dah sebok untuk prepare BBQ pulak. Abang long grill dulu peha kambing tu. Ada 2 peha kambing. Hambek kau! Makan sampai pengsan. Pastu ada ayam, daging, ikan, sosej bagai, ada kentang wedges, ketam ball, udang ball, ciken ball, ball ball api - tipu, pastu nasik goreng cina, salad semua and buat 4 jenis pencicah. Black pepper, BBQ, Osyter & Mushroom. Gambar? Lupa nak snap. Bodoh bodoh.
Owh, raya ke dua I mandi pukul 4.00pm, tu pon lepas diri sendiri taktahan bau ketiak dah macam kepak ayam BBQ Pizza Hut. Ada bau macam hanget-hanget sikit. Yuck!
Esoknya, semua pon bangun lewat. Cover balik yang tido lambat malam tadi. Kaklong dah nak balik ke KL semula. Dia dah ada kat kampung since hari Rabu. Dah 5 hari. Lagipon Along nak beraya dengan kawan-kawan dia dekat KL pulak. Hari ni baru lah I beraya betul-betul sikit. Kami ke Bera. Rumah De Mak Itam. Seperti yang diceritakan pada entry yang sebelum ni. Cek sendirik. jangan jadik pemalas. Tuhan marah.
Sasha, Makcik suruh bergaya ok? Bukan buat aksi lucah.
Dekat rumah Mak Itam, masa ni I cakap kat Kaseh, 'Aceh, buat peace bawah sikit, Nanti tak nampak muka'
Skali...!!! Hahahahahha. Makcik suruh bawahkan lambang peace, bukan 'bawahkan' badan. Hahahaha
Semua muka sepesen jerk kan? Dah kata sedarah daging...*Ni dah kat rumah De Mak Itam dekat Bera. Tengah struggle menahan lapar kerana tak cukup nasik. Sabar Su, Sabar... Eh Mak? kenapa pegang Ayiel??? Ini boleh menimbulkan kemarahan ni! U kan gf I? mana boleh U pegang orang lain.. Grrrrr
Senyum kepura-puraan. Padahal lapar giler siot masa ni! Terasa macam nak makan budak. Aum aum.
Sampai dekat rumah dah petang. Malam tu De masak ikan patin masak tempoyak. Giler sedap! Memula menahan diri taknak makan... Konon pasal dah makan masa siangnya.. Skali pukul 10, gua dah tak tahan beb. Sazli gelakkan ajer.. Sambil layan cerita hantu, sambil makan. Eleh. Salah ke makan pukul 10? Salah ker????
Time to go... Esoknya, hari raya ke 5, I pon balik KL. Tu pun pasal hari Rabu dah kena masuk kerja. Masuk kerja sehari, berfb, berblog, nap dan mengular dan balik. Pastu sambung balik cuti sampai Ahad. Macam buat kerja sia-sia. Kerja bodoh. Macam korek idung, calit bawah kerusi. Sia-sia kan?
Sekian cerita raya I untuk tahun ni.. Dah macam diari harian dah aku nengok. Berpinau mata apdet panjang-panjang macam ni. Lepas ni I akan apdet pasal menghadiri open house pulak eh? Rasanya, raya tahun ni lebih teratur sikit dari tahun lepas. Semakin bagus. Teratur la sangat sampai tak sedar baju raya ada 8 helai. Haha.
-EnD-
5 comments:
weh.. aku bace entry ko sambil picit-picit kalkulator kira kalori!! wahahahaha... eh..sama macam aku lah.. raya.. makan-makan-makan sampai berat naik 4kelo dalam masa seminggu sahaja.. tahniah aku!
ko tulis 'mando' pon aku suka.. kau tulis 'kocok' pon aku suka.. sahhh jawa!
raya bersama rakan2 mane?
fida : aku iso la ngomong jowo, tapi sitik2 yo la.. ko takyah peramah2 nak kira kalori.. jgn nak kasik aku stress. aaargggh!!!
skate : tunggu skate, jap2lagi maksu apdet eh? lagi2 dkt rumah artis macam skate
so bila lak nak belanja aku bbq ni?
lalalala
bila? grrrrrr
Post a Comment