Wednesday, April 6, 2011

Mati Kiter Group Hug. Baiklah.

Malam ni tetiba I rasa macam peramah sikit nak cerita pasal perihal kawan-kawan dekat office I. Taktau la kenapa. Rindu pada Intan barangkali. Yerla.. Biasa dengan Intan la I bergaduh sepanjang hari, main kejar-kejar, merajuk, drama air mata, drama bisu semua cukuplah pendek kata... Tapi bila dia cuti ni, sunyi pulak I rasa :(

Dah la Intan cuti, CEO cuti, bos I pergi umrah 2 minggu. Hamek ko! Memang sunyi sepi la area bilik CEO and GM serta tempat secretary. Tak pon kalau 2 2 bos takder, I dengan Intan masih boleh bising jugak. Kadang-kadang main mekap-mekap, karaoke, berlakon dan jugak berangan menjadik pengacara dan pembaca berita. (cita-cita tidak sesekali dilupakan)

But bila semua takder, sunyi giler I ok? Sedih. Terus nak ambik cuti sampai Jumaat. Isnin nanti baru la riuh sikit bila Intan dah ada. Tapi memandangkan serikat I bekerja bukan Sulatin Sdn Bhd, maka datang la jugak kerja walaupun seperti memakan gaji buta sahaja. Dah kata secretary kan? Ada bos ada la kerja. Tadek bos, dunia ini ana yang punya. Hahahaha. (Gelak ala Ahmad Albab)

Masa mula-mula I masuk kampeni I ni, cuma I dengan Kak Tonah jer yang muda (la sangat) but, seiring dengan peningkatan masa, sorang-sorang budak baru masuk. Sampai boleh buat team netball, futsal la. Tapi malangnya belaka pesen kontrol cun, serta lembik dan tidak bersukan. Tak best. I kan sportwoman?

Eh. Tapi sekarang kena cerita yang best-best jerk la eh? Haha. Kiter mulakan dengan Intan. Ko nak mati nak mulakan dengan yang lain? Kang dia merajuk tarik muka, mengada-ngada bagai, malas nak layan. Tapi sebetulya memang I paling rapat dengan Intan compared to others memandangkan meja I sebelah-sebelah dengan Intan dan memegang jawatan yang sama. (Tetiba ayat macam novel)

Intan ni perangai macam budak-budak. Semua menda dia jer yang nak menang. Hisk! Kadang-kadang I semak jugak dengan dia ni, tapi bila ada gaduh-gaduh manja, I admit I sunyi. Nak buat lawak pon tak boleh. Pasal kalau I buat lawak, Intan tukang gelak. Dah kalau gaduh, sapa pulak yang nak dengar lawak bodoh I? Tidak mungkin la Makcik cleaner atau Bung penghantar suratkabar yang I panggil steward tu.

Kalau tak caya, korang semua tanya Intan. How much fun, laugh, happiness yang I dah bagi pada Intan since we work together. Ini bukan cerita rekaan tau. Tapi I memang jenis tak boleh nak seriyes. Manjang nak gelak. Tu pasal Intan tu tak takot kalau I marah dia pasal she herself tak dapat nak bezakan masa I marah atau bergurau. Itulah kemegikan I. Hebak hebak. Sila tepuk tangan sekarang aku kata.

Masa ni I bubuh udang atas kepala Intan. Konon ala-ala Lady Gaga la. Pasal kurang kerja seliyesli. Dia la madu, dia la racun. Bila Intan ada, I rasa semak (kadangkala menyampah). Bila dia takder, I rasa sunyi. Memang tak aman hidup I. Kadang-kadang I tak dapat my own sweet time even 5 minutes pasal budak hitam ni pantang tengok I senyap. Kejap kejap Kaksu. Kejap kejap Kaksu. Asyik nak menetek jer. Eh?

Yang ni pulak Ira, Intan & I. I juga sayang Ira. Dia receptionist dekat office I. Tinggi lampai orangnya. Tapi biadap suka kata I gemok. Haha. Takper. Redha. Tiap-tiap pagi I mesti wish Ira gud morning and I akan argue dekat dia kalau dia pakai baju cantik-cantik nak pergi kerja. Nak detingkah dia? I rasa Ira ni macam banyak rahsia dalam hidup dia. Macam artis pulak. Haikptuih!

This is my favorite girl. Sarah nama dia. Cantik kan? Sarah kurus jerk. Sangat la menjeles diri ini. Sarah ni semua menda dia tau.. Macam kamus bergerak. Dia bijak. No doubt. I suka hang out dengan Sarah pasal dia ni semua menda pon dia tak kisah untuk cuba. Adventurous. Suara sedap bila karaoke cuma bila main netball, bola biasanya bolos la walaupun sudah didalam pelukan. Haha.

Yang ni Mas nama dia. Dulu Mas receptionist. Tapi sekarang dah masuk office dalam buat kontrak. Orang Pahang yang mekalau bercakap, kiter memang tau dia orang Pahang. Kelakar blur. Suka cerita pasal sex. Haha. Mas ni dah kawen tau?

I up satu lagi gambar pasal secara tak sengaja terpakai baju polka dot itam di hari yang sama. Kaksu sayang Mas!
Yang ni pulak Ezy. HR Executive yang baru beberapa bulan masuk kerja. Dia ni suka lari-lari dalam office and suara kuat nak mampos. Paling muda diantara kami. Badan besar, tapi tak matang. Naseb umur dia 22 tahun, so segala ketidakmatangan adalah dimaafkan.
Yang ni pulak kesangan I. Kak Tonah. I sayang dia sangat-sangat. I jarang borak dengan Kak Tonah, but I love to be around her. Tak borak pon takper, janji I tau dia ada. Kak Tonah ni baik sangat-sangat. Berbudi bahasa and I letak Kak Tonah di satu tahap yang setakat ni, dekat office tu takda sapa yang dapat tandingi dia. I? Jauhhh sangat. Nak dengar Kak Tonah mencarut, memaki hamun? Not in zillion years. Hati dia baik sangat. Pemurah jugak. Dah. Tak reti-reti nak belanja beg coach barang 2? Dah puji melambung nih. Haha
Dari kiri, Sarah, Kak Tonah, Ros & Intan. Eh? Dah banyak gambar Intan pulak dari tuan tanah ni kenapa? Masa ni kitorang makan dekat Nandos. Tengok Ros tu, sampai macam nak naik atas meja kan? Memang over. Haha
Ros ni pulak tersangat la sopan santunnya. Makan punya la lembap. I boleh sakit jantung. Biasa selain dari hari Jumaat I memang tak ajak dia lunch sekali. Ko giler? Kitorang dah habes makan, dia baru nak hirup kuah. Kitorang dah geli bontot nak bayar, Ros baru tiup air dia. Ros lurus sangat. Ada sekali masa dia pergi Serawak, I kirim beli gambir Serawak and Ros yang lurus ni, boleh belikan I. Hahahah. Dia memang totally lost pasal kegunaan gambir serawak ni. Tulusnya hati Ros... :)
Yang berdiri dekat belakang tu Ama dengan Syira. Budak praktikal dekat office. Dah nak habes dah pon. Tetiba I rasa sedih. Lepas ni siapa la yang nak tolong I hantar surat dekat office chairman and takda sapa dah nak buat kerja-kerja office boy. Haha. Intan suka tau buli bebudak ni. Kadang-kadang sample kek pon suruh Ama je yang edarkan. Lepas tu, ambik order sekali. Ama redha jerk. Kasik dia kerja sikit dari asyik main FB. Hahahaha. Kaksu gonna miss U both nanti.
Yang ni pulak masa kitorang meeting menari. Seronok bila buat aktiviti macam ni sama-sama. Kecoh jadiknya. Semua orang nak bercakap sampai takda orang yang nak dengar. Acaneh? But we manage to handle it. Tiada salah faham, tiada tarik muka. Beautiful friendship kan?

I sayang mereka semua. Ceh. tetiba entry kali ni nampak seliyes pasal I kan 'Kak Su' dekat office. Paling tua (selepas Kak Tonah) tapi paling sensitif. Kadang-kadang I rasa jugak kesungguhan adik-adik ni untuk menjaga hati I demi mengelakkan I memuncungkan mulut dan berduka nestapa.

I sayang mereka semua. Sungguh!

-EnD-

5 comments:

Didi Nadhirah said...

kak su baju polka dot gojes nya

Anonymous said...

su...bestkan bila ada kengkawan yang segonjeng dgn kita....cantik2 kawan su... yg nama mas tu sekali imbas mcm siti saleha pelakon tu.....kak mas yp

Chooyaya! said...

didi : 2 2 kan pakai baju polka dot. yg mana satu yg gorjes. haha

kak mas : ha ah... semua cantik2 kan?

~Rina Mazlan~ said...

awak pakai tudung nampak sgt2 ayu okeh.. ini seriussss...

Chooyaya! said...

btol ker ni?? aauuwwwwww