Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin... Ni live broadcast dari Jengka ni. Dengan ketiak masam, huru-hara aku membuat pavlova bagai konon nak impressed orang kampung. Nah hambek engkau! Sekali sanget.

Orang guna api bawah jer, I guna api atas bawah. Orang buat satu adunan, I guna resepi yang untuk 2 adunan. Sekali melimpah ruah sampi keluar oven semua.

Orang semua tengah berborak ramai-ramai dekat luar bergelak ketawa gembira dihari raya, I pulak tengah tarik muka patblas. Ni semua pavlova punya pasal! NYESAL NYESAL NYESAL. Bak kata Saz masa I sebok-sebok carik bahan, 'Eh, bubu nak buat pavlova?' Sambil senyum kambeng. Dia tak kata apa sebenarnya. Dia senyum jerk.

Senyum tu tanda perli tak kompiden la tu. **Redha. Dah. Takpayah susah-susah nak berpavlova ker apa. Order jer dekat Huda lepas ni. Lebih baik stick pada hobi masa lalu, 'makan'.

Ni jangan saper-saper nak carik pasal skarang ni. Nyamok pon aku bakar!!! Grrrrr!

Gambar gembira sebelum kejadian. Sebelum pavlova hanget.

Kata Kaklong, muka dia macam Wan Maimunah. Kata De, muka Kaklong macam Abby Abadie waktu tua. Kata I, muka Kaklong macam nyonya Tongkiat jual sayur. Eh? Tak baik kutuk akak kandung. Kata tadi dah mintak maaf kan?

SELAMAT HARI RAYA!

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...