Tuesday, November 30, 2010

Bukan Salah Betik oK?

Kesinambungan dari kisah sakit perut dan mc dan tengok wayang haritu kan kan? Yang sakit perut pasal betik tu kan kan kan? I dengan Kaklong and the rest pergi ke Pusat Hiburan kanak-kanak untuk melayan si Kaseh si rambut kenteng dan jugak main bowling dekat Wangsa Walk.

Wow! Tetiba I impressed yo! Wangsa Walk sangat cool. Ada cinema, ada bowling, ada tempat pusat hiburan kanak-kanak yang kalau nak main game kena beli coins tu dan jugak ada tempat makan lazat-lazat-lazat! Tempat makan yang lazat patut tadi nak bubuh reason paling best, tapi I segan pulak. Hehe. tiba-tiba segan ni, pelik pulak. *Rasa dahi. Ok. Normal.

Kat sini ada TGV. I tak suka sangat TGV pasal kerusi dia sempit. Maklumla bontot besar gemok tembam mestilah kena kerusi yang luas-luas macam GSC. Paling best untuk couple-couple pasal boleh peluk-peluk. Kerusi untuk dua orang, boleh muat 3. Haha. Time becinta la. Time dah kawen, letak palang tengah-tengah lepas tu warning, tangan U jangan lebih kawasan, nanti terus jeling atau paling best, cubit bok-bok.

Cubit bok-bok tu I dapat pasal ada satu hari ni, ada dua manusia kurang kerja kan? I gurau-gurau dengan suami. Entah macam mana, I tergigit tetep dia, terus Sazli terlepuk gedebok dekat belakang I. Sakit ok? I terus jebik-jebik and nanges. Sazli dah gelak-gelak. Dia kata dia tak sengaja. Itu tindakan refleks. Dia mintak maaf.

Hengat senang gitu jerk nak mintak mahap? I kata, bagi I bok-bok belakang dia dulu, baru boleh kawan balik. Bok-bok tu penumbuk sebenarnya. Tapi agak-agak la kalau nak bok-bok. Jangan la buat sungguh-sungguh. Sikit-sikit dah la. Tapi kan kan, I kan mengong. Kadang-kadang saja nak carik pasal dengan Sazli, I mintak nak gigit lengan dia. Merengek meroyan selagi dia tak kasik, mengada kan?

Entah-emtah Saz pon dah MENYAM tengok I ngada-ngada, dia kasik la I gigit dia. Pastu I gigit dia sampai kepala I gigil-gigil and lengan Sazli ada kesan lubang gigi taring I. I tengok dia diam jerk. Tak berbunyik pon. Tau-tau mata bergenang jerk pasal sakit. Haih.. Kesian pulak tengok dia. Sanggup je tahan demi isteri mengada. Since that tak rasa nak gigit dah. Pasal kasihan.

Tapi tak tau sampai bila... Hihi.

So, berbalik kepada aktiviti haritu. Mukadimah nak bercerita pasal aktiviti jerk padahal tapi jadik panjang giler. Bangang. Sepak nak? (marah diri sendirik)

Kaseh, dah besar nanti kalau teringin rambut macam makcik sila buat rebonding ok? Si Kaseh kalau duduk sebelah Sazli dah macam anak dengan bapak dah. Sepesen jerk rambut.

Mama and babah si Kaseh. Cuba tengok hidung Kaklong, ada iras Anita Sarawak kan? Ha ah la ! Selama ni kalau tengok si Anita tu terasa macam, 'eh, macam penah tengok la hidung ni.' Ya Allah, sama macam hidung kakak I rupanya. Batang kecik, pastu lubang besar. Haha

Di Pusat Hiburan Kanak-kanak Wangsa Walk. Motip amek gambar? Pasal teringinnnn sangat nak naik. Tapi apakan daya kan? Dulu kecik-kecik tak pernah cuba. Orang kampung kan? Bandar paling dekat pon Tongkiat. Tongkiat takder semua menda ni.. Tak urban langsung. Huh!

Berlebih-lebih pulak. Padahal tadi kata teman si Kaseh nak main, tapi Makcik dia terover. Pastu menyentan pasal ada minah cina dengan geng dia main gendang doraemon tu lama-lama. Setengah jam I tunggu! Last-last I main menda bodoh ni jerk. Ketuk kuat-kuat sampai sakit tangan, lepas tu kena jeling dengan tukang kedai dekat kaunter. Hehe.

Sabtu malam, kami semua main badminton dekat Setapak. Main sambil kencing sikit-sikit dalam seluar, perut krem pasal banyak gelak. Maklumlakan... Pemain profesional kan? Main badminton kadang-kadang nampak macam tangkap ayam, berlanggar sesama sendiri, gigih nak tampar bola tapi betul-betul jatuh atas dahi jugak cubaan menangkap bola tangkis menggunakan tangan adalah biasa.

Second time main bowling dengan Sazli sekali. Last time dia tak dapat join pasal kerja (dia tak sakit perut). Kali ni main sungguh-sungguh pasal Sazli kata, kalau dia menang, dia taknak kemas katil seminggu.Ok ok. Deal. I kompiden I menang. Pasal Sazli tu, gaya jek lebih, pandai nya tak.

De pon main jugak. Tapi bekongsi game dengan Aiman. Paling corot dalam team. Bila baling, memula bola stret jerk, sampai hujung dia senget terus masuk longkang. Tak belah kiri, dia akan ke kanan. Haha. Tapi De cool pulak kali ni. Dulu masa first time main, dia beremosi, kalau kami gelak, nanti dia nanges. So, dulu, kalau rasa-rasa bola dia baling nampak kelakar, I gelak dengan Kaklong guna signal mata jerk. Haha

Tengok nama Acik tu. Tu score I. Result : Sazli (Sali) kena kemas katil macam biasa. Haha. Takper Kayang, cuba lagi kalahkan I dilain masa tapi prektis molek-molek dulu eh? *Belagak kan? Lagipon U kalah tipis jerk dengan I..

P/s : Nama Sali tu dapat dari Kaseh dengan Sasha la. Dorang bukan panggil Sazli tu uncle ker, pakcik ker.. Selamba biadap panggil Sali jek. 'Yeeaaayyyy Sali datang !!!!' So, lekat la nama Sali tu dalam keluarga Sulatin sekarang ni.

I had so much fun with them. Serunut sangat. Cuma GF I jerk yang takder. Dia kena tinggal dekat Palong umah kazen I dekat N9. Lain kali main badminton boleh ajak dia. Suruh dia jadik ref.

-EnD-

6 comments:

theblabber said...

kakak ko sejibik macam ko. dia kelakar gak tak?

Chooyaya! said...

tak.. dia pendiam. gelak pon tutup2 mulut... jauh bebenor ngan aku.

Anonymous said...

kak...apa kena mengena dgn betik y tak bersalah tu eh? adakah...betik..punca mc...pastu akak buleh jalan2?

-peminat fanatik chooyaya ..meow!-

Anonymous said...

kuikuikui....nak ketawa kuat, kat off plak.best btulla bila outing dgn family yg sama sengal kan...syok btulla-kak mas yp

Chooyaya! said...

anon : ha ah, pandai pon! pasal betik la kite sakit perut, lalu mc dan makan2, bowling dan menengok wayang

Chooyaya! said...

kak mas yp : ha ah kak ms. mereka semua pon senteng,