Ok, sekarang mari kiter semua sekali lagi mengira berapa jumlah kalori yang telah diambil sepanjang musim raya sambil mengurut-ngurut dada. Semua jenis alat timbang menimbang is strictly prohibited untuk sementara waktu. Dikuathiri boleh terkena serangan jantung akut. Serangan jantung akut tu apa? Entah. Mana aku tau. Pergi la tanya Doktor sendirik.
Raya setahun sekali, bila dah makan jangan rasa menyesal. Nanti keseronokan tidak lagi bermakna. Lepas musim raya ni, jogging balik, diet balik. OK? Janji dengan I dulu. Janji lapan kali...!!
Kita mulakan dengan Open House Acap di Alam Damai. Mintak maaf banyak-banyak kepada kawan Mira pasal mengapa dah tau Rish putih macam kapas masih juga mahu mengambil gambar disebelah dia? Kan dah jadik macam tu. Tapi cantik apa? Kaler tan. Mat Salih suka kaler-kaler orang macam ni. *cover balik. Haha
Ala, open house yang I attend ni, 80% orang yang sama jerk. Orang yang sama jugak dengan aktiviti futsal dan lepak-lepak minum. Kalau korang perasan la. We are like one big happy family. Yang dalam gambar ni ada Go, Lia dan Fairuz. Dekat rumah Acap, serius I lupa ada makanan apa. OMG!!! I terlupa I makan apa la..! Mak. Takot. Nak mati dah ke? *letak tangan atas dahi sendiri sekarang.
Seterusnya ialah rumah Skaters dekat Subang. Ada macam-macam makanan. Kambing golek, soto, apple crumble sedap sampai inzal dan macam-macam lagi nyot. Fuh! I dah ingat balik apa yang I makan. Naseb baik. *Lap peluh dekat dahi. Skaters yang pakai baju macam nak nikah tu. Dah la ensem, kelakar pulak tu, dah tu artis lagi, dah tu producer lagi. Saper nak jadik pelakon ker, jumpa dia. Ok la. Kalau macam tu I sendiri nak jumpa U la skate. Haha
Skate selalu kata dekat I macam ni, 'Maksu ni lengan besar sangat la. Diet la sikit' Ewah. Yang ko tu pon lebih kurang dengan aku jugak, tak pulak aku kecoh. *Tapi jawab dalam hati jer la. Tapi sekarang dia akan tau bila dia baca blog ini. *Redha. Eh eh, Apis Haris kalau bab bergambar, tengah makan pon boleh jer senyum. P/s: Kenapa muka I terlalu suci disini?
Sebahagian dari makanan dekat rumah Skaters. Sumpah meriah. Memang tak menyesal I datang. Sazli terus serbu kambing golek. I pulak akan menuju terus ke mee soto. Memang fav I. Nak pulak ada sambal kicap pembunuh, siapa yang mahu menolak? Ewah. dah macam jingle iklan dah.
Ni pulak dekat rumah Epin. Yang nomei-nomei ni adik bongsu dia. Bila orang tak nampak, I gigit tangan dia. Bila dia nanges, I tuduh dia panas itu pasal menanges.
Rish tak sanggup berbaju raya kerana harini la yang I cerita beraya dari tengah hari sampai ke tengah malam tu. Yang I balik rumah dulu pasal nak tengok Cuci The Musical lepas tu ke Shah Alam pulak. Penat tapi meyeronokkan. Makan pulak sedap-sedap. Jumpa kawan-kawan yang best lagi. Double the happiness! Macam double cheese burger McD. Best kan?
Seterusnya a night before, kawan-kawan Saz yang dia sama study dekat Perth dulu, buat gathering dekat Kampung Warisan, Setiawangsa. Rumah Azrul. Amboi Ucop, nampak perempuan terus jerit-jerit. Gatal la tu.
Sila perhatikan kemanakah tangan Apis landing? Korang jangan buat pasal, sipi-sipi jerk lagi nak kena dekat situ woh..! Owh, untuk makluman, air diatas meja ialah Barbican yer? Air yang biasa jual dekat kedai-kedai Arab tu, kalau taktau google sendiri. I suka perisa nenas dengan peach dengan strawberi. Sebenarnya semua pon I suka. Botol dia boleh dibuka dengan tangan. Yerla kan, takkan buka dengan kaki atau gigi pulak. Biasa kalau I berjaya bukak, terus senyum belagak pandang semua orang macam hebat sangat la kiranya.
Dari kanan, yours truly yang I crop gambar supaya tak nampak lengan hulk hogan, Lia, Nadia & her baby, Shikin mak si Ucop, Rish perempuan kulit kapas dan Naz Sexy. Motif nak perkenalkan semua orang? Tiada.
Malam tu ada lemang, rendang, pizza, nacho's dan 2 3 lagi jenis makanan yang agak menggemokkan. Sila perhatikan lelaki di sebelah Naz. Nama dia Fino. Dia suka sebut nama I penuh siap nama bapa dan jugak kuat-kuat dan jugak suruh I jadik pembaca berita. Taktau pulak kenapa. Nampak familiar kan? Dia la pelakon iklan Streamyx yang orang menari loncat-loncat bubuh tangan dekat dahi and latest iklan Celcom. Dia sangat baik dan comel tapi malangnya Naz dah dapat dia dulu. Dengan kata lain, dia tidak lagi available. Jadik anda wanita semua diluar sana, sila maafkan saya.
Malam tu ada lemang, rendang, pizza, nacho's dan 2 3 lagi jenis makanan yang agak menggemokkan. Sila perhatikan lelaki di sebelah Naz. Nama dia Fino. Dia suka sebut nama I penuh siap nama bapa dan jugak kuat-kuat dan jugak suruh I jadik pembaca berita. Taktau pulak kenapa. Nampak familiar kan? Dia la pelakon iklan Streamyx yang orang menari loncat-loncat bubuh tangan dekat dahi and latest iklan Celcom. Dia sangat baik dan comel tapi malangnya Naz dah dapat dia dulu. Dengan kata lain, dia tidak lagi available. Jadik anda wanita semua diluar sana, sila maafkan saya.
Selesai cerita open house part 2. Nantikan kemunculan part 3 pulak lepas ni. Hadoi... Nak meletop dah perut ni. Kadang-kadang juga nampak seperti perempuan mengandung 3 bulan. Takper. Kerana kawan-kawan kesayangan, I redha. Gemok pon gemuolah! Janji hati gembira. (ayat nak sedapkan hati)
-EnD-
-EnD-
No comments:
Post a Comment