Wednesday, August 31, 2011

Perut Pon Mungkin Boleh Meletop La Kalau Makan Macam Ni Kan Kan Kan?

Hari raya setendet la turun 3 kilo, naik 4 kilo. Sebulan kot nak turun 3 kilo? Sekali nak naik, dalam masa 2 hari jer. Mana taknyer.... Dari pagi, sampai ke malam makan non stop. Ni mekalau la perut ni ada mulut untuk bercakap, 'Oi, udah-udah la makan kot yer pun. Perut dah sendat ni. Bongok ker apa tak benti-benti makan. Seksa dah aku ni'.

Pastu bila orang jumpa time beraya cakap 'eh, kau gemok la, kau gemok la' sampai 8 kali, mula la nak mengadu dekat FB kata tak suka orang cakap kiter gemok etc. Tapi sambil update status, sambil kunyah ketupat untuk kali ke 3 dalam masa 4 jam, Acaneh?

Salahkan seisi rumah pasal terlalu bersungguh-sungguh untuk masak semua jenis masakan yang sedap enak lazat sehingga menjilat jari. Dari pagi tadi I makan lempeng nipis tiga segi cicah dengan kari tetel pekat, pastu tengah hari makan mee sup dengan sambal kicap buasir. Petang makan nasik dengan ayam masak kicap+sambal belashan, nih pulak I tengah take five dari makan BBQ ayam, kambeng, satay, lembu, cipanzi semualah ada pendek kata.

Pastu bila bugel depan cermin, mula la down semua pasal gemok, babat tetel semua cukup diseluruh badan. Hesh!


Kambeng, ayam bbq & satay tengah dibakar dekat luar oleh pekerja kontraktor Indonesia *pandang kiri pandang kanan. Eh tak la. Oleh sepupu's sepapat, ipar duai dan adik kandung. Semua tengah lepak kekenyang.

Ni umah dah sepah ni, saper nak kemas?? BIBIK!! KEMAS RUMAH SAMPAI BERSIH DAN MENCIUTKAN *In my dream. Tsssk sssk (T_T)

Ni la lempeng tiga segi ala-ala pancake dalam Australia Masterchef la konon. Cicah dengan kari pekat tetel daging. Pergh. I makan lapan. Tipu. Tiga jer. Yang makan 3 ialah Aiman dengan Sazli.

La.. Yang baju pink tu nak buat muka sedih kenapa? Cium nak? Nak. Malam karang eh? Elok la tu. Aku tanya aku jawab.

Ni anak dara 3 orang ni I suruh buat sambal belashan petang tadi. Tapaham aku, buat sambal belashan pon sampai 3 orang. Apa yang susah sangat entah.

Ayiel & I both muka tak mandi (memang tak mandi pon, sekali je mandi petang tadi pukul 3. Sehari sekali je mandi. Nak jimatkan air untuk menjaga alam sekitar. Boleh?)

Sasha, De, Wani, Ngah & Ayang. Tengah beratur nak amek BBQ ala-ala pekerja kontrak indon nak makan makanan subsidi. Hikhik.

Ok dah. Cukup la cerita I untuk malam ni. Wah gigih tu. Sehari sekali update. Bajet orang tertanya-tanya la mana I pergi time raya-raya ni kan? Ni umah dah bersepah ni macam mana? Perlu ker nak pura-pura sakit perut dan pengsan? Haha.

-EnD-

3 comments:

Anonymous said...

dik, perut akak pun dah buncit.melantak je.lagi skrg ni tgh musim marhaban.ada je makanan menggoda jiwaku........kakmas

Anonymous said...

lupa pulak. slamat hari raya maaf zahir batin ......kakmas

Chooyaya! said...

kak mas, marilah kiter bersama mendiet. sampai bila naj jadik mokmok? (T_T). SELMAT HARI RAYA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...