Monday, June 13, 2011

Kata menang kan?

Setendet la kan? Kalau game menang memang suka la nak apdet sampai 2 3 entry. Haha. Cuba kalau kalah, satu entry pon takder. Buat macam tak pernah ada game/tournament pon. Dasar!

I stay dekat Alson Klana Seremban ni selama 4 hari, 3 malam. Dari Rabu sampai ke Sabtu. Dapat bilik view swimming pool woh! Bilik besar dan sangat mengujakan sehingga kadangkala terfikir untuk bermain pondok-pondok sahaja. Tetapi tiada partner. Haha.

View dari balcony bilik. Abaikan betis gemok itu. Sangat jeles kepada Syira yang semakin hari semakin kurus. Petua dia, sekali makan sehari jerk. Brunch pukul 10.30am SEKALI sahaja. Pastu tak payah makan dah. Kalo nak ikut dipersilakan. Tapi kalau pengsan, diucapkan padan muka.

Malam first, ada perbarisan. Naseb baik buat malam. Kalau tak, mau lencun ketiak dengan baju 2 lapis bagai ni. dah la jadik pemegang sepanduk Memperkenalkan Kaklong disebelah kanan (macam tak kenal la kan?) dan Syira disebelah kiri. Tahniah kepada Kaklong pasal menang badminton jugak. Abang Long (bil) menang tennis. Wah. Muhibbah giler keluarga I ni. Semua masuk sukan. Menang pulak tu semua. Ni hebat sangat ni. *petir sabung menyabung

Opismet dari HQ. Yan & Abg Reen yang sama-sama masuk Treasure Hunt last time, ingat tak? Dorang masuk futsal veteren. Eh tak la, Bergurau sajer. Futsal remaja (remaja la sangat kan?) Haha. Tahniah dapat number 3. Harap lain kali mendapat juara seperti I juga. Hnssss Hnssss.

Malam dinner yang turn out I menjadik seperti pengantin bertema didalam taman. Haha. Tengok Syira, cantik kan dia?? Harap Syira belanja Sushi selepas pujian ini.

Berjumpa dengan classmate yang sentiasa muda remaja. Si Eddie. Ya. Masih bujang dan masih mencarik. Sila telefon, 017-93996xx *Mood carik pasal on. **Mati la kalau Eddi baca entry ni. Haha. Tak takot pon!

Last but not least, bergambar bersama team dan jugak penyokong dari HQ. Budak-budak bola dan budak futsal. Tengs for the support guys. Terus I berjaya menjaringkan 29 gol. *tipu of coz. Ko giler defend nak jaringkan gol. Giler kuasa namanya tu.

SUFMA di Seremban memberi 1001 kenangan yang indah pada I. Yang mana busuk-busuk tu, I dah buang jauh-jauh. Cita-cita I sekarang ini untuk menjadik manusia yang disenangi oleh semua orang. Buat baik kepada semua selagi termampu. Walaupun dah setengah tahun baru nak berazam macam ni, tapi dikira aci la eh?

Good Luck Su!

Yang Benar,
Siti Suraya **Tetiba ada Siti (untuk memberi effect ayu disitu)

-EnD-

4 comments:

incik said...

comelnye kak su reben putih tu!!!!

Anonymous said...

ok su...ko mmg btol..
jom aku blanje sushi skrg jgk...

Wawa Yusoff said...

terasa terkinja2 nak pegi bejogging. walaupun dah tau memang confirm semput :D

Chooyaya! said...

incik : dah tu, kaksu tak omel la?
miamor : tq miamor. aku hutang ko 7 hengget. hahahah
wawa : cuba slow2 dulu, contohnya seperti berlari setempat?