Tuesday, July 5, 2011

Sabah - Part 2

Welcome back!!!!

Sambungan pada entry Sabah- Part 1.

Ni hari yang ketiga kitorang dekat Sabah. Kata Anis, kena pegi awal ke jeti pasal nanti orang ramai.. And panas summore. Pui ! Kitorang dah terjongok dekat Jesselton Point tu seawal pukul 8.30am, tapi Fatah, Julie dengan Chin sampai pukul 10.30am ok? Mimi masa ni muka dah macam kura-kura. Muncung jerk. Sapa yang suka tunggu orang lama-lama kan?

Tapi pasal Chin & Julie comel ya amat and manage untuk dapat bot yang boleh bawak kami ke 5 pulau and tunggu sampai pukul 5.30 petang dengan harga RM250 satu bot maka kelambatan mereka dimaafkan. **Harga normal bot biasanya satu kepala dia charge dari 100-200 untuk kelima pulau. Nampak tak bergunanya ada kawan dekat sini? Penjimatan secara hebat! Dah la dapat life jacket and gogel free pulak tu! HAHAHAHAHAHAHA.

2 jam duduk lepak dekat jeti tu. Naseb baik pemandangan cantik. Macam-macam acara I buat dengan Intan. Dari activti makan, berangan dan melompat-lompat ambik gambar sampai semua orang pon pandang sambil buat muka, tafi aku feduli hafer?

Baju I love Sabah yang kitorang beli semalam. Seluar bunga-bunga memang tidak menahan sungguh! Kata nak pergi pulau kan? Kena la pakai seluar bunga-bunga supaya ikut tema. Bukan macam Intan tu.

Rakan sebilik memang payah nak amek gambar berdua. Kalau tak ajak, tak tarik tangan, serta tak merajuk, memang la dia takkan amek gambar. Dia jenis orang dolu-dolu. Penyegan dengan camera. Naseb baik ada Apis. Apis pon Apis la!

Jesselton Point yang menggamit kenangan. Wah! Ni ayat novel ni.

Bersedia untuk melompat. Kaki kasik bend sikit, betulkan kekuda. Intan tu tonggek lebih kan?

Ambik lajak... Nampaknya Intan sudah bersedia..

Lompat !!!! Wah, sangat tak sangka, kaki gemok macam balak, berat macam gajah tapi masih mampu merapung-rapung di udara. Bangga.

Mendarat! Sila hati-hati. Dikhuatiri kaki boleh patah akibat dari bebadan berat badan yang melampau.

Gambar solo pulak. Kemaruk nak amek gambar lompat la katakan.... Tinggi lompatnya tak jugak.

Weee !!! Saya gemok, tapi saya gembira!!!


Intan nak jugak.... Taknak kalah.

Lepas Fatah, Chin & Julie sampai, kitorang gerak jalan kaki ke Filipino Market. Naik bot dari situ pasal nak elak dari bayar tax ke menda ntah. Lantak la. Jalan kaki sikit ditengah rembang sambil ketiak basah sikit pon takper. Janji bayar RM25 sekepala. Sambil dapat menguruskan badan, dapat jugak berjimat cermat.

First pulau, Pulau Mamutik. Cantiknya pemandangan laut ni... Air bersih jer. I pulak dalam bot senyap jer, pasal dok terbayang.. Kalau la tetiba ada dragon ker, dinasor ke timbul, mesti bot ni pecah. Hesh!

Mula-mula kitorang pergi ke Pulau Mamutik. Masa dekat sini, I tak snorkeling pon. Pasal panas terik. Dah dapat bayangkan, kalau terjun laut mesti hitam, pastu badan melekit. Julie, I dengan Chin je yang tak masuk laut. Kata Julie, dekat Mamutik tak best sangat. Ikan dia tak hensem sangat.


Naik bot balik, ni on the way ke Pulau Manukan.

Memang jernih giler air dekat pulau-pulau ni. Nampak je ikan bilis dari atas jeti. Ni kalau sauk, goreng garing-garing buat masak sambal air mata sedap jugak ni.

Ni jeti dekat Pulau Manukan kalau tak silap I. Bersedia untuk aktiviti lompat melompat lagi.

Megik giler! Saz nak join amek gambar lompat-lompat. Saspen jugak I masa ni. Kata la tengah-tengah lompat ni, skali kayu tu reput lantas roboh. Acaneh? Spot kaki Julie, cantik giler kan? I sampai kesudah tak berjaya buat kaki macam tu. Kalau jadik pon buruk sangat rupanya. Takper. I takkan berputus asa!

Tengok Intan tu, laju jer...

Ready untuk snorkling. Kata Saz, muka I macam penyu jer masa ni. Hurm, ada la iras sikit-sikit kot? Haha.


Masa dekat Manukan, I tak enjoy sangat tengok-tengok ikan. Pasal I panic. Padahal dah pakai life jacket siap, takkan tenggelam punya. Tapi I tetap menggelupur. Siap tersedak air laut semua. Badan letih memang takyah cakap la. Berenang tak pandai, menggelupur jer tengah-tengah laut. Mana taknyer. I kayuh-kayuh kaki, setempat jugak. Tak gerak-gerak. Bladihel !

Next, kitorang ke Sapi Island. Masa ni I nekad, I kena gunakan peluang ni betul-betul. Entah bila lagi la nak sampai. Kot lepas ni teringin nak snorkling mana nak carik laut dekat KL? Takkan nak snorkling dalam akuarium pulak kan?

Indahnya pemandangan...

Ni dekat pulau last yang kitorang pergi. Pulau Sapi. Tak berapa menarik inviroment dia berbanding pulau Manukan & Mamutik, tapi I rasa, Ikan kat sini lagi peramah dan manja. Jangan risau, dia tidak menggigit.

Chin yang baik hati. TQ Chin pasal mendapatkan bot yang murah!


Lepas balik dari Pulau Sapi, kitorang lalu je dekat Pulau Gaya. Dah takder tenaga dah nak berenang dekat sana. Badan letih giler. Malam tu pulak, dalam letih-letih, masih sempat lagi kitorang ke Water Front, untuk sessi karaoke.

Suara Mimi sedap nak mampos! Orang Sabah memang suara sedap-sedap eh? Dekat pukul 2.00am baru la sampai dekat hotel balik. Badan memang letih... Lepak giler! Esok paginya, Saz tak turun pun breakfast pasal dia kepenatan.

Flight kitorang pukul 2.00pm. Naseb baik lewat. Kalau tak, memang tak boleh nak bukak mata langsung. Overall, I had a very nice, simple and not so expensive vacation. Masuk makan, hotel, flight, bot semua lebih kurang dalam RM700/seorang jerk. Itu excluded la barang-barang soping sikit-sikit taw.

Last but not least, thank you pada Aliah & Atiq yang tolong hantar kitorang ke LCCT masa nak pergi haritu...

Dah. Penat dah nak bercerita ni. Sakit semua tulang-temulang. Lapar pulak tu. Mana nak carik makanan ni? Ni saper yang nak bertanggungjawab atas kelaparan I ni??? Grrrr....

-EnD-

4 comments:

Fuz said...

kak sue yg "....."

Chooyaya! said...

a) gigih
b) comel
c) besungguh-sungguh
d) taknak kalah
e) semua diatas

pilih pilih

aishah jamrek said...

steady la!

Chooyaya! said...

aishah jamrek : rok steady!!!