Wednesday, August 10, 2011

Berbual Kosong. Tiada Motip. Kosong.

Jom la kiter borak-borak kosong malam ni... Asyik citer pasal makan je boring jugak. Tak gitu? Mensebabkan sekarang ni bulan puasa, rasanya molek benar la kalau kiter berbual-bual jugak pasal puasa kan? *sambil tukar cara simpuhan kaki bajet anak dara village.

Tak sangka kan puasa dah 10 hari. Masuk hari yang ke lapan, I dah tak makan sahur dah. Pasal kalau I makan sahur, dari pukul 5.45 ke 6.15 tu I sempat lagi nak nap setengah jam sebelum kena bangun and bersiap nak pergi kerja. Berkira sungguh kan kalau bab tidur. Setengah jam pon gua ON je!

So, tiap kali bangun tu, I perasan mulut I rasa basi atau rasa kuda. Apa rasa basi or rasa kuda tu, pandai-pandai la korang fikir sendiri. I tak reti nak explen. Dia lebih kepada rasa tak best tekak ni. So, apa yang I buat. Bila lepas gosok gigi kan kan kan? Kan ke ada belen air dalam mulut tu kan? I telan sikit. Tu takper kan? Pasal dah konsider tu air liur. Ala. Bukan seteguk pon I telan. Buat apa nak berkira sangat? Haha. Boleh jer aku.

So, malam semalam, I minum air kosong jer. Dan YES! Mulut tak rasa basi lagi. YAY! Tahap kebuluran sama jerk. Sahur ker, tak sahur ker... Lapar jugak kan? Ni perut ni bukan reti bahasa. Lapar manjang. Muka muncung jer. Sampai bos pon tak berani nak tegur. Lantas dia pegi potostet pon sendirik. Haha. Bak kata Kaklong I dulu, 'Dik, dalam dunia ni, kan ko sorang je yang puasa'. Pasal masa tunggu lift nak turun, I boleh menyangkung dekat pintu lift pasal tak larat sangat. Pendek kata macam nak mampos pon ada. Lempang sedas pipi sendirik meh.

Korang kalau bukak puasa makan apa eh? I kan? I suka makan nasik. Lauk sejenis jer. Mesti pedas. Ikan bilis sambal hari-hari pon I ok jer... Time bulan puasa ni la tekak original orang kampung aku terkeluar. Ha ha. Takde der nak craving sushi ker, steak ke, carbonara banjir ker.. Memang takde langsung! Haha.

Pastu I jenis makan sekali je. Makna kata (eh, giler la makna kata. ni kan ke ayat orang dolu-dolu) kalau I makan masa berbuka tu, so sekali tu jerk la I makan. Takde ulang-ulang. Itu pashel la mekalau bulan puasa ni, I selamba je boleh turun sampai 5 kg. Ok ok tifu. 3.58 kg.

Tapi bersiap la! Musim raya selamba je naik 5kg. Hebat tu! Turun 3.58 kg, naik 5kg. Pencapaian yang hebat lah! Bila dah gemuk, mula la menggelupur nak diet la apa la.. Pui! Tapi biasanya cita-cita nak diet tu tak kekal lama la kan.

Aritu masa dalam lift, adik-adik I yang lain company dekat tingkat 4 kata. 'Kaksu!!! Sucinya muka...' Haha. Memang. I admit bila bulan puasa, muka I memang stok muka suci/beriman jer. Senyum pun senyum mulia jer... Taktau la naper. Mekap pon nak taknak. Jalan pon lemah lembut jer.... Alolololo.


Ini bukan muka suci, Ini muka nak mintak lempang

Dulu kan? Masa kecik-kecik.. I ingat I sorang jer yang tifu mak/ayah pasal puasa. Rupanya Kaklong dengan De pon sama. Kisah terbongkar masa I balik kampung baru-baru ni. Yang megiknya, dengan cara yang sama.

Kadang-kadang kan, arwah ayah tak jemput kitorang balik dari sekolah. Dah la bulan puasa, panas pulak tu. Sekolah ke rumah pon jauh nak mampos. Dahaga sangat sangat sangat! So, bila sampai rumah jer, terus I mandi. Konon nak sejukkan badan.

Tapi pasal dahaga sangat. I minum air kolah segayung ok???? Lega nak mampos! Air kolah mak tu pon rasa sejukkkk sangat. Kadang-kadang kalau taknak rasa bersalah sangat, I curi-curi minum time jirus air dekat kepala. Nanti bukak mulut luas-luas pastu mana air yang masuk mulut tu, telan terus. Haha. Bila fikir balik, takde beza pon.

Baik minum segayung air kolah je terus.

Rupa-rupanya Kaklong dengan De pon sama. Hahaha. Nampak sangat sehati sejiwa. Yer la kan? Kiter pon belum mumayis masa tu. Tak fikir apa pon. Tak pulak tu menyesal lepas minum. Boleh buat jiwa kering jer. Ishk Ishk.

Ni jangan ada budak sekolah yang sekolah dekat kampung kena jalan kaki balik rumah tiru tabiat buruk I ni dah.

Sekian edisi berbual kosong untuk malam ni. Blog I ni, hit hari-hari banyak. Komen takde. Follower ciput. Agaknya ramai silent reader kot? Takper la. I tak kecik hati. Tapi kalau jumpa kat mana-mana nanti, tegur la. Kalau boleh buat depan rumet I. Pasal kata dia, 'saper ntah yang baca blog U tu..'

Cis! Dia taktau bini dia ni sikit lagi taraf artis. Wah! *Petir sabung menyabung.

-EnD-

16 comments:

qasihara said...

Adala tukang baca chooyaya...ai br je follow u tapi really wat ati ai menggeletak...teruskn menulis! Kebaaboom petir......tunjuk kt rumet yer.....

Chooyaya! said...

qasihara : kadang2 terasa macam aku tulis, aku baca jerk. haha. dah order pavlova dkt huda?

Lenny said...

hahahahha.. jgn ler rasa camtuh... i ari2 baca..... tak penah miss siap i gebang kat kawan2 pasal entry u.. especially bab makan..
arituh dah racun kawan2 pegi burger bob melawati tu... seme gara2 u... so u kene berbangga... aahahahhaa...:D

~SuFiAliYa said...

hi kak su...rmai je bace...mcm sy ni silent reader =p kwn sebelah ni pon sma...heeee..tu psl bnyk hit..hapdet hr2 taw..nnt keciwa kalo bukak xde hapdet =p

Niza said...

Su: kasi tau Saz I baca ur blog ever since 2yrs ago. but im the silent follower. nak comment malas. Just so u know your blog sesgt interesting. Ur writing skills are way better than some famous blogger out there. Very catchy n amusing. Everytime u post bab makan with droolicious pix.. membuat kan i rindu kl. apart from areez' request, sbb u jgk la i buat pavlova tau tak. coz kat aloq staq ni mana la nak carik :-( Anyway.. keep up the good work ait...! Take care.

NUR.SYAHIRAH.MUSTAFA said...

saye suke..suke..suke sgt2 bace blog sys nihhhhh..ngeee~

NUR.SYAHIRAH.MUSTAFA said...

saye suke..suke..suke sgt2 bace blog sis nihhhh tawwww.. ;)

rina mazlan said...

ala sama la kita.. cam takde follower. Yg penting blog ko ada dalam list aku. Ko penah ke baca blog aku? (pergh ganas ayat) Apalagi gerak skg kat blog aku bebeh.

Jan@Afzan said...

hihihihi..dunt worry, blog Su memang telah di bookmark dan akan dibaca setiap hari.. Komen itu, je kadang2 komen kadang2 tidak..

Klau rumet u mempersoalkan blog u, ckp kat dia.."eh, ramailah baca! artis kan"

btw, klu lah terserempak ngan u kat mana2 memang sah2 I tegur!

and, Dah order pavlova dari Huda....esok dapat! yippie..

Anonymous said...

saya bace blog k su..ari² buka tunggu k su update...bila x de update rase sunyi ...hahahahah..kim salam kat rummet eh...-love ina -

anne said...

alololo.. sedihnye dengar kak sue.
hehe! nie anne komen k. harap meriah lah hidup kak sue baca komen anne nie.
haha!

Anonymous said...

ada ba yg baca kak, saya hari2 mesti buka blog akak, klu kaka xupdate, saya buka entry yg dolu2, lucu, saya suka baca blog akak, klu dapat jumpa akak mesti best tp saya jauhla kak, saya siniiiiiiiiiii dekat sabah ^_^

incik said...

saye bace selalu je kak su!..huhu..bila nak balik kuala ketil?maila rumah na.,..

Chooyaya! said...

lenny : tq lenny... kirim salam dekat kawan tu eh? ambooi.... kiranya blog ni lebih kepada referel tempat makan yg sedap jer la eh?

sufialiya : eh, ni nama btol ke nama tipu? yer la. kaksu akan update selalu. cerita kentut pon kaksu akan cuba update dengan gigih jugak nanti

niza : babe !!!!!! miss u!! mai la turun kl. this saturday kiter ada bukak puasa ramai2. and soon dengan perthian skali. walaupun i bukan budak perth, tp didi invite i. haha.

nursyahirah : btol suka? tak tifu??

rinamazlan : eh rina, mulai hari ni kiter geng pasal suka jenama kicap yang sama.

jan : yer la. harap rumet baca la ni. cis! selamat menjamu pavlova! kalau makan tu, ingat2 la orang disini. geli tak i cakap mcm ni? haha

love - ina : tq ina. boleh berkenalan? :D

anne : memang meriah sgt. tak pnah dapat komen banyak giler macam ni. jakun pon ada. haha

budak sabah : aritu kaksu pegi sabah. pegi banyak pulau. juga makan seafood yang gemok. kiter sepatutnya berjumpa.

NUR.SYAHIRAH.MUSTAFA said...

btui..btui..caye xtifu pnyerrr..sy0k lyn blog kak sue nih..cuke 100x ! ngeee~

Anonymous said...

boleh²..hehehehe..- ina -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...