Friday, July 8, 2011

Sendawa Lempuk, Kentut Tempoyak

Helloi..!!

Jom kiter tengok apa yang I makan dalam sehari dua ni. Asyik makan sushi jer, menyampah jugak kan? Skali skala kiter kena kembali kepada alam semulajadi. Bak kata Syira, 'Su, kiter kalau tak mekap, muka macam original people kan?'

Original people = Orang Asli. Haha. Waklu!

I original people yang up sikit pasal I buat relaxing rambut dengan pakai perfume Gucci. *Petir sabung menyabung.


Ikan Kelah Masak Tempoyak. Perghhh!!! Isi ikan ni sedap nak mampos! Ini first time I makan ikan kelah. Memang sedap. Tapi kuah tempoyak dia tidak la sehebat macam Ikan Patin Temerloh. But, I mengamalkan falsafah dari Wana, 'semua makanan percuma adalah sedap'.

Yang ikan kelah dekat atas and lauk-pauk kampung ni, I makan dekat Kuala Berang Terengganu. Mengikut putaran jam, ikan baung masak tempoyak (kot?), ikan sardin bakar, cendawan campur, kerabu menda entah, kerabu rebung dan ulam-ulaman. Fav ulam I pucuk ketereh/gajus. Pastu I ambik sambal ikan bilis+petai, pastu boss I kata, 'Punyer la banyak ikan gemok-gemok, U nak jugak makan ikan bilis'. Haha

Yang ni, Ikan Kelah Goreng. Sisik dia boleh makan tau? Sedap sangat-sangat. Ni la ikan goreng yang terpaling sedap I pernah makan. Serius. Tulis alip lam lam ha dekat dada ni kalau tak percaya. I boleh makan ikan ni dengan kicap+nasik. Cukup. I baru tau yang harga Ikan Kelah ni RM100-RM250 sekilo. Mahal nak mampos! Ni rare spesis yang susah dijumpai ke yang jadik mahal sangat ni? Ke pasal ikan ni vageterian?

Yang ni pulak Ikan Kelah Masak Tempoyak jugak. Tapi yang ni kurus sikit. Kuah dia sedap. Yang ni I makan dekat Kuala Krau. Cis! Kecur pulak air liur I teringat semua makanan-makanan ni.


Kepada sesiapa yang terliur, I nak mintak maaf. Especially untuk Kak Tini. Haha. Sian dia... Dah la mengandung, teringin pulak nak makan Ikan Kelah ni, skali I pulak post dekat FB. Takper Kak Tini, nanti Su bagitau Kak Tini macam mana nak carik Ikan Kelah ni..

Yang dekat Kuala Krau tidak la mahal macam dekat Kuala Berang. Restoran dia dekat sempadan Temerloh-Jerantut jer. Exit R&R Temerloh tu, masuk kanan. Pastu straight jerk. Restoran tu sebelah jer dengan kedai tayar. Nama restoran dah lupa. Tapi takper, tu boleh cek nanti.

Masa kat Terengganu, I makan durian jugak. Makan jerk kerja-kerjanya... Sendawa pun dah bau lempok, kentut bau tempoyak. Harini dah 2 kali berak. Taik kaler ijau. Tatau kenapa. Haha.

Potong sungguh! Elok-elok cerita makan, skali klimaks cerita pasal tahik. Apa la ini orang!

-EnD-

5 comments:

aishah jamrek said...

kalau ikan yang susah nak jumpa memang mahal. ikan patin pun tengok spesis. sekilo boleh gi la 80 hengget

Chooyaya! said...

aishah : katanya ikan patin buah yang sedap eh? pasal ikan tu amkan spesis buah-buahan jer kot?

aishah jamrek said...

aah..hubby orang pahang..kalau makan ikan patin buah tu, sepotong kecik je dah boleh 20 hengget..rasa memang lain..pasal buah-buahan tu no komen..hahaha

wana said...

Salah la falsafah tu. Ptutnye "Semua makanan yg FREE tidak mengGEMOKkan". Hahahahahaha

Chooyaya! said...

aishah : ooo.. bias amakan kt restoran pak usop ker? cis! kecur pulak air liur mengenangkan ikan patin ni ha.. damn!

nayang : oooo... salah eh nayang? ok ok.. jom la amlam ni burger bob kalau berani!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...