Tuesday, November 9, 2010

Kawan Baik Saya

Malam tadi kan, I tengok movie dengan Budak Demok. Cerita Unstoppable. Denzel Washington berlakon. Kebas-kebas kaki pasal cerita saspen giler kejar-kejar keretapi. Eh tak. Memula kebas kaki tu ingatkan pasal saspen tapi bila dah nak last-last baru I tau rupanya kaki I kesejukan pasal ada la kan... Orang tu kan.. Dia tarik shawl kiter buat selimut badan dia...

Tetiba jerk shawl biru yang Rish punyer yang I tak pulang-pulang sampai sekarang dan mungkin dah menjadik harta tetap I tu, Budak Demok tumpang selimut badan dia. Tapi TGV KLCC sejuk giler woh! Sipi-sipi I nak terkucil jerk. Sejuk sangat-sangat. Brrrrrr...

OK dah.

Sebenarnya entry ni tadek kena mengena dengan tengok movie pon. Sajer nak peramah-peramah cerita. Konon manja la mengadu pasal sejuk tadi tu. Manja tak? Manja kan? *geli

Btw, cuti tiga hari baru-baru ni, I balik Jengka lagi. Dah 2 minggu berturut-turut balik Jengka. Sian Gf I, dia tak berapa sihat. Dia bukan sakit, cuma badan dia macam tak berapa selesa. Panas demam, panas demam. Bila ada anak-anak balik ni, demam dia macam berkurang pulak. I rasa dia demam jugak, rasa tak selesa jugak tapi dia bizi kot sampai terlupa yang dia tu demam.

Bizi nak tengok anak-anak happy dekat kampung, bizi nak fikir breakfast makan apa, lunch apa, dinner apa. Bizi nak sediakan tempat tidur anak-anak, towel wangi-wangi, gebo wangi-wangi bau daiya kaler biru.. Macam tu la Gf I cowang tu. Dia seronok kalau ada anak cucu dia dekat rumah sampai lupa yang dia tu badan tak la berapa sihat sangat.

So, ada masa tiga hari tu, I gunakan sepenuhnya dengan Mak. Buat semua menda sama-sama kecuali mandi jerk. Mak taknak mandi dengan I. Segan dia kata. Padahal I selalu jerk buat tiger show depan dia, lepas tu dia malu-malu mengada. Suruh pakai baju cepat-cepat. Haha.

Masa sampai dekat kampung hari Jumaat tu, Kaklong, De dengan the rest dah ada kat rumah. Tengah hari tu kitorang masak macam-macam. I teringin nak makan cendawan goreng tepung. Tapi agak mengada jugak la nak carik cendawan tiram kat kampung I ni. Mana nak korek? Cendawan kulat yang tumbuh dekat batang pokok mati ada la. Gamak ko nak goreng tepung? Tak kan?

Lepas masak untuk lunch, sementara yang lelaki pergi Solat J (Solat Jumaat) kitorang buat pulak laksam. Sedap giler siot ! Tapi kan, I perasan, kalau kat kampung, kerjanya aku asyik masakkkkkkkkkkkk jerk. Kang petang dah sebok nak kudap-kudap mentong (bahasa jawa), pastu malam kang dinner pulak. Ha ok la. Senang cerita, kitorang ni AJK dapur la. Yang lelaki-lelaki order jerk ok? Tengah-tengah masak laksam, Sazli boleh mintak donut kentang. Melampau kan? Rasa nak jotos kepala dia. Tapi nanti derhaka pulak.

Kaklong balik awal lagi, hari Khamis dia dah balik kampung. So, Jumaat petang dia dah balik KL semula pasal Abang Long kena kerja on weekend. Gambar ni sebelum Kaklong gerak balik ke KL. Nampak tak budak busuk yang pakai seluar Apek tu, nampak masam giler kan?Masam takper, yang penting posing mesti maut.

Mak bekalkan Kaklong kudap-kudap dalam kereta, dia bagi biskut bantal pedas yang kaler oren tu bubuh dalam plastik (yang kat tangan Kaklong). Dia memang macam tu, kalau tak bekalkan apapa dekat anak-anak , susah hati. I dulu biasa bawak balik kelapa la, betik limau bali siap. Kadang-kadang I kata kat Mak, 'kalau nak bagi ayam pon ok mak. letak dalam sangkar, bubuh dalam bonet'. Pastu dia sungguh-sungguh tangkap ayam. Kudusnya hati Ibu kan? Sebak sebak.

Sasha dengan Kaseh ni kerjanya main main main. Tak reti nak makan, tak reti nak tidur. Lepas main sorok-sorok, main doktor-doktor, penyanyi-penyanyi pulak. Sasha ni la kaki kuat berangan. Kalau tangkap gambar, muntah I tengok gaya dia Ok? Berangan giler vavi. Ni diantara yang telah ditapis. Aku suruh buat gaya manja, dibuatnya gaya sakit gigi. Pastu ada la suara-suara sumbang dekat belakang, 'Ha.... berangannnn la korang dua orang, layan la makcik ko tu'. Tengok? Dengki kan? Haha

Last time, dua orang ni main nyorok-nyorok bawah meja hiasan Mak. Harap maklum, pasu besar yang sama size dengan dorang tu dah jatuh pecah. Sasha fikir dengan menangis pura-pura tak bersalah dia tak kena marah la? Jangan harap. Drama tak cukup kuat. Bila dorang dah cakap, 'dah ke belum...' Mak terus sound, 'Jangan nak nyorok bawah pasu atok lagi !' Terus diam and main nyanyi-nyanyi pulak.

Jumaat malam Sabtu tu, dekat rumah tinggal kitorang bertiga jerk. I, Mak dengan Saz. Hujan-hujan macam ni kan asyik nak terkucil jerk. So, Budak Demok cakap, jom la tidur dalam bilik mak, senang nak wee-wee (alasan, padahal penakot). So, malam tu I dengan Saz tido dengan Mak. Haha. Best jerk. Bentang toto dekat lantai, pastu tido 2 orang. Macam main pondok-pondok. Besssttt sangat !

Borak-borak, gelak-gelak. geli hati semua ada. Yer la kan, kiter ni bila dah ada hubby ingat kurang la takot kalau nak tido, skali dia pun 2x5 jugak. Hamek ko! Tido satu bilik dengan Mak terus. Tapi best, rasa selamat jerk. Yerla, bilik Mak kat rumah bawah, bilik I dekat rumah atas. Dah la ada 3 bilik kosong. Sunyi pulak tu. Seram-seram ayam jugak la. Dalam bilik mak ada tv ada toilet. So memang tak boring. Pukul 9.00 kitorang dah masuk bilik Mak.

Mak pulak, memang kaki menyakat. Dia masuk bilik awal-awal pastu kunci bilik dia, gelak-gelak dari dalam. Giler jahat. Nak menakotkan orang. Motip Mak? Bukan ke dalam bilik Mak dulu yang ada sejadah berdiri. Lupa ker? Arrrghhh mati la ! Sekarang dah teringat... ! Memang rumah kiter boleh buat penggambaran Misteri Nusantara la. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri... Mak seram ! Haha. Ok. Tak best la lawak seram macam ni. Tukar topik. Jom cerita pasal makan pulak.


Esoknya, memula I dengan kawan baik I (Mak dengan Saz) nak breakfast dekat Tongkiat, tapi kedai tutup. Kata Deepavali kan? So, kitorang terus ke Bandar Jengka, makan nasik lemak telur goyang sambal mantop rasa sardin sikit-sikit dekat tepi tasik. Ada orang tu kan, dia makan nasik lemak sepinggan pastu roti canai 2 tau? Ada jin dalam badan dia barangkali.

Pastu balik rumah.. I dengan Budak Demok tolong sapu sampah keliling rumah. Best. Kaut sampah guna kereta sorong, yang lepas tu I mintak mak sorong I dalam kereta sorong tu pastu tak bergerak pasal mungkin I berat, pastu Mak kata dia sampai sakit dalam perut nak mengangkat I pasal terlalu berat. Ye la yela! Aku la yang berat... Fine!!!

Pastu.... Kitorang pergi Temerloh. Lunch dekat tebing sungai, layan makan ikan patin masak tempoyak.. Ada orang tu kan, dia kan makan kepala ikan tu sorang-sorang jerk.. Dia kan tanak share 2 orang... Nenenene. I makan sikit jerk, pasal kenyang lagi *ini tipu

Malam tu kitorang dinner dengan makanan yang dibeli dekat Pasar Malam Bandar Pusat Jengka jerk. Takyah masak-masak dah. Pastu again, kitorang tido dalam bilik Mak lagi. Tapi memang best la.. Macam main pondok-pondok or main mak-mak jerk. Kalau ada kelambu, pasang lilin lagiiiiiiiiiiii best !

Ni Kaklong buat laksam sedap dengan setepek sambal yang boleh mengundang buasir bunga tapi makan jerk. Peduli apa.

Ni donut kentang yang Budak Demok tolong bentukkan. Yang tengah-tengah pastu ada rupa macam UFO tu kerja dia la tu. Sukaaaaaaaaaa sangat nak merepek-repek kalau tolong I masak. Ada dulu, dia tolong buat kuih buah melaka, dia buat sebesar penumbuk. Tapi tak makan pulak bila dah masak pasal seram terlalu besar. Memang mengada. Nak jerk aku jotos kepala dia tu.

Amacam, cukup buruk tak? Buruk takper tau? Janji sedap.. *ambik hati. Omel kan donut ni? Dah la hitam rentung, pastu konon nak cover hanget, salut dengan gula banyak-banyak. Haha. Eh, gula tu I campur dengan susu tepung si Kaseh. Sedap tau? Rasa lemak-lemak jerk. Donut ni permintaan Sazli. Sepinggan ni dia makan sorang.

Dah. Sekian cerita aktiviti I masa kat kampung. Mak tu, kerjanya asyik suruh makannnnnnnnnnnn jerk. Dia punya pasal la yang minggu ni I terpaksa diet. Budak Demok asyik cakap I dah mokmok. Dia tu kan, nak mengata orang mok-mok kan, macam dia kurus sangat kan kan kan?

-EnD-

5 comments:

theblabber said...

aku pernah baca pasal sejadah tu kat blog ko. nampak sgt aku peminat die hard ko kan?

Chooyaya! said...

ha ah. tq. nak otograp tak?

incik said...

akak..saya ni dari dulu berusaha nak naikkan berat bdn tau..sebab saya ni underweight ..
suke tgk org chubby2..rasa macam comelnye dan geram sgt2!!
huhu..

Chooyaya! said...

sorang nak kurus, sorang nak gemok. mcm2 hal kan? hehe

Anonymous said...

laksam tu sungguh mengancam...lapo2