Tuesday, December 7, 2010

Marah & Gembira. Bergabung ! MELETOP !

Malam tadi I dinner dengan Sazli, Atiq and Aliah dekat Sakae Sushi Pavilion. Dalam gembira kenyang perut suka suki tu, tetiba down. Down pasal ada orang bongok jahat *lapan juta kali mana entah yang pergi curik snow white punyer wiper. Tetiba jerk masa nak guna wiper time hujan renyai-renyai manja tadi, wiper dah takder! Dah kudung!

Kesian dekat snow white, sekarang dah takda kening. Busuk jerk muka dia nampak tadi. Untuk orang jahat tu, I tujukan lagu pusara di lebuh raya pada engkau. Jahat giler ! Alip lam lam ha. Tulis dekat dada dia. Kiter tak halal dunia akhirat ! U bladihel ! Grrrrr...

Tapi sebelum tu, meh tengok apa yang kami makan tadi. Ni half jerk. Segan nak bubuh segala mala yang selamat menghuni dalam perut. Haha. Tetiba lepas wiper kena curik jadik penyegan pulak I. Awwwww.


Beef Sukiyaki. Aliyah order yang ni. Gonna be my fav la lepas ni. Nampak tak telur tu, dulu waktu bongok I pergi masukkan telur tu dalam mangkok yang ada kuah sup tu. Terus jadik macam steamboat. Ekteli cara yang betul nak makan ialah, masukkan daging nipis tu dalam sup panas tu, and celup dalam telur terus ngap. Bagi yang tak biasa dengan raw food ni, mungkin la terasa kembang tekak tapi lepas try, I love it so much. Baiklah. Beef Sukiyaki, awak boleh jadik golfren kiter mulai sekarang. Mari berpeluk dengan kasih sayang!

Atiq order Salmon Karage. Fried belly salmon. Sedap jugak, tapi kalau salmon, I suka makan yang raw jer. Yang masak ni kurang suka. Yang paling I suka ialah shopping. Eh. Tekeluar tajuk. Ok. Bye.

Ni Chicken Hamamochi. Lebih kurang sama macam Chicken Teriyaki, tapi ada cendawan cinonet tu dengan nasik dia banyak sikit. Yang hijau-hijau tu bukan petai tau? Ko giler haper nak makan petai dengan Japanese food?

Yelowtail carpacio. Sedap. Yang ni dia half cook. Seasoning dia memang sedap la. I rasa, I patut belajar memasak masakan Jepun mulai sekarang pasal kecintaan yang tiada batasan terhadap makanan Jepun memang tidak dapat dibendung. Ke patut kawen dengan orang Jepun jer? *kejam kan? **Tikam dada dengan pisau sekarang. Haha. Ni gurau kasar namanya.

All time fav ! Sashimi Moriawase Zen. Ada salmon, ada butter fish, ada sotong kurita kenyal-kenyal masuk mulut masih liat terus telan sebelum muntah, ada ama ebi (udang), ada tuna, ada zuchini... radddish... Eh melampau pulak explen gigih sampai macam ni kan? Semua raw. Sedap lazat sehingga ke liang lahat *lawak seram

Sebakul sumpahan I dah sedekahkan kepada pencuri wiper tu. *Urut dada. Sebak sangat rasa, taktau la kenapa.. Kesal sangat dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang nakhal macam ni. Jenayah tu dari sekecik-kecik macam ni boleh berlaku dekat mana sajer kan? Ikutkan Pavilion tu tempat yang agak exclusive la jugak. Tapi kenapa eh? Masih ada jugak yang miskin hina sanggup nak mencuri benda bodoh macam wiper ni.

Dah. Esok Sazli kata kena beli terus wiper lain. Bahaya takda wiper takot hujan tiba-tiba ker kan? Tapi lepas ni kalau hilang lagi, letak rubber pencuci tingkap yang ada dekat stesen-stesen minyak tu jerk la. Jimat. Orang jahat pon gelak guling-guling time nak mencuri. Puas hati kedua-dua pihak kan?

-EnD-

11 comments:

theblabber. said...

salmon mmg mentah sedapkan?
eh kak, nak kena hilang wiper baru jadi pemalu ek?

selamat tahun baru :)

Anonymous said...

eeeee.
geram dkt pencuri wiper!
wiper pon nak curik. kesian btol.
curik la side mirror ke, bleh gak wat telek muka yg hodoh tu. LOL.
sabar ye kak su ;)

rainbowskittle said...

yang raw memangg lagii seddaap!

aliaaroslan said...

ok, nanti nak testing kedai ni.

Chooyaya! said...

salmon mentah mmg la tersangat sedap. moh makan 15 ni,nak?

Chooyaya! said...

anon : terima kasih anon. awak sangat baik hati pasal bersimpati dgn kaksu ni. side mirror pon kalau boleh jgn la curik eh? pasal viper snow white jerk dah 275 bugs. hukhuk

Chooyaya! said...

ranbowskittle : mmg sedap ! jom makan sama2 jom!

aliaroslan : ok, selamat mencuba. nanti post dlm blog ok?

Fazie said...

Memang marah dan sedih tgok kereta x sempurna, mcm OKU..eh KKU...I punya arial radio 2 kali hilang..huk huk huk..

Anonymous said...

kahkahkah(gelak jahat. - jahatnya akak)...siannya.akak suspek wiper pencuri tu patah time tu....eh akak pun ingat benda ijau tu petai.(kejung perut akak ketawa)-kak mas yp

Chooyaya! said...

fazie : arial radio pon orang nak curik? bangang giler! keter kalau tadek wiper, macam manusia yang tiada kening. sgt buruk.

Chooyaya! said...

kak mas : tak baik tau kak mas gelakkan kiter... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...