Sunday, January 9, 2011

Ikan Stim & Ikan Patin (Sumpah meleleh!)

Pheeeww...!! Penat drive *kentut! Padahal membuta jerk dalam kereta, pantang Sazli pelawa suruh tido. Haha. Dah kata hobi? Haha (Gelak lagi) Sebenarnya I baru jerk sampai dari Pahang ni. Sabtu haritu I balik kampung kat Pahang. Sekali dengan GF I and Sazli. Kan yang I citer GF I ada datang KL masa last entry kan kan kan?

Sekejap jer perjalanan dari kampung I ke KL. Dalam 2 jam. Sama macam nak pergi ke PJ kalau waktu jem giler. Kan kan? Tapi biasanya memang I akan rasa sekejap pasal masa sebelum pejam mata dekat Bandar Jengka, bukak balik mata dah dekat Gombak. Macam lima menet jerk rasa. Megik kan? Ha... Itulah keistimewaan I. Pejam jerk mata, tak kira la ngantuk atau tak, kompem tido. Agak terel kan?

Kali ni balik kampung, I makan siakap stim. De punyer resepi. I tolong jerk. Tolong potong cili, potong serai, sediakan bahan-bahan. Bab rasa merasa, De yang buat. Tapi mampos la. I nak jugak resepi ni kira I yang buat, I yang masak! Tak kira tak kira!


Kukus sesedap rasa and serve dalam loyang. GF dah sediakan pinggan bujur suruh serve lawa-lawa ala hotel, anak-anak dia selamba ambik pinggan, letak nasik and makan ikan ni ramai-ramai. Dalam loyang kek dia. Best kan? Saper suruh dia engage time orang dah nak makan.

Resepi (Ewah!)

1. Seekor ikan siakap. Siang bersih and letakkan dalam bekas.
2. 3 sudu sos tiram, sesudu besar gula, sesudu kecik garam, 3 bijik limau nipis ambik air dia, seketul cube ayam, sedikit lada sulah, sedikit air... (bancuh semua and lebur dalam bekas ikan)
3. Serai, lada kecik, halia, bawang putih, bawang besar jenis Holand, calery dan cendawan potong ikut suka. Tak memberi efect pon. Janji ada rasa. Kuantiti ikut suka.

Pastu kukus la... Dah siap! Sedap sangat. Yang penting cukup masam. Ingat ni petua. Seekor ikan mesti 3 bijik limau nipis size gemok-gemok. Biasa I suka tabur dengan daun ketumbar, baru la eksen sikit. Ala-ala hutel. Kasik nampak belagak sikit.


Masa hari Sabtu, kitorang singgah Restoran Pak Usop tepi Sungai Temerloh untuk makan ikan patin masak tempoyak. Sluurrrppp! Sedap sungguh! Apa ntah resepi yang sampai ikan ni jadiksedap sangat ni. Harap tidak bubuh sependa.


GF I yang ____________
Sila Isi tempat kosong.

Dah ! I tak boleh nak berlama-lamaan. Nak siap-siap pulak tengok Konsert Jamal Adillah kejap lagi dekat Istana Budaya. Jaga diri, dan jangan nakhal-nakhal ! (Geli kan bila cuba nak jadik caring?)

-EnD-

5 comments:

incik said...

akak..datang istana budaya mehla singgah kolej kediaman ukm ni..kat jalan temerloh ni je..haha..
*padahal xde mende pun kat kolej nih*
=D

theblabber said...

kalau depa letak spenda, how?

aliaaroslan said...

mana nak carik siakap ni?

the blabber - kalo depa letak spenda, konfem dah besar gila kedai tu.

Liyana said...

nape?ada sejarah ke kedai kat pahang masak ikan patin letak spender? *sambil garu kepala cuba teka kedai mana?*

kalo ada...tobat dah pasnih paksa mak masak utk saya! =D

Chooyaya! said...

incik : la.. dekat situ ker? ok. esok akak mai sana na?

theblabber : mintak dijauhkan. hih!

aliaaroslan : siakap carik kt pasaraya or pasar. jgn carik kt kedai beskal (bodoh kan jawapan?)

liyanan : ada ada. but orang letak sependa dlm apam balik. eeeuww