Thursday, August 4, 2011

Kerana Sambal Sotong

Hei... Tekak ni kalau dah petang-petang macam ni memang biadap. I pulak bangsa kalau dah teringat nak makan satu satu menda tu, berfikir sampai tak boleh nak buat kerja la pendek kata. Cais! Google gambar, google resepi, google dalam utube. Semua lah!

Pagi-pagi dah meses MIL. 'Mak, arini Su nak makan sambal sotong. TQ'

Mak biasanya kalau I kata nak makan apa-apa, dia akan belikan bahan (untung aku). Nanti masak sendiri. Sebab mereka-mereka dirumah memang suka masakan I ni. Nak pulak Bapak. Dia tu kadang-kadang tak rasa lagi apa I masak dah kata sedap. Tipu sungguh.

Pastu sebok orang dekat dapur tengah berperang, sebok tu jugak la dia nak tengok orang masak la, nak tolong kacau dalam kuali la. Haha.

Ni kalau puasa ni, Bapak memang la paling eksaited bab berbuka. Nak kata I macam budak sekolah rendah pasal bila lepas dah siap masak semua, sementara nak tunggu waktu berbuka, ada 8 kali kot singkap tudung saji. Padahal dia pon sama. Haha. Tapi tak berani la aku nak cakap kan? Ko nak mampos?

Pastu dalam pukul 11am, MIL call. Dia kata macam ni.. 'Hangpa ni ingat Mak kedai mamak ke? Haha. Li (Sazli) nak makan mee goreng, Bapak nak makan sambal sotong kering, Su nak makan sambal sotong hidup'. Hehe. I gelak jer. Kata mak, sambal sotong bapak, dia masakkan. Mee goreng dengan sambal sotong, I kena masak.

Pasal dia kata, kalau I masak - sedap. Dia la kata kan? (OO) <-idong kembang.

Rumet memang suka mee goreng yang I masak bubuh udang geragau. Dia kata sedap. Dia kata la kan? (dah 2 kali ni bagitau). Resepi lain-lain kali la. Pasal now I tak boleh nak fokus. Kepala dok ingat sambal sotong jerk... Lambat lagi oi nak berbuka ni! Terseksanyer la jiwa dan raga ku ini. *Lap air mata guna hujung lengan baju.

Sambal sotong dalam FB Officemate I. Kak Faezah. Ni la puncanya ni... Cis!

Intan pon menyumbang jugak kepada keteringinan I ni. Pagi tadi dia kata dia sahur dengan sambal sotong. Dah. Memang nak carik pasal sungguh la ni kan?
So, tadi I dah BBM dengan Kak Faez, dia kata kalau nak sedap sambal sotong... Guna cuka masak untuk gantikan asam jawa/asam keping. Masak macam biasa. Jangan bubuh air banyak sangat pasal sotong dah banyak air. Ishk. Lucah sungguh la bunyik.
Tapi ingat, guna cuka tu untuk sambal sotong jerk. Sambal lain jangan peramah-peramah pulak. Kang tak sedap. Lagi satu, bubuh la lapan titis kicap supaya kaler dia jadik menggairahkan.
Baiklah. Sekarang mari semua doakan misi I berjaya. Kang bukak puasa, I nak makan sepinggan nasik dengan semangkok sambal sotong curah siap-siap atas pinggan nasik dengan kicap kipas udang merah. Gaul siap-siap guna tangan.
Kang nanti bunyik je azan, zasss!! Suap terus. Takde tunggu-tungu dah.
Kesian sungguh kan orang puasa ni? Aku dulu masa kecik pon tak macam ni. Eh. Mengata diri sendiri nampak? Haha.
-EnD-

7 comments:

Filla said...

heheh tu lauk aku masak utk bukak puasa day 1.. muahahha.. perghhh sedap siot.. makan ngan nasik panas-panas.. buh sambal sotong banyak-banyak.. buh kicap manis.. lauk lain sila ketepi.. x layak duk sepinggan..muahahahah..

Anonymous said...

eh,ni umo 30 tahun ke..umo 3 thun ni?...ish2...
smlm sy pun mkn smbal sotong tp beli la...sedp..sotong besr2 ade telo lg....gemok2 je..

Mimy Hamid said...

kelmarin aku dah makan sambal sotong besau punye...pehhh sedappppppppp..saja bagi ko teringin lagi

liana said...

lapan titis kicap? ari tu sepuluh biji gula..omel la kak su ni..hahaha

Chooyaya! said...

fillanie : WIU WIU WIU. sama la kiter... gaul semua dengan kicap kipas udang. sambal kasik merah dkt tangan. menggelupur aku makan. lauk lain sipi pon aku tak pandang. haha. sama la kiter! gimme five!

anon : umur 30. tapi jenis kesian sgt kalau puasa, bak kata kaklong i. 'dalam dunia ni dik, ko sorang je yang puasa... hahaha' eh? sotong gemok eh? mana gemok dengan i? ada telur dalam dia lagi la sedap nak mampos oi!

mimi : aku dah dapat makan pon. seb baik aku apruf komen ni lepas bebuka. huahuahua

liana : kaksu mmg omel pon. sikit lagi boleh ajak shanie buat album duet. hehe

Chooyaya! said...

fillanie : WIU WIU WIU. sama la kiter... gaul semua dengan kicap kipas udang. sambal kasik merah dkt tangan. menggelupur aku makan. lauk lain sipi pon aku tak pandang. haha. sama la kiter! gimme five!

anon : umur 30. tapi jenis kesian sgt kalau puasa, bak kata kaklong i. 'dalam dunia ni dik, ko sorang je yang puasa... hahaha' eh? sotong gemok eh? mana gemok dengan i? ada telur dalam dia lagi la sedap nak mampos oi!

mimi : aku dah dapat makan pon. seb baik aku apruf komen ni lepas bebuka. huahuahua

liana : kaksu mmg omel pon. sikit lagi boleh ajak shanie buat album duet. hehe

D'ya Marshmello said...

aduhai, terliur pulak tengok sotong masak sambal time2 pose ni.dah la makanan feveret D'ya.heheheh

jom singgah baca entri ;)

http://miss-dya.blogspot.com/2011/08/penting-ke-paras-rupa-seseorang.html