Thursday, August 18, 2011

Back To Basic. Jangan Lupakan Yang Lama. Wachey!

Semalam I tengok DVD Boys Over Flower untuk ke lapan ratus kali kot? Ada satu scene tu, Jandi makan eskrem yang kelihatan seperti eskrem Baskin Robbins jer. Kuangjaq! Bukan puasa ni oi! Bersimpati la sikit dengan orang puasa ni. Tsssk tssk T___T

Terus berjanji dengan diri sendiri, walau merangkak sekali pun, akan kuusahakan jugak untuk mendapatkan eskrem BR ini malam. Bertabahlah Suraya.. Bahagia menanti didepanmu. Khairul Fahmi Che Mat akan kugenggam. Eh? Sori. Keluar tajuk.

So, I dah janji dengan Mira. (Ala, skendel I tu) nak keluar makan eskrem BR. Mira ON! Wah Mira, pasal makan tak pernah pulak setakat hari ni nak off. ON je manjang. Nanti bila dah gumuk, mula la mengadu ada banyak babat la, lemak tetek kat pinggang la. Hesh. Ni ni. Tinga cek ni dah naik bernanah dok dengaq hang membebel pasai lemak. *cakap gaya Yash. Yash bini Apai untuk makluman. Ala, Apai yang hensem kacak time main paintball aritu...

I kata dekat Mira, nanti kalau dah dekat sampai bagitau. Skali Mira bbm, bagitau dah ada dekat bawah. Kelam ka alip bot I mandi. Sekejap jek. Zap zup zap, kurang 10 menet siap mandi, pakai baju ala2 ready nak tido (t-shirt basahan dengan legging kaler maroon) dan berbedak bayi wongi jonsen n jensen kaler biru terus turun menuju ke bawah. Tak kasik tau kat Mira I baru mandi. Tapi sekarang dia dah tau la kan? Bocor rahsia. Cis!

Motip memakai baju ala-ala nak tidur jer pasal nak pergi BR Ampang Point jer kot? Hello? Pakai baju tido pun ok aper? Bukan nak pergi Pavilion ke kan kan kan?

So, mempersembahkan... Jeng jeng jeng! Eskrem Baskin Robbins! Hahaha. Nak gelak pulak rasa bila memperkenalkan eskrem ni. Macam la orang tak tau kan? **Belagak tuh! But seriously guys, sometime kiter kena back to basic. Mesti carik balik makanan-makanan yang kiter biasa makan dulu sebelum kiter diperkenalkan dengan jenama-jenama baru. Ewah!

BR instead of Tutti Fruitti.

Vanilla cupcake instead of Red Velvet. Check out Huda cupcake dekat sini.

or Dunkin Donuts instead of Jco, Big Apple or Crispy Cremes. Bavarian dekat Dunkin Donuts is not bad. Green Tea & Pistachio Ice Cream pulak will always be my all time favorite dekat BR.


Tengah-tengah makan eskrem yang 2 2 scoop I ambik perisa ubat gigi iaitu choc mint and candy menda ntah, tetiba I terindu dekat my pet bro, Abang Yut. Terus call dia, ajak jumpa. Abang Yut kata ok. Kebetulan dia dekat Travers Hotel. Dia ajak minum-minum dekat Old Town Jalan Yap Kwan Seng.

Wah, tak kompiden pulak aku kan? Dengan baju tido datang lepak minum dekat Kedai Kopi yang urbant. Kata Mira, ok ape baju I pakai ni, macam baju basahan. Eleh, tak sampai hati nak kata baju aku buruk la tu. Pastu I kata, 'Mira, jatuhla maruah Maksu keluar dekat public pakai macam ni'.

Pang! Ko ingat ko artis? Bajet sangat kan?

Dengan baju ready to sleep, muka tak pakai menda except bedak bayi dan legging steng kaler maroon yang buruk, I selamba pergi jumpa Abang Yut. Terima kasih kepada henpon Lin yang membuatkan muka I nampak suci murni sesuci embun pagi kerana terpancar cahaya keimanan di bulan puasa. Pui!

Dekat midnite jugak la I naik umah. Borak-borak dulu dekat bawah rumah bercerita pasal hal ehwal politik dan masalah pencemaran udara di Kuala Lumpur bersama Mira dengan bersungguh-sungguh yang tiba-tiba tak dapat kata sepakat lagi I dah mintak diri pasal nak berak.

Ni semua gara-gara Sardin air mata dengan bergedel cicah sambal kicap pembunuh ni punya pasal la ni. Tak kasik signal ke apa, tau-tau je nak berak. Biadap punya jubor.

-EnD-

3 comments:

qasihara said...

Huah huah dusyum...jatoh kosi...bc n3 tgh org bc yaasen, sbb dh rayer kn...kena thn gelak ni..pepagi lg su dh bikin kak q berair bijik mata yg pakai contact lens kelabu ni.....

rina mazlan said...

Makan je la keje ko kan.. sib tak demokss sgt.. hahaha...

Chooyaya! said...

Kak q : mmg saja nak kasik kak q jatuh kusi pun jer ni.. hikhik

rina : demoks la.. sape kata tak demok. ni semua gambar super impose je ni.