Thursday, December 23, 2010

L.A.P.A.R Semedang !

Ada orang tu kan, tekak dia memang tak makan saman. Time lunch yang sejam pon nak jugak makan dekat tempat yang jauh sikit dari opis. Memang biadap budak tekak ni. Nak kena belasah nih. Memang nak kena !! *Orang giler memang biasa nak gaduh dengan anggota badan sendiri. Choi !

Spaghetti Carbonara ni memang nampak extra sedap. Biasa la kan, pesen I. Suka sangat terliur dekat makanan orang. Bila orang punyer, nampak sedap la pulak. Stok muka cool mintak nak rasa sikit, tapi dalam otak ni dok picture I tengah bulat mata sambil mendengus, rambut ngerbang, siap tarik-tarik rambut sendiri membayangkan betapa la sedapnya spaghetti carbonara yang Ira punyer ni. Fuh!

Intan makan Pesto Chicken. Habes licin. Intan memang hebat! Portion ayam ni memang agak besar. Syabas betey! *Sambil tepuk-tepuk maja dekat belakang Intan. oh, I rasa ni fav food si Incredible Hulk. Pasal dia mengkaler hijo. Sama macam kaler iguana. Eh tak. Guava.

Ira kata lapar, tapi dia makan slow jerk. I kata I lapar, I makan terus senyap, tak pandang orang, ayam tak kerat terus masuk mulut sekeping-sekeping besar. So nampak tak beza orang kurus dengan orang gemok makan disitu? Nampak tak, nampak tak?

Bila ntah nak jemu makan budak salad nih. Haih.

Mintak mahap Intan, terpotong kepala Intan sikit *Padahal sengaja. Sapa suruh tak pelawa orang ayam dia. Kedukut taw?

Chocoholicious kongsi 3 orang. Yang paling banyak makan ialah Intan. Patut dia bayar lebih.

Semedang jakun dengan Caesar Salad ni. I memang jatuh cinta habes! Macam cinta setiap hari. Macam 50 first date. Macam seribu kali cinta. Macam-Macam Aznil. Machammm setan!

Kata Intan, 'Kaksu, gaji lagi 2 hari... Duit tinggal tipis jerk ni', pastu I kata, 'Takper Intan, habeskan jerk apa yang ada ni. Lagi 2 hari kan kiter dah kaya. Tapi ingat, jangan order air sedap. Minum air sejuk jerk'.

Haha. Sian kan golongan marhaen. Nak makan pon kena berkira-kira. Tapi I ok jerk. Tadek pulak sedih ke apa. Jenis hati kental wo! Makan jerk la. Apa nak berkira? Kan kan? Ok la. Bye.

-EnD-

6 comments:

edlidza said...

hahahhahhaha ...lawak marah aanak tekak boleyyyy :P .... nampak pon sedap beb... layannnnn jeee...

aliaaroslan said...

yang ayam hijau tu, kuah dia macam mint sauce ye kak?

Chooyaya! said...

edlidza : memang sedap. ni pon dah teringin lagi ni.

aliaaroslan : pesto bukan mint. tp daun basil campur cheese tak silap.

Anonymous said...

Salam,

Boleh tanya nama kedai nie. Food nampak menarik.

Chooyaya! said...

salam. ni dekat restoran deicious. ada dekat KL. di marc residence and dkt dua residence KL. mungkin google boleh membantu (wah, skema sial aku jawab)

Anonymous said...

Salam...

Arigato... Nanti nak try bila cuti nanti. Memang saya kaki makan. Try la blog kucingorengemuk. Banyak tempat makan best juga dalam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...