Friday, December 24, 2010

TokTimah

Assalamualaikum...

Kom apa? Kombat. Bat apa? Badminton. Ton apa? Tonkiat. Haha. Ok. Tak lawak. Next!

Harini I nak cerita pasal Tok Timah. Nama sebenar dia Fatimah barangkali. I kurang pasti. Haritu masa kat kampung Sazli tak sempat nak tanya dia. Yerla, mana nak sempat, makan jerk kerja-kerjanya. Bila balik KL, timbang naik 3 kg mula la menggelupur. Haih!

Eh kejap. Apa ni gatal-gatal kat peha. Jap eh.

Ok. Renda sependa rupanya. Duduk bersila dekat atas kerusi ni, renda dia kena sikit kat peha. Ha. Imagine lekas.

Ok. Sambung.

Tok Timah. Di tepi pintu macam anak dara sunti berbaju kurung kedah kaler biru berbatik senteng kaler ungu. Awwww...


Ni Nek Timah, kawan baik Tok Chak. Tok Chak tu mak kepada Bapak, Sazli punyer Nenet. Tapi Nek Timah ni macam dah part of family. Memang depa dok kenai sejak zaman dulu sampai la ni la. (Tetiba cakap Kedah) - Amek feel.

Sebenarnya, 4 hari I duduk kat umah Tok, kenal dengan Nek Timah ni buat I insaf dan bersyukur sangat. tapi tu la, insaf kejap jerk. Eh tak la. Insaf la ni. Haha

Bersyukur dengan apa yang I pakai, makan dan tinggal. Bersyukur pasal masih ada keluarga, masih ada kawan, masih ada yang sayang padamu... Masih ada yang rindu padamu.. Eh apa ini. Ternyanyi pulak.

Ni I buat rumusan pasal Tok Timah yer?
  • Tok Timah tidak sempurna tubuh badannya. Jari kaki semua kontot-kontot belaka, tangan kanan normal, tapi tangan kiri semua jari-jarinya tecit-tecit (syukur Ya Allah aku sempurna sifat walau tak cantik macam Lara Dutta tapi lepas ni kena reti nak bersyukur yer. Ini tidak, muka senget sikit pon dah nak kompelin la apa la. Haih)
  • Tok Timah dah meninggal suaminya. Ibu tunggal. Ibu bapak pon takder. Anak ada seorang. Lelaki. Tapi hidup susah jugak. Kerja bawak teksi. Nak jaga mak sendiri pon tak mampu lalu Tok Timah sekarang tinggal di rumah pondok. Belajar mengaji.
  • Tok Timah susah hidupnya. I haritu beli majalah Hai Rm2.50 Tok Timah geleng-geleng kepala. Persoalannya kenapa I beli Hai. Ok kantoi beli majalah hiburan yang tidak berilmu. Haha. Bodoh nih! Tok Timah kata, dengan duit RM2.50 tu dia boleh beli ikan termenung 3 ekor buat lauk untuk makan 3 hari.
  • Tok Timah kata, dia tak makan ayam, tak makan daging, tak makan biskut. Bukan kerana dia memilih makanan, tetapi dari kecik dia dah biasa makan ikan jerk, so tekak dah tak boleh nak terima. Ayam dan daging terlalu mahal untuk Tok Timah dulu. Tapi kiter ni rakyat Malaysia makan kadang-kadang tak ingat dunia (padahal mengata diri sendiri, lagi nak salahkan satu Malaysia)
  • Tok Timah terkejut I kata kalau I makan kat restoran, biasa habes RM150 sekali makan at least. Dia geleng-geleng kepala kata RM150 tu dia boleh makan sebulan. Beli Ikan termenung sehari 2 ekor, buat lunch and dinner. Haih. Tengs Tok untuk rasa sebal ini.
  • Tok Timah kata, beruntung bapak dan mak dapat menantu pandai masak (cecece) manja macam anak sendiri (cecece) cantik comel baik (cecece) dan jugak menyenangkan hati pasal selalu buat lawak bodoh sampai Tok kata, eh Su ni perangai macam budak-budak, sekolah tingatan lima ke. (kembang) Eleh padahal I cuma argue kenapa tok tak pakai bra. Haha. Mana aku tau dah tua jadik nenet tak pakai bra kan?
Persoalannya, sapa yang tau kan? Dekat Malaysia ni, masih ada orang yang tak pernah keluar dari daerah sendiri walau sudah berusia lebih 70 tahun. Masih ada yang boleh belanja RM2.50 sehari semalam, masih ada yang hidup atas ehsan orang lain dan masih ada yang tidak bertukar baju selama 10 tahun.

Syukur Ya Allah aku masih cukup makan pakai. Syukur masih boleh makan dekat Delicious semalam walau duit tinggal sipi-sipi tapi mulut dok membebel tak dapat order air sedap, syukur kerana ada tempat berlindung walau berangan nak rumah kondo ada swimming pool ala-ala resort dan syukur kerana GF I kat kampung tu cukup segalanya dan Sazli serta keluarga mampu hidup senang.

Syukur Ya Allah.

Ni kalau tak insap ni memang hati kulit kerbau.

Ok. Bye.

-EnD-

P/s: Ikan termenung ialah ikan kembung.

4 comments:

wana said...

ha cpt insap! nnt hg blh kuruih.

theblabber said...

ok. insap

aliaaroslan said...

saya rasa kengkadang kerajaan pon tak tau nak dahulukan duit kerajaan tu hala ke mana dulu. pasal cari kesenangan sendiri instead of kongsi kesenangan beramai-ramai. insaf saya kak su..

Chooyaya! said...

wana : ko tu yg patut innsap. enjoy jer kerja. tinggal aku plak tu.

theblabber : ok. bgs. nak duit.

aliaaroslan : kaksu pon insaf jugak. dah la takpernah pegang salji mcm awak. tsssk tsssk (T_T)