Thursday, September 22, 2011

Kek Pelangi Cream Cheese. Yummeh!

Seperti yang telah dijanjikan semalam, harini I update entry pasal kek-kek yang I dah order dengan Huda untuk Majlis Sambutan Hari Raya opis I, Isnin lepas. Mana tau dapat memberikan idea kepada sesiapa yang tengah buntu taktau nak order kek apa untuk harijadi mahupun kek untuk makan suka-suki ke? Kan kan?

Walaupun sekarang dalam keadaan kain 2 mesin tak sidai lagi dan jam menunjukkan jam 11.00 malam serta mata kelat-kelat beruang ni, I gigih jugak update entry. Bagus kan I? Tak sedar diri tu esok ada game Netball Makswip UKM.

Dengan takder training nyer, kompiden je nak lawan bebudak team DBKL yang badan mereka macam getah sekerap tu. Kuat woo!! Ko langgar dia ko jatuh, dia langgar ko dia jatuh. Acaneh? Takper. Berdoa jer. Mana tau dengan cara berdoa kiter boleh menang? Sama macam berdoa untuk kurus tapi makan pagi petang siang malam. Begitulah ibaratnya.

Sila berikan tepukan. Terima Kasih. I order 4 jenis cake. Pavlova 2 lapis, Rainbow Cake, Mocha Cheese Cake dan Royale Chocolate Cake. Dekat sini I attach 2 jenis cake jer. Yang lagi 2 jenis tu kalau nak mentahu macam mana rupa dia, jangan lupa add Huda dekat FB. Pastu kalau nak tau rasa dia macam mana, jilat la screen ni.

Eh tak la. I tifu. Jangan pulak korang sungguh-sungguh jilat screen ni kot ye pun kan? Kalo nak tau macam mana rasa dia, order dengan Huda jek. Ok ok?

Rainbow cake Huda. Sedap sangat. Paling best, cream yang salut tu, Huda guna cream cheese. Memang la sedap sangat-sangat kan? Dah la cake ni gemok. Ni gemok-gemok ni nak perli aku ke apa? Haha. Memang bernilai untuk wang anda. Segemok dan setinggi ni, beharga RM80 jerk. Worth it kan?

I mintak Huda Rainbow Cake kaler pink konon-konon macam nak bagitau ada sifat kelembutan dalam sisi diri I la tu. Pui! Pastu I mintak huda buat bentuk 4 segi. Bosan jugak kan kalau asyik bulat je. Tau la bumi dah bula, takkan la kek pon mesti nak bulat kan?
Pavlova dua lapis yang sedap nak mamfus dan besar, dan gemok yang harga pasarannya jika anda beli di Restoran Terkemuka dan blog popular lain dengan harga atas RM150 - RM170 ni, tapi dengan Huda hanya RM100.00. Ayat aku ni memang sukar difahami la. Tuan badan nak kata BM masa SPM dulu bongok tak jugak. Kredit jugak ape?
Pandangan Pavlova dari atas yang memang sengaja nak carik pasal.

Huda FB <- Add tau? Ada banyak lagi kek-kek yang sedap, enak, lazat, ceria gembira di hari raya yang anda semua boleh dapat dekat sini. Kek sedap/cantik setarap Hotel dan Bakeri yang anda boleh dapat dengan harga yang berpatutan dan masuk akal. Masuk akal itu ialah, tidak la kek simple shomot-shomot dijual dengan harga dekat RM200.00 sebijik. Get me?

Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal! *Tetiba

-EnD-

2 comments:

Cik Puan Bunga said...

MELAMPAULAH KAU KAK SUUUUUUUUUUUUU!!

AKU DIET AHHHHHH!!

KAU TAYANG GAMBAR KEK PULAKKKKKKKKKKK!

STRESSSSSSSSSSSSS!

Chooyaya! said...

tak ok kot kalau nak gemok sorang2? hahahahahah