Wednesday, February 23, 2011

Ketiak I bau epal. Sori eh? Tapi I ada tips untuk kurus (pancing)

Tengok tajuk entry taknak kalah of coz. I kalah dari segi kegemukan, tapi dari segi gemok but kompiden, I menang. (Walaupon ada orang tu kata, kompiden biar bertempat, tapi haku peduli haper kan?) Maksud menang disini ialah, tak padan dengan gemok tapi masih mahu membagi tips untuk kurus. Sangat kasihan bukan? Hahahahah.

Tengok gambar ni, walaupon I muka macham busuk waktu ni, tembun lagi hina tapi ketiak I wongi tau? Bau epal. Tak caya boleh cium. Tak caya lagi boleh tanya Farah, Intan, Yatie.. Dorang semua dah bau ketiak I ( ini tipu ).

Masa ni I baru balik dari training netball. Dengan muka selebet ni, Poja ajak teman dia pergi salon. Kebetulan dia ada shooting dekat area rumah I. Time ni dekat Kayu, Ampang. Dulu Craven Cafe, now dah jadik Kayu Nasik Kandar. Tak laku bangkali Craven tu, lantas menutup premis. Kasihan. Abaikan dagu yang dua lapis itu.

Dulu Ustazah I kata, orang tu kacak/hemsem kalau dagu ada dua. Read : double chin. I saspek dia suka dekat Arwah L (Arwah L double chin gebus. Pernah gigit lengan dia dengan sengaja kerana terlalu geram. Maaf untuk itu). Dalam kelas dia bukan pandai sangat. Tapi bila guru kelas Ustazah A, dia mesti dapat number 1 manjang. Astaghfirullah. Mintak maaf L aku berburuk sangka. Lekas-lekas sedekah Al-fatihah. Lantas insap taknak lagi bawak motor laju-laju. Nanti kalau kena langgar lori mungkin boleh mati.

Lepas training netball. Muka hitam pink pink sikit. Sian. Duduk cover perut berlapis. Tanda gemok. Ye. Sangat gemok sebenarnya. Sila kagum.

Ooo.. Tadi kata nak kasik tips kan? Ke I dah bagi sebenarnya eh? I lupa. Maklumlah dah tua-tua macam ni, banyak menda lupa. Kadang-kadang selamba pergi kereta tanpa membawa kunci lantas berangan diri macam robocop. Nak start engine hanya guna jari. Ewah!

Tips tadi I nak kasik ialah, kalau lepas sukan atau bersenam, avoid dari minum air yang manis kerana gula yang berlebihan akan menjadik lemak. (ke?) Dan elakkan dari makan carbs dan lemak kerana kadar penyerapan lemak tika selepas bersenam adalah lebih tinggi selepas berpeluh kerana urat-urat mengembang (kah?)

Maka makan banyak semasa tidak bersenam adalah lebih baik dari bersenam bepeluh bagai and makan banyak-banyak.

Errrr...

Rasanya macam dah bagi.

LANTAKLAH! MALAS NAK FIKIR !! (Biasa memang jadi garang kalau dah kantoi buat silap) Haha.

-EnD-

3 comments:

aliaaroslan said...

main netball? lama gila tak main. last skali main dengan student dulu. terasa tua.. tidakkk

Anonymous said...

nyah...ketiak bau epal tu jenama apa....he he..kak mas yp

Chooyaya! said...

aliaarislan : gimme five la! sama2 dah tua ni kan kan

kakmas : ladystick la kak mas. perisa epal taw!