Sunday, June 26, 2011

Chawan Mushi Yang Lazat Yum Yum

Semua orang mesti pernah order bento kalau makan dekat mana-mana Japanese Restaurant kan? Sushi King la to be specific. Since now Sakae Sushi seolah-olah dah macam tak berapa nak ada dekat KL Town ni, so I cerita pasal bento dekat Sushi King jer la eh?

Korang sure perasan, kalau order bento, mesti dapat package dengan Chawan Mushi dengan Yakult kan?

Yakult biasanya I akan minum dengan gembira, tapi Chawan Mushi tu, I biasanya akan jahanamkan dia dengan cara mengkacau segala isi dia sampai dah takder rupa makanan, (lebih kepada rupa muntah bayi) lantas membiarkan sahaja diatas meja.

Dengan kata lain, membazirkan sajer egg custard tu tanpa sedar membazir ialah amalan syaiton. Ishk Ishk. Takmao kawan dengan syaiton. Dia jahat. Jadi, marilah kiter semua membunuh syaitan dimalam Jumaat. EH? APA NI? Haha.

So, dekat entry kali ni, I nak kongsi macam mana cara nak makan Chawan Mushi supaya berasa lazat dan tidak lagi ada pembaziran. Kredit to Nayang I, Wana sebab dia yang ajar I. Sebenarnya memang I tak puas hati pasal, 'Aperhal ko nak ajar taiko sushi makan makanan Jepun.? Biadap!' Tapi taiko jugak kadang-kadang perlu merendah diri. Cey!

Bahan-Bahannya

1. Kena ada Chawan Mushi
2. Nitsume (Sweet soy) - Kat Sushi King biasanya ada 2 jenis soy sauce/soyu. Pilih yang manis. Ok? Paham tak cepgu ajar ni?
3. Mayo

Cara Membuatnya.... Jeng jeng jeng! Mula-mula, tuang la Nitsume tu atas Chawan Mushi. Musti tutup semua dekat top. Pastu mintak abang dekat Sushi King tu, letak mayo dekat atas tu sampai tutup atas dia. Sama banyak dengan Nitsume. Kalau nak sedap, carik abang Sushi King yang hensem-hensem saja macam Shafiq dekat Sushi King Alamanda. Wah!

Macam ni la rupa Chawan Mushi yang dah di letak Nitsume dengan Mayo.

Mix all together and makan la. Serius sedap. I order sampai 2 la... Pasal langsung tak rasa hanyir langsung dah. Nyesal sangat dulu selalu membazirkan Chawan Mushi ni. Cis! Tak pepasal berkawan dengan syaiton dah. Hoh!

Dengan cara ni, kalau ada yang sesiapa dulu tak suka makan Chawan Mushi ni, now anda semua boleh cuba cara yang sama macam I. Sedap woh! Tak tipu ni.

Ahhhhh !!! Bahbee la.. Yang tekak aku nak biadap sangat dan-dan nak makan Chawan Mushi sekarang ni jugak kenapa??? Padahal tadi dah belasah 2 kot? Hello Suraya! Berat tu sikit lagi nak cicah 70kg oi... Tak sedar-sedar ke diri lagi ker? Hummmmmpppppp!!

-EnD-

4 comments:

Fuz said...

kak sue = makan3x.

aishah jamrek said...

oww macam tu ker??? ok2..thanks..boleh cubeee

lindaoff said...

Yaaaaaa ampun!Cara baru ka ni???seselalu ku makan ngappp semata jek

Chooyaya! said...

fuz : itu la pasal... adoinyer!

aishah : kena cuba ni chah... kalo tak, menyesal !

cik puan apel : kalo ngap semata nanti rasa dia tak berapa zedap la.