Thursday, December 16, 2010

Air Avocda & Ayam Penyet

Intan kan, dia ada seorang nenet yang kompiden.

Eh. Lupa nak bagi salam. Main cerita jerk.

Assalamualaikum... (Tak jawab dosa. Ayok) Dah makan ker? Dah mandi ker? Kalau tak mandi, kenapa? Kan dah pukul 3 setengah ni? Nanti pening kepala. Padan muka. *motip peramah dan annoying?

Sambung balik. Intan kan, dia ada seorang nenet yang kompiden. Ada sekali tu, masa dorang lepak makan sama-sama somewhere dekat area rumah dia untuk minum-minum jerk, dorang pon order la air..

Skali waiter tu tanya nenet dia.. Pasal adik-adik dia yang lain dah order orange juice, watermelon juice, pineapple juice etc and pasal taknak kalah, nenet dia pon nakkkkkkkkkkkk jugak air buah.

Waiter : Nak order minum apa
Nenet : Hurm.. Avocoda ada?
Waiter : Air apa tu?
Nenet : Avocoda la.. Yang kaler hijau tu
Intan : Avocado la nek ! Kompiden jerk Avocoda... *Rolling eyes. Haha

Sekian cerita, sekarang semua boleh balik. Bye


Motip bercerita pasal air avocado ni pasal last week, masa I dengan bebudak ni makan dekat Wong Solo, I order la air ni, tapi takder. Gerammmm jerk ! Dah kalau takder tu takyah la peramah-peramah nak bubuh dalam menu. Air tu dah sampai kat tekak ni ha *sambil tunjuk2 tekak, skali bila nak order, tadek pulak. Benganggggggg jerk.. Keluar jugak vavi dalam hati barang sekor dua. Sabar Su.. Sabar...

Avocado kalau ada yang tak kenal (Dalam nada belagak)

I makan set Ayam Penyet ni. Sedap giler babi. Lawan pulak dengan tempe +tauhu goreng cicah sambal kicap air mata. Emang dasar Jowo! Tak boleh dipisahkan dengan sambal kicap. I makan keropok pon jadik jerk cicah sambal kicap. Goreng pisang pon. Pastu kadang-kadang bubuh dalam mee bandung dengan megi jugak. Stok sambal kicap sentiasa tersedia dalam peti ais.

Intan makan Pecel Lele. I kurang suka. Pasal seram sey tengok kepala Ikan keli. Macam ular. Tapi kalau potong kepala siap-siap, I makan la. Mengada kan? Kata tak pelisss...


Resepi Sambal Kicap

1. Lada kecik
2. Bawang putih seulas (kalau taknak rasa bawang putih obvious sangat, goreng la semenet)
3. Gula sikit
4. Kicap kipas udang merah (kicap jenama lain tak best)
5. Nak lagi kaw, perah sikit sebijik limau kasturi

Kasik tumbuk hancur-hancur semua menda kecuali kicap, pastu campur. Dah siap! Sedap sangat. Kalau buat soup, tak da sambal kicap memang tak sah. Pastu bubuh banyak-banyak. Selagi air liur tak keluar secara otomatik, jubur tak pedih selagi tu la tak berhenti makan. Kalau kena buasir bunga diucapkan padan muka.

Dah. Cakap banyak tadak. Restoran Wong Solo ni ada dekat Kampung Baru, Bangi and dekat Ampang kalau tak silap. The best ayam penyet dekat sini. Yang macam restoran Ayam Penyet tu, tekak belagak ni tak berapa berkenan pulak. Macam kureng.

Sekian, semoga berbahagia kepada yang tak makan lagi dan menatap pulak gambar ni. Jangan marah I yer? :D

-EnD-

6 comments:

F.a.S.h.E.e.H.a said...

Dah try ayam penyet. Memang sedap. :)

ynadona said...

kita order air avacado tu pun xde.yg poligami tu ade la.wat hape.pompuan mane nak nikah ramai kan.hahahaha merapek dah.

Chooyaya! said...

fatin : sedap giler kan?
ynadona : jus poligami?? eh, sedap apa??? kaksu pon suka sangat!

n a d e a said...

kita pun suka giler sambal kicapppp~~~

rainbowskittle said...

ayam penyet ngan pecel lele memang seddaaap gila babi. makan kat indon la, yg msia punya x try lg :)

Chooyaya! said...

nadea : kan?? jawa jugak eh?
rainbowskittle : terai la yg kt malaysia punyer jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...