Tuesday, May 10, 2011

Thor - Superhero dari langit

Masa cuti Hari pekerja Isnin minggu lepas, I dating dengan Intan... Memula plan nak tengok Thor dekat KLCC. Bak kata I sendirik semasa berborak dengan Mira tentang filem ini.

Dialog


Mira : Maksu, jom la tengok Thor.
Su : Thor, cerita apa tu?
Mira : Ala.. Yang Mira cakap haritu, yang dia ada sebut dalam Iron Man tu!
Su : Oooo... Thor ! Superhero dari langit?
Mira : *suara dah takder, bahu je gerak lama-lama. Mira gelak memang jarang keluar suara, Haha. Mira bodoh.

So, kekononnya I dengan Intan nak tengok Thor la, dekat KLCC. But kerana I ingin menguji cara pemanduan I yang mungkin jugak hebat dan ingin mencabar diri sendiri, maka I ajak Intan pergi tengok wayang di OU sahaja. Wah! Ini sangat mengujakan!

Ini memang diantara pencapaian terbaik I membawa kereta kerana sebelum ni I hanya bawak kereta dari rumah I dekat Ampang ke office. Office ke Jaya Jusco Setiawangsa. Office ke KLCC dan paling hebat, rumah ke Pavilion. Maka, seharusnya I memberi kredit kepada diri I sendiri atas kejayaan ini. Hnsss Hnssss. Lubang idung nampaknya harus bertambah kembang.


Atas permintaan Intan, I letak gambar ni paling atas. Baiklah. Bak kata Intan, bukan selalu tangkap gambar sekali sahaja dan hasil memberangsangkan. Ini dikira statement perasan ke apa ni? Haha. Salahkan Intan untuk ini.

Sampai-sampai je, Intan terus ajak makan. So, kitorang terus ke Chili's. Intan kata nak makan simple, so kitorang just order Triple Play sahaja. Tu nampak tak chicken finger tu ada 3 ketul kan? Tu la yang paling sedap and menjadik rebutan I dengan Intan lantas bergaduh untuk mendapatkan pieces ke dua lantas I mengerat dua supaya tidak bergaduh. Sebagai kakak, I deserve untuk mendapat hasil keratan yang besar sikit dari Intan. Haha.

Memandangkan I dah berkurun sangat-sangat tak pergi jalan-jalan dekat OU (dulu time zaman berchenta memang selalu la pergi), so terasa macam bengong sekejap dengan Intan. I rasa OU ni besar nak mampos, tapi malangnya I dengan Intan, pusing-pusing dekat tempat yang sama jerk.

Macam biasa, setiap kali keluar mesti ada drama. Tidak terkecuali hari ni. I dengan Intan, beli kasut yang sama jenis, sama patern kaler semua sama la, except for size. Tapi Intan dapat less 70% and I dapat 30% jerk. So...

Dialog

Su : Eh, U tolong check balik. Kenapa kasut I dengan kawan I ni sama tapi dia punya 70%, I punya 30%?
Budak : Let me check. Oh. sorry. I pulang balik duit U. Silap ni.
Su : But still??? Kenapa I punya jadik 50%, my friend 70%?
Budak : Nasibla...

Ewah... Nasib la je jawapan dia? Siot la lu ! Naseb baik masa tu I mood ok. Entah setan gembira mana ntah rasuk I, I langsung tak marah. Tapi I gelak-gelak jerk. I anggap tu rezeki Intan la...


Selepas penat pusing-pusing dan masih ditempat itu jugak, I ajak Intan lepak minum and makan desert. Cais! Penuh pulak Delicious. Tapi kerana nak makan Chocolicious yang lazat menggoda sanubari, I sanggup tunggu. Langsung tidak merungut. Seperti yang I bagitau tadi, mungkin hari tu setan gembira datang hasut I.

Hasil menunggu? Kecewa. Chocolicious habes, pavlova jugak begitu. Cais !!! Penat wa tunggu taw??? Dah la tak apa tengok Thor - Superhero dari langit tu! Tak dapat jua makan desert sedap. Mamat waiter dekat Delicious rekemen I try this new desert. White choc pie.

Gambar atas : Choc Brownies with Vanilla Ice-cream *Terlalu biasa
Gambar bawah : White Choc Pie.

Harga promosi dalam Rm14, tapi soon harga dia akan naik menjadik RM16.00 tak silap I. Rasa? Biasa-biasa sahaja. Tu pasal sampai sekarang masih menginap separuh lagi White Choc Pie tu dalam lemari es I.

Chocholicious Sundae Delicious yang menjadik pujaan hati ku SELALU. Aik. Dah macam jingle iklan. Haha.

Since nak makan pon dah tak larat, drive apatah lagi lantas terus menyesal bawak kereta. Eh. I memang jenis berkira tau kalau drive. Memang pemalas habes nak bawak kereta. Taktau kenapa. Mungkin ditakdirkan nanti mendapat driver? Wah! Masin mulut ko Suraya...!!!

-EnD-

2 comments:

incik said...

saya baru tengok fast n furious 5 tadi!best!!!
kak su pegila tgk nnt!;)

Chooyaya! said...

alamak, terlalu bizi untuk menonton la but sure akan mengajak sazli tgk jugak. tak kira tak kira!