Thursday, December 30, 2010

HARIMAU MALAYA... RRRAAAUUU !!!!!

MALAYSIA!!! MALAYSIA!!! MALAYSIA !!!

Harini semua orang pergi kerja senyum jerk... Semua teruja pasal penantian selama 14 tahun Malaysia untuk menang Piala Suzuki AFF Cup akhirnya tidak lagi angan-angan kosong. Ewah. Tetiba I dah berbunyik macam Hasbullah Awang pulak.

Dah! Tanak jadik pembaca berita lagi. Sekarang cita-cita I nak jadik pengurus pasukan bola sepak Malaysia la. Pasal boleh tengok Fahmi hari-hari. Hehe.

Gatal kan?

Anyway, tahniah untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia dibawah pimpinan Rajagopal. Ni kalau dapat pangkat Dato' ni baru la tak sia-sia. Tadek la sekadar bermuka jambu, menghabeskan duit negara berjuta ringgit, naik kapal angkasa as a pelancong jerk, terus dinobatkan sebagai angkasawan negara and dapat Dato'. Apa sumbangan pada negara entah.

Malam tadi, dekat Rasta I tengok dah macam mini stadium dah. Sama je kemeriahan macam dekat Stadium Bukit Jalil pada Ahad lepas. Penyokong Malaysia memang hebat la ! Terutama sekali mana-mana perempuan yang selama ni tak pernah tengok bola, offside, free kick, corner semua pon taktau, tiba-tiba eksaited mengalahkan lelaki pulak nak tengok bola. *Kerut dahi sambil jeling kiri kanan.


Kena terima kasih banyak-banyak dekat Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang macam magnet menarik hampir berjuta-juta gadis dekat Malaysia yang selama ni memang tak layan bola dah tetiba suka bola pulak dah. Haih. Siap air mata bagai bila Malaysia gol. Haha. Drama Drama. Dah nama pon pempuan.

Safee Sali dapat penjaring terbanyak sekaligus menghampakan tuan rumah - Indonesia untuk memenangi Suzuki Cup AFF semalam. Kesian. Cameraman pon bukan main gatal, semua nak tunjuk pempuan cantik-cantik jerk. Pastu ramai la berangan nak main Indon yang putih gebu. Dasar !

We proud of U Malaysia !

Tiba-tiba kan? I rasa sunyi sangat harini. Rasa macam something missing jerk. Bila la lagi yer nak tengok rakyat Malaysia bersatu hati macam ni. Semalam aura lain macam. I rasa semuaaaaaaa rakyat Malaysia memang bersatu hati dalam erti kata sebenarnya.

Konsep 1 Malaysia betul-betul menjadik. Tak payah iklan dekat tv, tak payah promosi hebat atau buat konsert 1 Malaysia atau buat tarian 1 Malaysia pun masing-masing malam tadi semua rasa bangga jadik rakyat Malaysia, semua rasa dah tak malu nak pakai jersi Malaysia, semua rasa macam sedara tak kira Cina, India, Kelantan. Eh. Kelantan?

Kan?

Dekat BBM, FB rata-rata tukar profile bendera Malaysia, gambar pemain Malaysia, FAM

Pasal apa? Pasal Bola. YES! Bola jerk dah cukup untuk menyatukan semua rakyat Malaysia. Itu pasal I kata, Football = Unite.

Macam Brazil. Kalau tak kerana Brazil tu ada team bola sepak yang bagus, sapa yang kenal mereka. Politik hancur, corrupted. Negara miskin. Nothing to offer but when it comes to football, ada sesapa berani lawan tak? Semua orang kenal kan? Pasal menda simple jerk = BOLA

Ok. Baiklah. I nak tukar profession jadik wartawan sukan pulak la. Dah taknak makan-makan lagi. Haha. Tapi, apa yangI nak sampaikan dekat atas, korang paham ke tak ni? Konsep 1 Malaysia dan semangat patriotik tu akan lebih senang kiter nak jayakan kalau MALAYSIA mampu mengekalkan prestasi permainan macam sekarang.

I pon dah berjanji pada diri sendirik, lepas ni mana-mana kejuaraan yang ada involve Malaysia, I nak tengok. Lagi-lagi kalau penjaga gol dia Khairul Fahmi. Nanti I tengok dia sorang jerk. Baiklah. Sekarang kena bersaing dengan Nora Danish, Hanis Zalikha dan juga girlfriend Fahmi ni, Elia untuk merebut hati Fahmi. Ewah. Tak sedar diri ko dah tua lagi berkahwin. *Perli diri sendirik

SMS I dengan Farah pagi tadi. (Dia ni sebok aku suka si Fahmi, dia pon nak jugak!)

Farah : Ko sebak ker? Ko patut happy pasal dapat makanan. (Farah kasik I cupcake pagi tadi)
Su : Aku kecewa Fahmi dah ada gf
Farah : Hahahahah. Padan muka.. Tapi takpe, baru gf babe.. Ada chance lagi..
Su : Sazli macam mana?
Farah : Saz yang 1st la, pandai-pandai la ko bahagi-bahagi
Su : Aaaduhhh..... Ok ok.

Haha. Yer yer jerk kan? Farah pon layan jerk. Tadi I baru call Saz. Dia tanya harini I buat apa kat office. I kata I bizi baca blog gf Fahmi. Pastu dia kata dia simpati dengan I. Boleh eh laki aku? Layan jerk kepala senteng bini dia ni. Harap balik nanti tak kena sumbat mulut dengan selipar. Haha.

Tapi I senang hati sikit la sekarang ni. GF Fahmi ni, nama Aimie Harmelia. Nmpak macam easy to handle and down to earth. Keep it up girl! Nanti si Fahmi tak payah pening-pening kepala pasal isu jeles-jeles ni. GF dia nampak cool. Jadiknya I restu hubungan mereka. Haha. Motip aku pulak yang restu. Klik sini untuk tengok blog dia. Kalau muntah darah pasal jeles, itu risiko tanggung sendirik. I tak masuk campur.

Anyway, sambung sikit pasal game malam tadi. I sedikit bengang. Eh jap. Sedikit ker? Tak. I bengang giler dengan ref dari Aussie tu. Nampak bias giler. Ada sekali tu, so obvious kot ada hand ball by Indonesian player, tapi ref boleh kata tak, and Indonesia ada dapat penalti pasal terkena tangan pemain Malaysia.

Naseb baik Fahmi cool hensem kacak bergaya tu dah safe the ball. Ko giler tak jatuh cinta?? Ok. Love love love beterbangan di udara sekarang ni. Kaler pink.

Gonzales. Dia ingat tetep dia besar, dia hebat la?

Ok. I suka yang jambu-jambu jerk. Yang ni nama dia Irfan. Comel dan jambu's. Tapi nama Irfan, tapi ada tattoo. Taknak ah!

Last but not least, harap Malaysia dapat mengekalkan prestasi supaya kiter semua dapat rasa lagi suasana yang macam ni. Bersemangat, sayangkan negara sendiri dan bangga menjadik rakyat Malaysia.

Lepas ni boleh pakai jersey Malaysia sambil jalan guna hidung. Kata eksen kan? Dah menang Suzuki AFF Cup. Indon dah kalah. Untuk peminat Indon yang saiko menyentan meroyan tu, jangan dilayan. Biarkan mereka berperang dengan perasaan mereka sendiri lepas tu gila sorang-sorang. Hahaha

Kiter semua ada otak. Bijak. Tak perlu kot nak layan orang gila. Betul tak? Ok. Bye.

MALAYSIA!

-EnD-

8 comments:

Marya Hana . said...

ref tu mcm ape je. my mom pon nyampah je tgk. huhu..

theblabber. said...

ala kak sue, mengaku je lah yang hang bukan dok tgk org main bola, tp dok tgk pungkoq depa kan?

theblabber. said...

samb..
kuna takde sape suka? he's good too!! humble je aku tgk :)

wana said...

Emosi sungguh ko ni. Nangis x masa taip entry ni? hehehehhehe

Peminat Katie Holmes said...

football unite us all.
bila orang melayu tepuk tangan bila camera fokus dekat rajagopal. aku tengok india dekat depan-depan tu balas dengan senyuman.

cameraman indonesia memang terbaik.
muka amah pembantu rumah taknak pulak dia tunjuk.

Chooyaya! said...

marya : kirim salam kat mak. kata kat dia, kaksu nak hi-five

theblabber : aku tgk keeper jerk. wekwek!

wana : tak. dah patah hati. haha

PKT : ha.... kan???? tu yg aku nak smpikan. dah tadek racist2 lg. very love this. cuma harap, akan bertambah player yg kacak2, tp sila pastikan single. *gatal kan?

aliaaroslan said...

saya tetap suka michael owen + david beckham - bajet hot nak stok omputih saja. tapi tu utk stok bf. kalau nak buat suami, nak yang melayu. hihi

Chooyaya! said...

aliaaroslan : wah ! taknak kalah! baiklah. kalau macam tu, kaksu nak kaka dengan ronaldo. lg hemsem !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...