Saturday, January 1, 2011

UNTUK MIRA

MIRA MIRA !!

Mira dah mandi ker? Maksud Maksu, mandi pagi.. Bukan mandi malam... Maksu? Eh, mestilah dah! Pukul doblas tadi, tu pon pasal terpaksa. Kena pergi Max Value, nak beli ayam. Pasal buat mee sop tadi. Sedap giler ! Pasal makan dengan sambal kicap air mata. Mira dah makan ker? Bosan tak?

Kalau belum atau bosan or tadek kawan, meh la amek Maksu. Kiter gi KLCC nak nak? Ok tak kalau Maksu nak gosok gigi jer? Malas nak mandi. Rugi la hari cuti mandi banyak-banyak kali. Kalau hari kerja, terpaksa mandi 2 kali sehari. Maksu bukan apa. Nak elakkan pembaziran air. Membazir kan amalam syaiton? Lagipon Maksu bukan main tanah ker nak kena mandi pon. Tak peluh pon.

Otak Maksu dah tepu mengadap tv. Asyik-asyik tengok cerita masak-masak. Makan-makan. Rumah pon dah siap kemas, dah wongi pon semua. Tu nampak karpet merah ala-ala rambut rasta tu? Ha.. Jangan sapa berani pijak. Maksu dah siap sikat sehelai-sehelai tadi. Kasik dia rehat pulak.


Bilik pon dah wongi jugak. Bau soflan kaler purple. Macam bau kek pon ada. Haih. Otak Maksu ni dah ada terencat sikit kot? Sekarang bau apa pon, semua nak relate pada makanan, sampai bau ketiak pakgad bawah ni busuk giler pon, Maksu relatekan dengan kepak ayam bbq pizza hut. Macam mana eh?

OLEH ITU MIRA,

Dekat KLCC nanti, Maksu nak makan BBQ Chicken Salad dekat California Pizza Kitchen ni. Maklumla, azam tahun baru, nak kurus kan? So kena la makan salad... Tapi tatau la selama mana mampu bertahan. Harap sampai keakhir tahun la


Lepas tu Mira, kiter pergi Bijoux yer? Maksu nak makan red Velvet Cake ni. Badan kiter memerlukan tenaga untuk kekal cerdas. Jadi kiter memerlukan gula. Dalam kek ni, ada gula. Jadinya kiter kena makan kek red velvet ini jugak-jugak.

BAIKLAH
Maksu nak mandi sekarang.
I see U in a bit.
-EnD-

5 comments:

Nadiah said...

Sis,

California Pizza Kitchen dah lama tutup.I think sudah 3bulan closed.

Chooyaya! said...

Nadiah : ha ah, dah takda.. Td da nak nanges tgk tmpt tu renovate. Last time mkn kt sana on oktober. All this while pg klcc blh tk perasan cpk dh tutup. Hahha

Chooyaya! said...

Nadiah : ha ah, dah takda.. Td da nak nanges tgk tmpt tu renovate. Last time mkn kt sana on oktober. All this while pg klcc blh tk perasan cpk dh tutup. Hahha

Peminat Katie Holmes said...

ingat azam tahun baru tu.jangan lupa.

Chooyaya! said...

tu la... day 2 = failed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...