Friday, April 1, 2011

Ice Room Sangat Lazat

Perasan tak sekarang ni walaupun hari selalu jer hujan tetapi bahang tetap terasa. Macam contohnya ada satu pagi tu, kat luar hujan memang sikit punya lebat, tapi ketiak I basah and peluh meleleh dekat peha.

Eh tak. Penipu sangat bunyiknya.

Sebenarnya terasa muka berpeluh jerk. Sebab panas. Mungkin jugak sebab panas hati kerana Sazli selalu la boleh bergolek-golek atas katil bilamana I dah siap nak pergi kerja. I dapati ianya sangat menyakitkan hati dan separa biadap.

Macam I pulak sebagai isteri kena carik rezeki, dia dok rumah berehat main gentel-gentel. Ahahaha. Over kan? Padahal makan pakai umah kereta semua suami yang bayar tetapi nak eksyen jugak. Terus bangga bila cuma bayar bil api sebanyak 30%. Boleh? Ala. At least ada contribution kan?

Bercakap pasal panas, actually I nak bagitau.. Kepada sesiapa yang terasa macam nak makan something sejuk dan cool (Dah sejuk cool pulak. Bodoh nih!) boleh la pergi ke Ice Room. I baru jer makan dekat Wangsa Walk tadi. Kalau nak tau any other branch, google sendirik. Jangan nak jadik pemalas sangat.

Wah. Garang tetiba kan?


I punya tajuk dia blueberry, Sarah punyer Strawberry. I gigih nak cuba Manggo, tapi Sarah kata terlalu biasa. Cis! Sekali tengok orang depan punya nampak macam sedap, ini tidak boleh jadik. Esok jugak kena repeat.

Sazli sure suka ni pasal ice cream dia tidak terlalu sweet. Just nice jer.. Flavour dia pon just nice jugak... Sedap and selembut sutera jer bila masuk dalam tekak. Dia punya texture sangat halus. Bila kiter scop dengan sudu, nampak lapisan-lapisan ice cream dia tu. Bladihel. Sedap nak mapuh!


Dan, harganya tidak la semahal macam dekat Tutty Fruity kan opkos. Entah kenapa, I prefer Ice Room ni dari Tutty Fruity. Except for, kenapa la bekas gelas dia tu nampak murah sangat. Kasik la lawo-lawo sikit. Nampak exclusive sikit. Komplen-komplen macam la nak makan bekas dia kan? Hehe.


Dah. Jangan banyak cakap. Pergi Ice Room sekarang jugak. Kalau tak, kau akan menyesal. Dah. Bye.


-EnD-

7 comments:

Anonymous said...

sue..aku setiap kali g ice room..HARUS..amik manggo..huh..icenye bak selembut sutera...dgn isinya yang..munggil2..pergh..

Chooyaya! said...

sialan lho ! bikin hati gue ngacep aja deh! (eh, apa aku cakap ni..) hahahah. baiklah! next visit akan pilih yg mangga. YES!

unggustica said...

tak payah tunggu cuaca panas, sejuk2 bawah aircond, tgok gambo icecream ni pun bisa kepingin...haha

Chooyaya! said...

dah lekas.. mari pergi ke ice room sekarang jugak !

Sare said...

br je mkn manggo...biase je.
kl u nk..hr ni jgak kt pg lagi...
x puas hati slagi x rs sndri kan, kan?! tb2 garang sesorang haha

Chooyaya! said...

ha ah.. mangga biasa jerk.. baru jerk makan sekejap tadi.

amelyn said...

siyes ke sedap???
salu lalu sebla jer... tak heran pun.. kalau sedap, boleh lah try! =D