Wednesday, December 29, 2010

Gemuruh DT !!! ROk ROk ROk ROk !!!

Weekend baru-baru ni memang I bizi giler la. Kalah Ahli Dewan Undangan Negeri. Sabtu tu, lepas kemas rumah wongi-wongi (asyik kemas rumah jerk kan?) I terus bersiap nak pergi ke Sunway untuk tengok Konsert Gemuruh DT dengan Saz, Mira, Faiz, Farah, Satar dengan Rizal.

Bebudak WakDan ramai yang nak pergi pastu terpaksa cancel last minute pasal ada yang nenet meninggal *alfatihah untuk nenet Hadry & nenet Apis Kajang dan jugak ada yang pergi ke Kedah untuk wedding Joe & Dilla. Congrats untuk both of U, nanti dekat KL, Maksu sure will attend. (kalau jemput la, kalau tak jemput... errr... Berani ko tak jemput??!!!)

Si Sazli kata kena datang awal. Hurm memang awal giler la. Konsert pukul 8.45pm, tapi's gerak ke Sunway around 3.00p, macam tu. Keluar rumah pukul 2.00pm pergi jukebox Ampang point beli kasut rok kaler hitam RM10 sepasang pembunuh yang kalau pakai, kaki melecet tak hengat.

Pastu terpaksa beli plaster letak kat kaki belakang pasal melecet. Dah la handyplus gambar strawberry, aku dah elok-elok rok, terus turn off pasal plaster gambar buah tak cool. Naseb baik gua pakai seluar panjang brother, kalau tak, rokers lain nampak malu wooo...!!

Tujuan beli kasut getah RM10.00 konon rok pasal, hek eleh... Takkan la nak pergi konsert rok pakai kasut I yang semua motip girlish-girlish tu kan? Kiter kena ikut tema. Tengok macam laki aku. Rok kapak habes ! Tidak la macamFaiz. I suruh pakai baju kaler itam ikut konsep rok , dia pakai baju kaler biru macam nak pergi tengok konsert Justin Bieber. Pffft.

Farah, we suppose to do muka garang kan? Kata Rok?? Tengok I. Gigih tu nak kasik nampak rok. *Sambil ketap-ketap gigi

Tengok budak baju biru tu, salah konsert, Ini Gemuruh DT Brother ! Bukan Konsert Justin Bieber!

Tak habes-habes dengan sign tangan macam tu. Kalo rock, selain dari tangkap gambar nganga luas-luas sampai nampak anak tekak, tangan buat gaya macam dalam gambar, apa lagi eh?

Muka serius pon kira rok kan? Dan Mira, sila bagi sebab kenapa pakai baju Superman. Faizal Tahir tadek pon malam ni.

Stage nun jauh kedepan. Malas nak berasak-asak dengan rokers-rokers lain. Duduk jauh kebelakang. tapi puas hati jugak, pasal dapat bersandar. Melecet kaki I berdiri 4 jam. Agak-agak turun tak berat badan berdiri lama-lama macam ni?

Rokers sempat baca malajah hiburan. Untuk membuang masa sebelum konsert bermula.

tetiba posing kaki sama macam abg rokers kat sebelah tu. Sapa tiru sapa ni?

Cukup..!!!! Memang dah tadek gaya lain ker? Haha. Aku pon baru sedar jerk ni.

Tengok la Sazli tu. Penuh semangat ! Si Rizal pulak gaya macam Anuar Zain jerk. Haih. banyak betul konflik identiti bebudak ni. Sazli jerk yang patut dapat 5 bintang. Haha.

Die hard fan Justin Bieber

Farah pon ada update pasal Konsert Gemuruh DT ni jugak. Klik sini untuk kisah selanjutnya. Anyway, gua memang terhibur habes la malam ni. Puas hati giler. Crowd dia walau pon tak sehappening masa dekat Bukit Kiara dulu but still, we had so much fun!

Except for peha melecet pasal jalan kaki terlalu jauh. Dah la parking jauh ya amat, nak masuk ke tempat konsert pon jauh jugak. Hambek ko, sampai dalam kereta, terus bukak seluar jeans, pastu pakai pashmina. Terus mood ala-ala nak pergi pantai.

Tu la, saper suruh gemok! Tak reti-reti nak diet? Dah sampai peha sendiri bergesel pon kalau tahap keinsafan tak menjelma jugak payah la. *bermonolog dengan diri sendiri. Eh??? Siapa kata... Ni insap la ni.... *Sambil kunyah salad macam kambeng.

-EnD-

4 comments:

theblabber said...

aku yg kurus pun peha bergesel sesama sendiri. how lah?

lindaoff said...

SETUJUUUUUUUUUUUUU.Tak berapa nak happening..Wahhh cayalah!Sazli awak kemain!Kalo panjang sikit memang jadik KEMBAR awie arr....tapi dari belakang!Wakawakawaka eh eh

» FarahFaiz « said...

macam pernah ku lihat gambar2 ini..tapi di mana yaaa???...hahahaha

Chooyaya! said...

theblabber : yer ker? mana boleh cenggitu. peha gesel untuk org mokmok mcm aku jerk.

apple : pasal lokasi kot? tp ok la. overall is ok. saz macam awie ker? haha. tp dr belakang jerk la kan?

farah : aku kidnap semua dr fb ko. haha