Tuesday, August 9, 2011

Entri makan lagi :Pavlova Mengganas!!

Helloi semua. Mintak maaf la kurang update bulan puasa ni. I bizi menyelamatkan dunia. Kata part time Otromen? Walaupun bulan puasa, otromen tetap bekerja keras. Tapi kata sorang abang dekat office ni, 'su mana boleh jadik otromen, pasal otromen ada satu lampu dekat dada, kalau ada 2 lampu baru boleh jadik otromen pempuan'.

Ye. Tak senonoh sangat kan? Lampu tu dikatanya tetep. Hesh!

Lately ni, I ada receive a couple of comment dekat chatbox. Dia kata dia seronok baca blog I pasal ada banyak makanan. (T_T) Ala... Blog ni dah jadik blog makanan ker? Taknak la.... *Sambil jalan hentak-hentak kaki.

Tapi dalam taknak taknak, harini I nak kongsi pasal makan jugak. Kah Kah Kah. Bodoh ni! Eh. Cool pulak rasa bila ketawa kah kah kah. Macam dulu, arwah ayah suka ketawa kah kah kah. Dan I selalu rasa ketawa kah kah kah tu a bit annoying.

Pavlova dengan ladang strawberry. Jangan tipu la kalau kata tak terliur.

Sangat sedap, rangup diluar, lembut didalam. Cair dimulut, tidak ditangan. Rasa sekali pasti mau lagi. Dah kenapa caption pavlova ni jadik macam pertandingan mencipta cogankata je ni?

Kalau makan dengan chocolate rice pon sedap jugak. Mana nak dapat pavlova yang rich dengan strawberry n blueberry macam ni pada harga RM10.00? For God sake its only RM10! Dekat delicious, serai, whisk, alexis memang tak dapat la kan? Yang ni, cukup untuk seorang. PUAS.

So. Pada sesiapa yang berkenaan yang dah terliur atau tertanya-tanya, mana la I dapat pavlova ni, klik sini. Add Nurhuda Samsudin dekat FB and communicate sendiri dengan dia dekat FB. Huda ni memang baik, cantik, kaya, sopan santun dan sebagainya (Agak-agak kalau Huda baca ni, I dapat tak free pavlova yang size besar tu) Haha.

Delivery di sekitar Lembah Kelang percuma. Kalau jauh sikit macam Bangi ke, Serdang ke ada la charge dalam RM10 kot? I tak sure. Kena tanya Tuan Tanah. Tapi ko agak-agak la kan? Takkan la nak beli sebijik je sampai nak kena hantar. Kejam sangat tu.

Apa yang I selalu buat dekat office ni, I email colleague I and collect order banyak-banyak and baru la tak segan sangat nak suruh Huda hantar.

Nadia Bayu pun one of the regular costumer. I suka je Nadia makan kek/kapkek/pavlova Huda ni banyak-banyak supaya dia jadik gemuk macam I. Pasal dia kata nak buat group dengan I ala-ala scaflet. Walaupun I pakai tudung separuh masa, tapi kata Nadia takper. Senang nak handle kalau 2 orang jer.

Tujuan penubuhan group, dia kata nak gegarkan Malaysia. Hohoho.

Wah. Besar cita-cita tu. Nadia ni omel yang senteng kadang-kadang. Rindu pulak dekat dia (^_^)

-EnD-

P/s: Selamat memakan pavlova!

5 comments:

mimi fatin said...

sedapnya... terliur :)

wawa yusoff said...

fuh, sib baik bukak blog kak sue time tgh sahur... :D

Chooyaya! said...

mimi fatin : kalau terliur diharap dapat order

wawa : hahahh. nasib baik kau kancil!

Jan@Afzan said...

dah order...yippie..

I pun suke klu Nadiabayu makan banyak2...(kes jeles ke"kurus'an Nad)

hahaha

Chooyaya! said...

jan : dia keding jerk... petite. mati hidup balik pon tak dapat badan kurus mcm tu. tsssk tsssk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...