Friday, November 19, 2010

Edisi Makan Kembali Mengganas

Oklah kan.. Setelah sekian lama tak berkongsi cerita pasal makan, harini Tora datang lagi...!!! Yeayyyy!!! Mari bergembira dan meloncat setempat sekarang!

Kali ni I nak share kesedapan makan crepe dari Hot & Roll. Sebagai tekak orang tua, lepas lunch I mesti mesti mesti nak carik desert yang manis. Yer la kan, dah kata desert mesti la manis, takkan la desert yang pedas pulak. Taknak buasir bunga mengganas lagi kan? So jangan ingkar cakap orang tua senior.

Biasanya I akan makan waffle peanut butter+coklat dari Daily Fresh but harini ni, jeng jeng jeng!!!!

Tak sangka Hot & Roll baru bukan branch dekat JJ Au2 yaw! Wah bestnyer.... !!! Biasa kalau nak makan menatang ni I kena carik dekat KLCC or Wangsa Walk. Tapi bila dia dah ada dekat sini, tak perlu bersusah payah lagi. JJ Au2 ialah tempat paling best untuk lunch dihari bekerja. Tak jauh dari office dan jugak tidak perlu bersesak-sesak mencarik parking. Best giler!

Cuma tu la, bila lunch dekat sini, I rasa tua dua tahun dari umur asal. Sebab? Tadek sebab. Sengaja nak tuduh JJ ni tempat makcik-makcik lunch. So, otomatik I masuk group makcik-makcik jugak. Tapppi??? Fedulik hafer??? Janji makan semua zedap-zedap!


I makan peanut and chocolate crispy. Sedap! I sangat suka combination of peanut butter dengan coklat. Taktau kenapa. Mungkin ni taste orang-orang gemuk barangkali?

Pasal terlalu kasih kepada makanan, sanggup cubit sikit-sikit jerk.


Tetiba resaksa gorgon datang menyerang dari belakang. Terus gigit besar-besar siap tinggalkan air liur meleleh tepi dia. Kasik orang tak lalu nak kecek.

Kerana jakun, snap gambar kakak tukang buat crepe. Dalam hati berikrar, satu hari nak kena belajar macam mana nak buat menatang ni.Hnsss Hnssss (oo) Good luck Suraya!

Eh, Sarah pon beli jugak la ! Terus rasa sedikit iri hati. Lihat saja wajah annoying dan tidak puas hatiI disitu. Sebok tiru aku !

Ooooo. Sarah punyer pon sedap la! Dia punyer ada eskrem pelangi dengan raspberry yang kurang masam. Sedap sedap sedap!

Baru 2 hari je bukak branch ni dekat JJ Au2. Nanti singgah tau? Janji? Janji lapan kali? Agak-agak kalau mintak bunga yang kat depan tu kat Kakak Kedai, kena lempang tak?



Ada macam-macam lagi flavor dekat sini. Next time I nak try chiken & cheese. Sedap giler! Korang tau kan mekalau I kata sedap tu, memang I tak tipu's punyer.

GF I pon suka menda ni. Ada this one day dia call I, 'Dik.. Mak ada belikan nko Apam Balik mahal. 2 jenis!' Hambek nko, 2 terus dia belikan. Tapi tu la, menda ni kena makan terus, tak boleh nak simpan-simpan or makan lambat, nanti lembik. But sebagai wanita bernafsu lembu jantan, lembik ker, KERRRASSSS ke, I belasah jerk semua.. Grrrrr

P/s : Hari ni berapa hb eh? Hehe. Ok. Bye !

-EnD-

9 comments:

.::cik lin::. said...

wah...nampak mmg sedap..nk kena rase ni

lindaoff said...

Baru makan lunch tadi kat Empire...PIZZA BEEF memang SODAP!^_^

incik said...

mcm best je..rangup nampak sbb nipis..kat KL area mn ek nk cr..huu..nnt balik kl nk try cari..ke nk tguu kak su buatkan??

Chooyaya! said...

cik lin : memang sedap! nanti kalau makan ingat kiter eh?

appledia : piza beef pon sodap eh? ok next time kena terai la.

incik : nak tunggu kaksu buatkan ok jerk, kalau jadik lempeng jgn marah. haha. ada kat wangsawalk, jj au, dengan klcc. rasanya banyak tmpt lagi ada.

fazie said...

su bole jadi duta produk makanan, ckp ape pun terus rasa mcm nak makan time ni gak...^_^

Chooyaya! said...

yerker? memang cita2 nak jadik pengacara jjcm. haha

farah said...

memang sedddaap!

Anonymous said...

kak su!! saje je tau tayang makanan yg zedap2!! dah la tekak ne xbole tgk benda makanan otomatik rase nk jugak...haish! tp kat sini ade apam balik murahan jer..yg mahal mcm tu nan hado!!

Chooyaya! said...

rainbowskittle : khannnn?????
myasara : meh la dtg kl ni ha... ada melambak!