Tuesday, March 22, 2011

Apa yang saya makan minggu ini (sahaja)

Nah ! Tanpa melengahkan masa, marilah menatap apa yang I dah makan minggu ni. Yang sempat I snap ekteli. Maklumlah, segan pulak nak letak banyak-banyak kat sini. (Sejak bila la segan pon taktau la. Nyampah)

Nanti korang kata I pelahap. Padahal ni ha I makan sipi-sipi jer taw? Sumpah tak tipu. Eh taknak la sumpah. Nanti dimakan sumpah (Maka terus kantoi la kan, pasal taknak sumpah. Haha) Betul, tak tipu ! Nak tulis alip lam lam ha kat dada :D

The second best after Molten Choc Cake dekat Chilis. Yang ni dekat Secret Recipe. Tajuk dia Lava Choc With Ice Cream. Kek ni berharga eh. Apa ni. Dah macam Jalan Jalan Cari Makan dah. Memang sedap dah agak menggoda. Sial la. Dah teringin skarang.

Ni lunch I tadi. I makan sehingga ke titisan yang terakhir. Jangan lupa perahkan lemon supaya potong rasa muak dia. Kalau nak pengsan, boleh minum dengan air nescafe or kopi. Kompem keluar semula. BTW, this is Seafood Curry Mee dekat Secret Recipe jugak. MAMPOS sedap ! Sialan lho! Bikin gua lapar di malam hari. Udah ku bilang, orang Indonesia pantes-pantes. Kalau tidak, masakan dapat ke terusan Suez. Dah. Motip tetiba keluar skrip Hantu Kak Limah?

Mengikut putaran jam, Chicken Teriyaki, Italian BMT & lupa dah menda. Ah. Tak penting semua tu, yang penting mesti bubuh semua sos kecuali mustard. Masam. Potong stim, I tak suka. This is our dinner malam kelmarin. Fikir punya fikir, last2 suami kata, marilah kiter memakan yang sihat seperti di Subway. Dah kalau segala mala jenis sos semua nak letak, bahkan roti pula yang enak lazat dan bukan oat, sihat celah mana? Celah bedah ko?

Secret Recipe Black Forest. Ni Sarah punya, I paw sikit-sikit. Setendet la tekak I. Memang kuajaq. Asal orang punya jer rasa sedap. Biadap sungguh. Dah takkan nak rembat makan sampai setengah kan?

Green tea ice blended ni rasa kumbang hitam dan minyak wangi. Ban seumur hidup. The best ice blended green tea ialah dekat Sushi King. Ingat. Jangan order.

Yang ni pulak Spicy Noodle dekat Food Court Pavilion. Spicy korok dia. Ni mee segera. Eh. Tapi dah tau rasa macam mee segera masih mau order, pasal nak feeling-feeling konon makan sama dengan pelakon dalam Boys Over Flower. Ko tengok? Pengaruh makanan ni bukan dekat budak-budak jer tau? Yang dah tua bangka juga takmau kalah. Haih.

Ni Sarah yang makan. Fish & Chips penipu. Ada ke chipsnya? Itu kan mash potato? Nak tipu tengok orang dulu ha.

Sekian, harap tiada yang memaki I pada ketika ini. Maklumla, mungkin ada yang tengah craving sesuatu yang ada disini lantas air liur menitis di keyboard kan? Harap bersabar. Esok masih panjang. Umur jer yang taktau panjang ke tak (Lawak seram)

P/s: Jangan membawa makan sampai ke mimpi, kelak air liur penuh di bantal.

Yang Besar Benar,
Suraya Tengku Sabri.

Ewah!

-EnD-

7 comments:

theblabber. said...

sedih tgk fish and chip tersebut.

farah said...

green tea ice blended secret recipe memang yang paling tak best dalam dunia. hari tu minum, macam minum pencuci jamban je! separuh pon tak sampe, menyesal sampai hari ni. hahaha

Cik Kentang said...

pagi-pagi dah tgk makanan sedap terus takder selera nak kerja. haish....

Puteri Qis Balqis said...

benci tau..hari tu kata dah takde makan2..terus meleleh air luir ni..huuhuh...yummy

Chooyaya! said...

theblabber : ha ah. dah macam muka orang dah aku tgk. ada mata, idung, mulut.. kan kan?

farah : eh memang !!! rasa pencuci jamban kan? exactly!

cik kentang: ishk! tu la.. babap nak?

puteri qis balqis : (ni nama btol ker nama tipu) haha. tu la. kadang2 manusia mmg macam ni. tak berpegang pada janji. aih!

Puteri Qis Balqis said...

choyaya:alamak tny soklan cepucemas..ni nama pena..sedap sgt ke yang???u memang..selalu wat i tak keruan tgk mknan

Siti Asiah said...

Asiah suke green tea kat SR tapi yg xpekat camni & yg kat Starbucks...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...