Monday, November 22, 2010

Saya Sayang Subway

I kan, selalu tau time terasa badan dah berat sedikit sebanyak baru gelabah nak makan sandwich la.. Roti la time lunch. Kalau tak biasa makan nasik, takpon makan makanan segera lain yang menggemokkan.

Eh sebenarnya tak la sampai macam tu pon. I kadang-kadang bila perasan bagus tak makan nasik waktu lunch suka jerk nak fitnahkan diri sendirik. Padahal mekdi or kepsi I makan setahun 2 kali jerk kot.... Hurm.. Hehe. Ok ok. Tipu. 5 kali setahun barangkali betul !

Desert feberet ialah cekodok pisang kampung baru yang lazat tu. Singgit 10. Biasa makan RM1.50 sorang-sorang. Berak pon otomatik bau pisang jugak. Best jerk bau. Macam vanilla pon ada jugak kadang-kadang. Haha. Bodoh jugak cerita pasal bau tahik sendiri bukan?

So.. Makanan feberet I waktu lunch kalau tak tingin nak makan nasik ialah sandwich! I cinta sangat dengan Subway sandwich tau tau? O'Brien pon I suka jugak, tapi kekangan masa menyebabkan I jarang dapat makan sandwich O'Brien time lunch pasal yang paling dekat pon kat KLCC or GE Mall, tapi pasal tempat lepak makcik-makcik kerja opis (Jusco Au2) ada Subway. I pastinya paling gembira!

Yerla kan, kalau ikut hati, hari-hari pon I nak makan sushi. Tapi sushi paling cikai pon I nak Sushi King. Sushi yang jual kat dalam JJ tu kadang-kadang tekak I tak dapat terima. Maklum la kan, jenis belagak. Sushi tadek jenama taknak makan. Astaghfirullah Suraya ! Insap Insap! Tapi.. Colleague I mana la tahan nak makan sushi tiap-tiap hari kan? Boleh muntah dorang. So, kiter makan sandwich jerk la!

Dulu waktu I bodo-bodo tak reti nak makan dekat Subway, I ikut jerk apa yang orang depan I nak makan. Dia pilih roti honey oat, I pon pilih jugak. Dia jenis diet cuma pilih sos tomato dengan mustard sahaja pon I pilih jugak. Pastu ngamok-ngamok bagitau Sazli yang sandwich Subway terlalu dry pastu sumpah taknak makan lagi, sehinggalah... Jeng jeng jeng!

Sehingga la this one day Kaklong I ajak makan kat sini. Dulu I ingatkan sayur dengan sos cuma boleh pilih 3 jenis jerk. Rupanya tak. I yang bodoh pegi itru orang depan I masa first time makan dulu tu buat apa? Grrrr.

Memula pilih roti dia. Nak jenis mana. Dulu waktu bodoh, I pilih harvest wheat (honey oat) pasal ikut orang depan. Sian I. Tasteless sangat rasa roti tu. Untuk orang diet barangkali. Banyak serat. Sebab tu tak sedap. But bila I dah terel, I pilih Italian or Parmesan Oregano. Biasanya Parmesan Oregano la. Sebab sedap. Berasa jerk garam dia. (Macam orang tua kan kata macam ni)

Pastu pilih la nak isi apa. Ada macam-macam. I tak suka 2 jenis jerk. Veggie delite dengan tuna. Yang lain semuaaaaa I suka. Semua pon sedap ! Tapi yang terpaling suka ialah Italian BMT. Pasal apa? Pasal nanti isi dia akan jadik tebal giler! Maklumla kan orang bernafsu besar, selera pada yang bersize BESAR jerk.

Tapi harap maklum, Italian BMT tadek dalam pekej sandwich yang murah. So I suka jerk mana-mana yang murah. Cuma elak pilih hari yang tuna tu. Tak best. Sebenarnya tak pernah pon try tuna sandwich, tapi sengaja nak fitnah kata dia tak sedap. Lantak la kan?

Dah pilih nak makan jenis mana, nanti dia tanya nak bakar ke tak. I suka bakar, pasal suka tengok cheese dia meleleh-leleh slurrp lazat menggoda sanubari. WOW! Lepas tu, kiter kena pilih sayur.

Puas I gugel sayur-sayur Subway, tapi tak jumpa. Nanti eh I nak ingat. Ok. Dia ada tomato, lettuce, olive, cucumber, onion, pickles, capsicum and cili jeruk (tetiba bahasa melayu). I akan pilih all veggie except onion (untuk megelakkan mulut berasa kuda dan ketiak bau pahet) dan jugak pickles. Pasal kalau makan sadwich terasa masam, I boleh turn off. Serius. Turn off giler-giler terus tolak dulang ketepi balik rumah seret-seret kaki tanda protes.

Lepas tu kiter pilih la nak sos mana. Sama macam dalam gambar tapi ada tomato sos dengan thousand island jugak. I akan pilih all sos except mustard dengan oil & vinegar. Pasal masam. Dah la kaler cirit. Geli geli ! BBQ sauce kasik lebih. Baru ummppph!

Lepas tu, terhasil la sandwich hebat lazat sedap dan pening seperti ini! Meleleh dan merembes-rembes nyah.. Sedap tak terkata. Makan sampai pejam-pejam mata. Mulut nganga luas-luas sampai lengoh rahang. Sedap sungguh! Terus snap picture and post dalam FB. Folder Yummy Pummy - Jamah sikit-sikit jerk bukan makan semua (ayat cover line)

Ha, telan air liur semua. Dah dah. Jangan sampai menodakan keyboard dengan air liur! Lekas ke cawangan Subway berdekatan untuk berkongsi kesedapan sadwich Subway sekarang juga! jangan berlengah lagi. Eh.Tetiba penulisan berbunyik seperti iklan.

Tapi kan kan? Tadi kata nak diet so kena makan sadwich kan? Dah kalau semuaaaaa sos yang hebat lazat berlemak tepu nko sapu. Diet haper kebendanya????

-EnD-

11 comments:

n a d e a said...

HEHE comel je entry ni!
buat saya terliur. seriously dah lama nak try subway. tapi takut nak makan sbb tak pernah. pasni kena try lepas baca entry yg comel ni!
^_^

p/s ; suka header tu. cantik! ;))

lindaoff said...

Ter"kenan" SUBWAY dahlah neh!

lindaoff said...

Ter"kenan" SUBWAY dahlah neh!

Chooyaya! said...

nadea : try malam ni jugak la kalau boleh eh? ni kia mcm tutorial nak makan kt subway la ni. hah

p/s: comel ker? awww muntah!

appledia : sapa sapa?

SexyHippo said...

Italian BMT ade la yg murah. Hari isnin. Baru je makan hari tu. Wuwuwuwuwuuuuu~!

Chooyaya! said...

isnin ker? fak!

ktini said...

sedap2!! mana ada diet makan sandiwh subway... rugi. hahhaaaaa

Chooyaya! said...

hahahah. btol kak tini.!

SexyHippo said...

Iye la. Isnin. Penat je u letak poster tu. Cuba bukak besar2 tgk hari isnin dia tulis ape. Tak ke tertulis "Red Hot Mondays with Italian BMT" tu? Haishhhh...

Jan said...

salam suraya..

hahaha...setuju ngan ayat dalam blog su tuh.."memang menodakan keyboard ngan a.liur" hahaha

membuatkan Jan nak try Subway...yeah!!!

Oh,lupa..nak kenalkan diri. Panggey, Jan je. Baru je follow blog su hasil dari nadia bayu.. memang best blog akak! bestt cara bercite dan menulis..i like it!

takecare

Chooyaya! said...

hi jan, tengkiu pasal terliur. ni mmg tujuan share kt blog. haha.