Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dalam piliranraya... Eh tak tak. Terima kasih kepada sohabat-sohabat sejati yang sanggup berkongsi ke'craving'an (boleh eh guna perkataan macam ni?) keatas Burger Bob yang gemok lagi biadap sehari selepas entry
ini ditulis.
Cambiaso, I telah menggunakan Rish (stalker I number satu) untuk menggoda bf dia lantas dapat memeriahkan lagi rancangan I untuk sama-sama menjayakan misi I ni. MISI HANYA SATU. UNTUK MENDAPATKAN BURGER BOB SECEPAT YANG BOLEH. **Terus tiup kuku sambil buat rolling eyes tanda belagak kerana malam berikutnya sudah berjaya memakan burger biadap ini. Inilah keistimewaan wanita. Harap tiada sapa yang menjeles. Pui!
Rombongan Cik Kiah seramai 9 orang selamat sampai ke warung burger ni lebih kurang pukul 10 malam. Perut I sudah berdangdut, maka jangka hayat burger di tangan tidak lama. Mari saksikan Burger Bob bersama-sama lantas janganlah sesekali memaki I lagi kerana burger ini.
Double Cheese Burger Bangsar Babe, Bob Burger Taman Keramat Au5. Pergh!!! Meleleh merembes-rembes wa cakap lu! Sebelum makan, exercise la mulut awal-awal kerana makan burger selapis-selapis sangatlah tidak thrill. Yeah Bebeh! Yeah! Malam sebelum dapat burger la yang seeloknya exercise. Haha.
Pandangan dari sisi mahupun depan tetap jugak la gomok. Tak perlu bersusah payah. Anyway, I rekemen U all makan Bangsar Babe Burger yang arnab taw? Saz order yang ni, senyap je dia makan. I tanya sedap ker tak, dia kata tak (taknak kasik padahal). Naseb baik dapat rasa last bite. Sedap nak mampos, rasa macam meatloaf. Sumpah tak tipu.
Hotdog pon sedap jugak. Itu pasal Acap boleh makan seketul burger dan seketul (?) hotdog jugak. Ishk. Bela jin ker apa? Badan kurus jer tapi?
Acap dan burger arnab dan gigi arnab dan blackberry arnab Aliyah nampaknya gandingan yang serasi.
Tak syok la makan selapis-selapis. Tapi ekspresi muka Acap menceritakan semuanya. I makan masuk semua dalam mulut. Maksud saya, gigit kesemua lapisan. Lantas sos semua meleleh sampai kesiku. Buat apa nak kontrol macho makan kan? Kata dah kawen? Haha. Si Kale Jawa Selangor kacuk Scottish jugak (macam I) makan burger dengan penuh kasih sayang. Macam cinta sangat pada burger ni sampai tak sanggup nak bukak mulut luas-luas. Tak macam I. Lepas makan burger ni terus krem rahang. Naseb baik dah excercise awal-awal. Pheww. *Lap peluh di dahi. Terima kasih Khatiq & Sazli coz bring me to this heaven. (over kan I?)Aliyah yang tak mandi tetapi berbau wongi. Acap yang bernafsu badak, Fruz yang berusaha gigih untuk membuat muka macho dan Rish yang selalu marah-marah I pasal upload gambar makanan yang lazat-lazat dalam album Yummy Pummy yang dah masuk volume 2 dah ni dekat FB. WTF. Dah volume 2. Nampak sangat aku kuat makan. Guess what? I jumpa Nora masa dekat sini ! Ala. Tapi dia orang kurus. Tak makan pon burger bob bangsar babe. Dia makan burger biasa jer. Pfft. Dah. U tak boleh masuk geng gomok kuat makan I. Tak memenuhi spek. Haha.
Oh, peringatan untuk sesiapa yang nak datang sini, maksesure U guys datang time takder game bola dekat tv. Pasal brother Bob yang tuan tanah ni ha tak bukak gerai dia time ada bola. Dia penyokong Man U la I saspek. Pasal biasa Man U fan memang over sikit (mood carik gaduh on) Haha.
-EnD-
10 comments:
jahat nya kamukkkk
jahatnya kamukkkk sambil joget2 ala stacy ....ayeahhh sangat buroks ai know
teruk tau kasik ai terliur ....nak jugaks ....nak jugaks ...
sila la peta kan ai macam mana nak gie sana .
ahad depan ai ada job amik gamba kat dwn felda tew agaknya dekat tak ngan burger bob ....siang hari ada tak
maaf mak buta jalan au au nih ....last last mak jadi auuuwwwww
adedeh....tak boleh tahan betul la..
kena hunting ini burger...
u ni memang hebat mengkritik makanan +__+
su..kat mana bob burger ni?
kita tengah pegnen 8 bulan nih...osah mmg teringin amek nih..
nampak maveles giler ahhh beger tu
moon : mcm mana aku nak citer kt nko eh? ko gugel la au5 dkt mana. dia dkt ngan sekolah and petronas. ko buat apa job dkt office aku?
hazmin : maksesure sama lazat mcm burger bob. hehe
aishah : mmg pon. agak2 dpt tak jadi pengacara jalan2 cari makan?
harissa : dkt au5 tu ha... adoi... ni yg rasa bersalah ni.. T_T
genuine1224 : maveles nak mampos!
hi su.
kita dah rasa bangsar babe burger mlm tadi..mmg maveles lah..pastu kan mlm tadi kita nampak su kat bob burger tgh order burger arnab..nak tegur tapi segan la pulak..hii..
anyway..thanks ya for d info..
hi harissa. adoi. naper la tak tegur? patut cakap mcm ni 'brother bob, saya dtg ni pasal baca blog kaksu'. lantas tegur kaksu depan2. dan lagi satu. laki aku tu mmg smpi skarang tak caya blog kaksu ada reader taw? hahahah. kenapa tak tegur? jap nak ingat. ada tak buat perangai tak senonoh malam tadi. nampaknya takde. haha
semenjak dua menjak ni bc blog su buat akak gelak sorang2 I love d way u write....haha..tak thn betul tgk beger tu.....meleleh tahap gaban puasa puasa ni....
kak, terima kasih.. tp harap jgn la buat selalu. saya bimbang orang saspek akak giler nanti. hehe. gurau jer :p
Post a Comment