Thursday, March 10, 2011

Target 80kg nampaknya semakin hampir. Yes !

Dah. Malas nak cakap banyak. Brokoli ker, kobes ke semua boleh gotuhel. Kiter wanita penternak lemak cukup bagus dengan angan-angan untuk kurus selama 30 minit jer. So mari bersama-sama kiter menjadi gemok sedunia. Apa? Salad? Apa tu? Kiter malam biasa makan ketam dengan makanan berat-berat jer.

Ini ha nak duduk pon tak selesa. Kata perut kembar tiga kan? Arrgh... Persetankan itu semua. Selagi boleh makan, ada selera makan, makan jerk la.. Buat apa nak tahan-tahan? babi

So, malam ni I nak perkenalkan satu tempat makan superb yang direkemen oleh MIL yang gemar mengumpul keratan suratkabar tempat makan sedap-sedap lantas berpakat dengan I untuk membuat lawatan muhibah ke kedai makan seperti yang dibincangkan petang tadi secara berkumpulan. Maka, terimalah! Jem jem jem!!!


Ketam bercili. Perrrghhh!! Cakap banyak pon tak guna la kan? Meh la datang makan dekat sini kalo berani.



Set BBQ/Steamboat makan untuk 4 orang ni berharga RM48/++. Memang berbaloi-baloi sangat. Ada another plate penuh dengan sayur, mee, mushroom, crabstick, tauhu jepun, sawi mawi bagai yang tak sempat nak snap, bapak dah lebur dalam tempat steamboat. Harap maaf. Kami sememangnya rakus. Imejin la sendirik macam mana rupa satu pinggan tu lagi.



Kerana kerakusan jugak, tidak sempat dah nak amek-amek gambar macam mana rupa Steamboat/BBQ ini. Maka google sahaja. So, rupa lebih kurang macam ni la.. Ada tempat steamboat, ada plate bbq jugak. Jakun woh! Sedap tak payah nak cakap la. Perrrghhh! Ini memang puas hati. Gemok pon gemoklah. Janji dapat makan steamboat bbq.


Nama tempat makan ni ialah TANJUNG BBQ AND STEAMBOAT AMPANG WATERFRONT. Dekat sangat-sangat dengan rumah. Cuba la wei, memang seronok la... Taktau la kalau semua orang dah tau, tapi aku sampai sudah jakun tak habes-habes lagi ni, siap plan, next time nak datang, nak bawak daging dari rumah. Hahaha. Nak bawak sayur jugak. Bunguks sungguh. Beli jerk la menatang plate tu.

Tapi masalahnya, nak beli kat mana. Mana online shop yang ada jual tolom bagitau. I nak beli lapan.

-EnD-

5 comments:

aliaaroslan said...

ketam cili = pengsan

Kancilbiru said...

oh menggiurkan betulll...:P

~Rina Mazlan~ said...

huh.. berat berat.. insaflah wahai kwn ku :p

Fuz said...

bagi petua, bagi petua kak sue.
saya terlalu kurus.

Chooyaya! said...

alia : kerana ketam bercili, lepas pengsan jaga balik

kancilbiru : sangat2... meleleh tak air liur?

Rina : :) *hanya mampun tersenyum

PKH : mungkin patut berdoa dengan lebih gigih kot?